Chapter 9

Horror & Thriller Completed 32037

Bab 9

“Ah sudah! Aku ni mabuk ke berhalusinasi ke ape ni, ke aku lapar sangat sampai nampak bukan-bukan,” gerutu Sarah sambil memegang perutnya yang berbunyi. Kali terakhir dia makan pada waktu pagi tadi. Itu pun cuma sepinggan bihun goreng.

Air diisi ke dalam periuk dan kemudian diletakkan atas dapur. Hanya mi segera sahaja lah yang menjadi santapan Sarah pada malam ini. Mudah dan cepat pada fikirannya. Usai makan, Sarah terus membasuh pinggan yang digunakan tadi. Tetapi tiba-tiba dia menjerit kerana ternampak rambut keluar dari paip.

Pinggan tadi terjatuh ke lantai dan pecah berderai. Kakinya terluka dan darah menitis-nitis. Rambut tersebut kemudiannya menjalar keluar dan cuba untuk mencekik lehernya. Meronta-ronta dia bersendirian cuba untuk melepaskan diri dari genggaman rambut itu.
Sarah berasa sukar untuk bernafas apabila rambut tersebut masuk ke dalam mulut. Dia cuba untuk menarik rambut itu keluar lalu tersedak dan terjaga.

Berpeluh-peluh Sarah apabila dia tersedar. Segera dia pergi ke bilik air dan membasuh muka sebelum kembali untuk menyambung tidur. Bersyukur betul Sarah itu semua hanyalah mimpi buruk semata-mata!

Pukul lapan malam keesokan harinya, Sarah sudah bersiap-siap untuk pergi ke rumah Suzana. Dia mengenakan gaun labuh berwarna merah, dipadankan dengan kasut tinggi berwarna emas dan menggayakan aksesori anting-anting permata. Solekan sederhana tebal sangat sesuai untuk ke majlis hari jadi seperti itu. Bibirnya yang mungil dan matanya yang galak pasti dapat memikat hati si jejaka.

...bersambung
Bab akan datang:
Dapatkan Sarah bertemu dengan jejaka idaman?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience