Chapter 4

Horror & Thriller Completed 32037

Bab 4

Sedang leka mendengar lagu-lagu kegemarannya itu tiba-tiba dia terdengar seperti suara halus memanggil namanya. Sarahhhh…Sarahhhh…Sarahhhhh… Dia kemudiannya bingkas bangun dari katil dan segera membuka pintu biliknya.

Terasa mahu pitam Sarah melihat sekujur tubuh berambut panjang di hadapannya. Tinggi, memakai baju labuh hingga kainnya menyeret lantai. Sarah terkedu, lidahnya kelu melihat makhluk di depannya itu. Namun mukanya tak kelihatan kerana makhluk itu membelakanginya. Lama juga Sarah kaku di situ dan tahu-tahu saja dia sudah berada di atas katil.Terkebil-kebil Sarah apabila melihat seseorang yang tidak dikenalinya berada di sisi katil. Dadanya berombak kencang dan jantungnya berdegup pantas.

“Kau ni siapa?” tanya Sarah dengan mulut menggeletar.

“Kak Sarah, saya Ayu.Janganla takut kak. Saya bukan hantu,” kata Ayu sambil tersenyum nipis. “Sorry kak, saya dengar lagu Hindustan kuat tadi dari bilik akak rupanya. Akak tak kenal saya kot sebab saya memang jarang bergaul dengan orang. Saya memang malu nak bercakap dengan sesiapa pun. Selalu je menyendiri. Bilik saya kat hujung sekali tu,” terang Ayu panjang lebar memperkenalkan dirinya.

“Abes tu kenapa kau pakai camni, dengan rambut mengurai lagi,” soal Sarah seolah-olah tidak berpuas hati dengan Ayu.

“Ni baju tidur saya kak, saya bangun tidur belum sempat sikat rambut lagi. Saja nak tengok lagu Hindustan tu datang dari mana. Tapi sampai-sampai akak pulak pengsan” Ayu mengeluh pendek.

...bersambung
Bab akan datang:
Siapakah Ayu? Kenapa penampilannya seperti hantu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience