Chapter 10

Horror & Thriller Completed 32037

Bab 10

Yang paling membuatkan Sarah teruja ialah rambut palsu yang digayakannya itu. Hitam dan lurus memang rambut yang diidamkan Sarah selama ini. Rambut asalnya yang kerinting halus memang tidak digemari olehnya.

Bukan dia tidak bersyukur namun rakan-rakan selalu mengejeknya rambut orang asli membuatkan dia selalu kecewa dan berasa rendah diri.

“Kali ni biar terbeliak mata korang.Lepas ni pergi mana-mana pun aku pakai rambut palsu ni.” Sarah berkata-kata sendiri sambil berdiri di hadapan cermin.

Enjin kereta dihidupkan dan segera Sarah memacu keretanya ke rumah Suzana. Perjalanan ke sana biasanya mengambil masa selama setengah jam. Berhati-hati Sarah memandu sebelum terdengar telefon bimbitnya berbunyi.

“Sape pulak ni yang call… Time ni jugakla nak kacau aku…”
Tertera di paparan skrin telefonnya nama Ayu. Sarah betul-betul terkejut dan sangat gembira apabila Ayu yang selama ini dia cari menelefonnya malam itu.

“Hello…Hello…Ayuu…Hello?” Berulang-ulang kali Sarah memanggil namanya. Namun dia hampa kerana tiada balasan. Mungkin masalah talian agaknya. Sarah memutuskan panggilan dan terus memecut laju kerana takut sampai lewat ke sana.

“Happy Birthday to youuu…Happy Birthday to you…Happy Birthday to Suzana…Happy Birthday to you…”
Semua yang berada dalam majlis itu menyanyikan lagu bersama. Sarah memeluk sahabatnya itu dan memberikan hadiah.

...bersambung
Bab akan datang:
Kenapakah Ayu menghubungi Sarah?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience