Chapter 21

Horror & Thriller Completed 32037

Bab 21

Kedua-duanya melopong. Ia seperti mimpi semasa Mak Odah memberitahu yang Ayu sudah meninggal dunia. Habis siapa yang menelefon dan memberi mesej kepadanya tempoh hari?

Hantu?

Berderau darah Sarah apabila memikirkan kembali kejadian aneh yang menimpanya.

Seminggu sebelum kejadian bunuh diri itu, Ayu selalu ketakutan dan seperti ada yang mengejar-ngejarnya. Setiap kali ditanya dia cuma diam seribu bahasa dan terus menangis. Bingung Mak Odah mencari jawapannya. Pada malam kejadian tersebut, Mak Odah berasa sesuatu yang tidak kena apabila Ayu tidak menyahut panggilannya.
Sudah dipanggil banyak kali untuk bersama-sama menikmati hidangan makan malam namun tiada respon yang diberikan. Berkecai hati Mak Odah apabila menemui Ayu sudah terbaring dengan mulutnya yang berbuih. Di sebelahnya ada sebiji botol racun tikus dan sudah sahihlah yang Ayu cuba membunuh diri. Mak Odah tidak dapat berbuat apa-apa untuk menyelamatkan anaknya itu.

Gambar Ayu yang tergantung di ruang tamu menjadi tatapan. Di sebelahnya ada seorang lagi perempuan memakai jubah berwarna hijau. Sarah terkedu. Inilah perempuan yang sering dilihatnya di dalam mimpi.

“Siapa perempuan yang di sebelah Ayu tu Mak Odah?” Kali ini Sarah berasa yakin bahawa kejadian menakutkan yang menimpanya ada kena mengena dengan keluarga ini.

“Itu Melati...kakak Ayu. Dia pun sudah meninggal dunia. Mati dibunuh.Tapi sampai sekarang belum diketahui lagi siapa pembunuhnya.” Mak Odah menyorot kembali peristiwan pahit yang mengubah hidupnya buat selama-lamanya.

Dia ingat lagi petang itu hari Khamis, Mak Odah sedang bercucuk tanam di belakang rumah, ada sebuah kereta polis datang. Dia diminta untuk membuat pengecaman mayat ke atas seorang perempuan yang ditemui mati di tepi tasik di hujung kampung.

Mak Odah dibawa ke hospital dan apabila kain yang menutupi mayat tersebut di buka, Mak Odah yakin itu bukan anak perempuannya.
Kepalanya gondol, matanya merah dan lebam-lebam di muka membuatkan Mak Odah tidak dapat melihat wajahnya yang sebenar. Ketika itu dia juga turut ditemani oleh Ayu yang jelas sugul dan tidak bercakap walau sepatah pun.

Ujian DNA mengesahkan yang mayat tersebut adalah Melati. Bagai panah mencucuk jantungnya apabila mendengar berita tersebut.
Jawapan dari pihak polis sangat mengecewakan apabila mengatakan yang Melati dibunuh tetapi pembunuhnya masih belum dapat dikesan. Hanya doa dipanjat ke Illahi setiap kali selepas solat.

Sarah dan Suzana yang mendengar cerita menyayat hati itu turut menitiskan air mata. Mereka kemudiannya mengambil keputusan untuk bermalam di rumah Mak Odah.

Hujan renyai-renyai turun membasahi bumi. Sarah mengeluarkan rambut palsu itu dari bagasinya. Belum sempat lagi dia bertanya Mak Odah tentang hal ini.

...bersambung
Bab akan datang:
Apakah kaitan rambut palsu Sarah dengan Melati?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience