Chapter 25

Horror & Thriller Completed 32037

Bab 25

Dia seolah-olah berpuas hati dengan semua penyeksaan yang dilakukan dan berasa seperti dendamnya sudah terbalas.
Harun Lang seolah-olah tidak siuman apabila dia terus memukul Sarah berulangkali dengan kayu belantan. Sarah sudah tidak berdaya lagi. Seluruh badannya sakit dan dia tidak berupaya untuk bangun dan melarikan diri. Melihat Sarah yang sudah lemah longlai, lelaki itu cuba menyeretnya keluar rumah.

Pisau digenggam erat dan cuba untuk menikam Sarah namun tiba-tiba angin bertiup kencang. Pisau yang dipegang Harun tercampak jauh dari situ. Satu bayangan hijau muncul di hadapan mereka dengan rambutnya yang panjang mengurai.

“Melati!” jerit Harun.

“Kau datang balik pada aku…” Harun seperti sudah keliru membezakan yang hidup dan yang mati.

Dia buta dek cinta pada Melati dan hanya wanita itu sahaja yang didambakannya.

“Memang aku datang untuk kau. Untuk ambil nyawa kau. Dah cukup kau menyeksa keluarga aku!” Garau dan kasar suara wanita itu memberi amaran kepada Harun.

Rambut Melati kemudiannya membelit badan Harun dan seolah-olah ada duri disekeliling rambut lalu mencalarkan keseluruhan badannya. Rambut panjang perempuan itu mula masuk ke dalam mata dan telinga pembunuh tersebut. Menjerit dia menggelupur kesakitan.
Sarah tergamam menyaksikan apa yang berlaku di depan matanya, digagahkan dirinya untuk bangun tapi kepalanya terasa sungguh berat dan dia terjatuh kembali.

Ia tidak berhenti setakat itu sahaja apabila rambut perempuan itu mula memasuki hidung dan mulut Harun Lang. Itu menyebabkan dia mengalami kesukaran untuk bernafas dan akhirnya jatuh ke tanah.
Semasa jatuh kepalanya terhantuk dan matanya tersembul. Darah memancut-mancut keluar dari badannya. Beberapa minit kemudian lelaki itu kaku.

Sarah membuka mata perlahan-lahan dan melihat Suzana juga ada di sampingnya, teresak-esak menangis. Sarah terpinga-pinga dan beberapa minit kemudian dia teringat kembali apa yang terjadi.

“Kau pengsan Sarah. Pembunuh Ayu dengan Melati pun dah ditangkap. Sekarang dia kritikal. Lepas ni kalau lelaki tu sedar polis akan mula soal siasat dan kes akan dibicarakan.” Suzana mula menerangkan semua yang berlaku. Sarah mengangguk perlahan tanda faham. Air matanya berlinangan mengenang Ayu dan Melati. Dia dapat merasakan derita yang ditanggung Mak Odah selama ini.

“Kau ada bagitau mama ngan abah aku ke?” Sarah tiba-tiba gelisah.

“Takdelah, aku tak nak buat diorang risau.Sekarang pun kau dah sedar. Lepas ni kita balik terus la ke Ipoh ye.”

Keesokan harinya selepas pihak polis mengambil keterangan darinya, Sarah dibenarkan keluar dari hospital. Mereka terus menuju ke rumah Mak odah untuk mengambil barang-barang sebelum berangkat pulang. Mak Odah menyambut kepulangan mereka dengan senyuman.

...bersambung
Bab akan datang:
Bagaimanakah kejadian itu berlaku kepada Melati?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience