Chapter 16

Horror & Thriller Completed 32037

Bab 16

Bermodalkan wang simpanan yang selama ini dikumpul Mak Odah hasil dari jualan kuih, dia memberi si sulung bekalan duit untuk digunakan sebelum mendapat pekerjaan di bandar kelak.
Berat hati rasanya untuk melepaskan tetapi dia hanya mampu mendoakan yang terbaik untuk anaknya itu.

Lain pula dengan anaknya yang bongsu. Si bongsu berjaya mendapatkan tempat di sebuah kolej di Melaka. Untung sahaja Mak Odah tidak perlu bimbang dengan perbelanjaannya kerana anaknya itu mendapat wang pinjaman dari Perbadan Tabung Pengajian Tinggi (PTPTN). Anak bongsunya ini seorang yang ceria dan tidak pernah menyusahkan hati ibunya. Dari kecil memang tidak pernah sekali pun dia mengeluh dengan kehidupan daif keluarganya. Oleh sebab itu dia sentiasa menanam azam untuk belajar bersungguh-sungguh dan mengubah nasib keluarganya. Semangatnya berkobar-kobar sejak menerima surat tawaran dari kolej. Memang si bongsu ni bijak dalam pelajaran. Tiada motif baginya untuk membunuh diri dan Mak Odah sendiri buntu memikirkan sebabnya.

Sejak anak sulungnya pergi ke bandar, tiada sebarang berita diterima. Tiada panggilan telefon mahupun surat dari anaknya. Sudah lebih setengah tahun Mak Odah menunggu anaknya pulang ke kampung halaman namun hampa. Mak Odah sedaya upaya menepis segala pemikiran negatif dan membuat andaian bahawa anaknya itu sibuk dengan kerja.

...bersambung
Bab akan datang:
Apakah yang terjadi kepada anak sulung Mak Odah?

Share this novel

iman_izzati
2021-07-21 19:09:52 

cerita ni best tapi... asyik tukar² cerita je so boleh x perbaiki cerita ni?

iman_izzati
2021-07-21 19:09:50 

cerita ni best tapi... asyik tukar² cerita je so boleh x perbaiki cerita ni?

iman_izzati
2021-07-21 19:09:48 

cerita ni best tapi... asyik tukar² cerita je so boleh x perbaiki cerita ni?


NovelPlus Premium

The best ads free experience