Chapter 13

Horror & Thriller Completed 32037

Bab 13

Akhirnya, permulaan hari baru bagi Sarah kerana berjaya mendapatkan pekerjaan di sebuah salun rambut yang terkenal di Bandar Ipoh. Dia sangat teruja kerana hal-hal berkaitan penjagaan rambut ini adalah minatnya.

Malam itu Sarah kepenatan. Pelanggan yang datang ke salun hari ini sangatlah ramai dan tidak cukup tangan dia melayan mereka. Biasalah hujung minggu memang normal situasi sebegitu berlaku.Pelbagai teknik dandanan rambut Sarah pelajari dan dia sangat berharap dapat menguasainya semuanya. Teruja benar dia dengan pekerjaan barunya itu. Sampai sahaja di rumah terus dia merebahkan diri di katil. Malas nak mandi dan malas nak buat apa pun. Esok dia cuti dan kesempatan itu bakal digunakan sebaiknya untuk berehat. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi.

“Hello”

“Hello, Sarah…Kau ni sejak kerja senyap jeee…Susah betul bila nak ajak lepak. Bila telefon sibukk memanjang.” bebel Suzana tidak berpuas hati.

“Aku kan wanita berkerjaya, mana class nak lepak dengan penganggur.” Terbahak-bahak Sarah gelakkan Suzana.

“Kau ni kan. Jaga kau nanti. Esok aku nak kau datang kat Jaya Jusco. Kau ingat tak mamat yang kau jumpa masa hari jadi aku hari tu?”

“Yang mana ni?”

“Arman tu lah”

“Oo yang annoying tu. Kenapa pulak dengan dia?”

“Dia nak jumpa kau. Saja nak kenal-kenal. Rambut kau cantik katanya malam tu.” Berdekah-dekah Suzana mentertawakan kawannya itu.
“Ah benci la kau ni. Malas aku.”

“No excuses okay…yang aku tau kau kena ada…bye!” Terus Suzana mematikan talian.

...bersambung
Bab akan datang:
Siapakah Arman?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience