Chapter 12

Horror & Thriller Completed 32037

Bab 12

Sarah berhenti pada lampu trafik di sebatang jalan yang sunyi dan hanya lagu-lagu di corong radio menjadi penemannya. Sarah berasa seram sejuk dengan tiba-tiba dan satu bayangan hijau melintas di hadapannya. Dia sendiri tidak pasti apa yang baru dilihatnya sebentar tadi.

Tergamam dia seketika sebelum meneruskan perjalanan. Sedang dia memandu, terpandang pula perempuan berjubah hijau yang ada dalam majlis tadi. Ke mana agaknya perempuan itu berjalan kaki berseorangan pada waktu-waktu begini. Adakah dia patut menumpangkannya? Akhirnya, Sarah mengambil keputusan untuk membiarkannya sahaja walaupun dalam fikirannya ligat mencari siapakah gerangan perempuan tersebut.

Sejak menggunakan rambut palsu itu, Sarah sering bermimpi aneh dan menyeramkan. Dalam mimpinya itu, Sarah selalu didatangi seorang wanita misteri. Dia sama sekali tidak mengerti, mengapa selalu bermimpi yang sama setiap malam. Lalu, timbul pertanyaan dalam hati Sarah, siapa wanita itu? Pakaian yang dipakai sama seperti perempuan berjubah hijau tempoh hari. Adakah kedua-dua mereka orang yang sama? Dan mengapa dia selalu bermimpi tentangnya? Dalam mimpinya wanita tersebut kelihatan begitu marah dan seperti menyimpan dendam.

Sarah yang sekarang ini menganggur selepas tamat diploma gigih berusaha untuk mencari pekerjaan. Pelbagai borang sudah diisi, sama ada di atas talian atau pun secara manual. Namun, sampai hari ini tiada lagi sebarang panggilan temuduga diterima. Kecewa dengan itu, Sarah mula mengubah strateginya dalam mencari pekerjaan. Kali ini dia nekad untuk berkerja dalam bidang bukan pengajiannya.

...bersambung
Bab akan datang:
Siapakah wanita berjubah hijau itu? Kenapakah Sarah sering bermimpi mengenainya?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience