Chapter 6

Horror & Thriller Completed 32037

Bab 6

Malam itu sedang Sarah memunggah barang untuk dikemas, Ayu datang ke bilik. Kebetulan hanya Sarah seorang sahaja dalam bilik. Suzana keluar berjumpa kekasih hatinya di luar.
Tapi lain benar Ayu malam itu. Wajahnya sugul dan matanya merah seperti sedang menahan keakitan.

“Ayu kenapa ni. Ada masalah ke?” tanya Sarah sambil mengusap perlahan rambutnya.

Matanya berair tanda dia dalam masalah. “Takda pape lah kak...Ayu sedih je pasni tak jumpe akak lagi.” Dia tunduk menahan kesedihan.
“Ala Ayu, nanti kita boleh jumpa lagi. Insya-Allah.”

“Rumah kak dengan rumah Ayu jauh. Nah ni alamat rumah. Nanti bila-bila kak datang lawat Ayu ye.”

Ayu menghulurkan secebis kertas yang mengandungi alamat rumahnya. Sarah mengambil kertas itu dan terus menyimpannya di dalam dompet. Dia tidak meneliti alamat tersebut kerana sedang sibuk menyiapkan barang-barang yang hendak dibawa pulang.

“Kak, Ayu nak bagi something. Nah ni ambik. Ayu nak kak Sarah simpan ni sebagai kenangan kita berdua. Ayu sayang benda ni tapi Ayu nak kak pakai dan jaga dengan sebaiknya, ok?” Ayu mengesat air matanya yang tumpah sejak dari tadi lagi.

“Ayu takut kita dah tak jumpa lepas ni.”

Sarah acuh tak acuh sahaja mendengar apa yang Ayu cakapkan. Dia mengambilnya dan mengucapkan terima kasih kepada Ayu.

...bersambung
Bab akan datang:
Mengapakah Ayu bersikap pelik?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience