Chapter 3

Horror & Thriller Completed 32037

Bab 3

Tahun 2011 memang tahun di mana rambut palsu dan penyambung rambut menjadi begitu terkenal sehingga setiap salon memberikan perkhidmatan ini. Masing-masing menawarkan persaingan harga menarik untuk menarik pelanggan. Salon-salon yang menyediakan fasiliti ini sentiasa penuh dikunjungi oleh wanita-wanita yang bosan dengan gaya rambut pendek. Bagi penggemar fesyen macam Sarah sudah tentu dia akan mencuba rambut palsu kerana ingin segera memiliki rambut panjang bagi tampil lebih menarik. Kedai-kedai aksesori pun berlumba-lumba menawarkan pelbagai jenis rambut palsu bermacam gaya dan warna. Ada yang jenis kerinting dan lurus, namakan sahaja pasti ada terjual di kedai-kedai.

Sarah teringat kembali bagaimana dia memperoleh rambut palsu itu. Pagi jumaat tiga tahun lepas, langit mendung dan angin bertiup agak kencang. Tanda-tanda hujan akan turun dengan lebat. Sarah berseorangan di dalam bilik hostel. Biasanya pelajar-pelajar diploma ini kalau minggu-minggu peperiksaan memang jarang duduk di asrama. Entah kenapa pada minggu itu Sarah mengambil keputusan untuk tidak pulang ke rumah ibu bapanya padahal semua rakan biliknya tiada termasuk Suzana, teman rapat Sarah sejak dia masuk ke kolej itu.

“Seronok jugak takde orang ni.Tenang sikit hidup aku. Nak menghafal teori pun senang.Nak dengar lagu Hindustan kuat-kuat pun takde siapa yang bising lagi-lagi si Suzana tu,” kata Sarah dalam hati sambil tangannya ligat menekan kekunci komputer mencari video-video klip Hindustan di Youtube.

...bersambung
Bab akan datang:
Adakah Sarah akan mendapat lebih perhatian setelah memakai rambut palsu itu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience