Chapter 26

Horror & Thriller Completed 32037

Bab 26

“Terima kasih Sarah, Suzana. Sekarang semuanya dah jelas. Biar pesalah tu dapat balasan setimpal dengan perbuatan kejam yang dia buat.” Mengalir deras air mata Mak Odah mengenangkan nasib buruk yang menimpa anak-anaknya.

Sebenarnya lelaki itu membunuh Melati ketika dia melewati rumah usang itu seorang diri. Pada masa itu, Melati baru sahaja sampai di kampung kerana tidak berjaya mendapatkan perkerjaan di bandar. Kebetulan pada waktu itu Ayu juga melalui kawasan yang sama tapi tidak berdaya menyelamatkan kakaknya.

Ayu pergi untuk mendapatkan rambut Melati yang bergumpalan di tepi tasik. Sedang dia mengutip rambut itulah Harun datang merogol dan mengugutnya. Barulah kini Sarah sedar yang rambut palsu itu sebenarnya diperbuat dari rambut asli Melati.

Selesai menyiapkan semua barangan, mereka berdua meminta izin untuk memulakan perjalanan pulang. Sebelum kaki melangkah keluar dari pintu, Sarah memulangkan semula rambut palsu itu kepada Mak Odah. Dia tidak mahu lagi menyimpannya.

Cukuplah semua ini dijadikan satu pengajaran dan kenangan yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila. Apa yang dapat dia lakukan ialah mendoakan supaya roh kedua-dua beradik itu tenang di sana walaupun dia tahu perbuatan membunuh diri itu ditegah dan haram di sisi Islam.

***Tamat***

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience