Chapter 18

Horror & Thriller Completed 32037

Bab 18

Sarah menarik tetapi seperti ada sesuatu yang menariknya semula. Sarah Tarik lagi dan kali ini berjaya. Malas Sarah hendak memikirkan sebab apa dan terus memakainya di kepala. Dia tidak sabar hendak keluar untuk berjumpa dengan Arman dan Suzana.

Sebelum melangkah keluar dari bilik, angin kuat meniup rambutnya. Dari mana pula datang angin kerana semua tingkap dan pintu ditutup. Cuaca panas dan berbahang kebelakangan ini membuatkan Sarah sentiasa menghidupkan penghawa dingin di dalam biliknya. Terdengar pula bisikan di telinganya…

“PULANGKAN RAMBUT AKU…” Suaranya halus tetapi nyaring membuatkan Sarah menggeletar ketakutan.

Dia turun lintang pukang ke bawah rumah. Mamanya terperanjat mendengar hentakan langkah kakinya yang kuat.

“Kamu ni kenapa Sarah? Apa yang tak kena ni. Lari laju macam tu kalau jatuh kat tangga kan susah!” Risau sungguh mamanya melihat kelakuan Sarah. Sarah diam membatu, kelu lidahnya untuk menceritakan apa yang berlaku sebentar tadi.

Sampai sahaja di Jaya Jusco, dia terus duduk di dalam Restoran Old Town White Coffee. Mukanya pucat dan bibirnya sedikit menggeletar. Suzana datang bersama Arman berasa pelik melihat keadaan Sarah.

“Kau kena tolong aku Suzana, aku kena cari apa sebenarnya yang jadi kat aku...Mimpi tu…Perempuan berjubah hijau..Ada kena mengena ngan rambut ni ke?”

Suzana mula menjadi bingung. Dia sendiri tidak faham apa yang dimaksudkan oleh sahabatnya itu. Arman yang baru kenal lagi lah bertambah keliru dengan apa yang dikatakan Sarah.

“Aku kena cari Ayu. Dia yang bagi aku rambut ni. Aku kena tau siapa empunya rambut ni.” Sarah seperti sudah dirasuk dek hantu. Matanya merah dan dia mula menangis.

Sarah cuma ingin bertanya kepada Ayu mengapa kejadian demi kejadian yang menakutkan berlaku pada dirinya setelah menggunakan rambut itu. Apakah ini hanya kebetulan atau memang ada sesuatu dengan rambut ini.

Tiga hari Sarah mengambil cuti dari berkerja. Dia nekad untuk mencari jawapan kepada misteri ini. Secebis kertas yang dulu Ayu berikan dikeluarkan kembali. Lama Sarah meneliti alamat itu. Dia dapat mengagak yang rumah Ayu terletak agak jauh di pedalaman.

Perjalanan ke selatan mengambil masa separuh hari juga untuk sampai dan eloklah dia berangkat seawal mungkin.

“Kita nak ke mana ni Sarah? Hari ni jugakla kau nak ajak aku. Nasib baiklah interview aku kerja tu lusa. Kalau tak aku ni penganggur berjaya dan berkarisma betol lah!” Sempat lagi Suzana bergurau dalam waktu-waktu tegang begitu.

“Weyh, cuba kau tengok ni…Kau perati betul-betul ada yang tak kena ke?” Sarah menghulurkan rambut palsu itu. Fikirannya berkecamuk memikirkan sebarang kemungkinan yang mungkin menjadi penjelasan pada semua ini.

...bersambung
Bab akan datang:
Suara siapakah yang didengari oleh Sarah? Kenapa Sarah ingin benar mencari Ayu?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience