bab 23

Romance Completed 3886

"Nik. Aku nak tanya sikit ni." Zarul menepuk bahunya.

"Apa?"

"Kau tak sambung belajar ke? Kau nampak muda lagi daripada aku. Umur kau berapa?" Dari dulu lagi dia ingin bertanyakan hal itu.

"18."

Zarul terciduk. "Muda gila!"

"Yang kau tu? Umur berapa?"

"Aku 24, tapi asal kau nampak lagi matang daripada aku?" Tinggi Nik dan perwatakannya membuatkan dia 10 kali ganda lagi matang daripada rakannya itu.

"Mana la aku tahu."

"Ha, pasal soalan aku tadi. Kau tak ada niat nak sambung belajar ke."

Nik merenung ke luar. "Entahla, tak terfikir pulak pasal tu. Kalau ada rezeki, In Shaa Allah aku sambung belajar."

"Kau berhenti sekolah ke dulu?" Soalan daripada Ustaz Zarul membuatkan Nik terdiam lama. Dia tidak mahu menipu, lagipun dia mahu memperbaiki dirinya.

"Aku homeschool." Jawabnya jujur. Walaupun begitu, dia banyak menghabiskan masa di banglo Tengku Jaafar berbanding rumahnya sendiri.

"Ouh...Macam tu..."

"Zarul, hari ni kau janji nak cerita kat aku pasal 25 Rasul kan? Jangan lupa tu." Nik cepat cepat menukar topik.

"Oh haah la! Ok, ok."

_____________________________________

Rania dan Sakinah sibuk menguruskan pelanggan di hadapan. Faizal pula sedang membuat air. Hanya Nik dan Luna saja yang berada di dapur. Disebabkan Eliza mahu Luna praktis lebih lagi tentang membuat manisan dan pastri, Nik ditugaskan sekali lagi untuk mengajarnya.

"Aku nak kau basuh dulu buah strawberi ni." Tanpa berlengah, Luna menurut perintah.

"Nah."

"Bagi aku potong dulu buah ni. Kau pulak pergi masukkan 200g tepung kat dalam bekas tu."

"Orait!"

Luna membuat kerjanya dengan lancar dan tiada masalah. Tiba tiba...

"Ouch!" Nik menjerit perlahan, namun masih didengari oleh gadis itu memandangkan mereka berdiri tidak jauh antara satu sama lain.

"Tangan kau berdarah!"

"Sikit je." Bagi Nik, itu benda kecil.

"Tunggu jap!" Baru saja mahu bergerak dari tempatnya, Luna mengahalangnya. Beberapa saat kemudian, dia tiba dengan sebotol minyak gamat dan beberapa helai tisu.

"Meh aku tolong." Luna menawar diri untuk membantu.

"Tak payahla. Aku boleh buat sendiri."

"Biar la aku tolong." Malas mahu bertekak, dia membiarkan Luna merawat tangannya yang berdarah.

Luna perlahan lahan menuang sedikit minyak gamat pada tisu lalu menyapunya pada tempat yang luka.

"Dah siap." Apabila dia mendongak, dia mendapati dirinya ditenung Nik.

"Kenapa? Ada apa apa ke kat muka aku?" Luna meraba raba mukanya.

"Kita pernah berjumpa ke?"

Tanpa berfikir panjang, Luna menjawab. "Tak rasanya."

Oh, aku ingatkan aku pernah nampak dia kat mana mana ke sebelum ni. Muka dia familiar betul.

"Kenapa?"

"Takde papelah. Dah pergi sambung kerja kau."

__________________________________

Setahun sudah berlalu.

Luna dan Syazwan menikmati aiskrim mereka memandangkan cuaca pada hari itu sangat panas.

"Woi, aku nervous do esok." Syazwan berkata sebaik saja dia menyuap aiskrim vanila ke dalam mulutnya.

"Ergh....Jangan la ingatkan aku. Aku pun takut jugak." Muka Luna terus masam.

"Tapi kau tak setakut aku. Kau tu pandai, aku ni bodoh!"

"Kau tak bodoh, tapi kau pemalas. P E M A L A S!" Luna mengeja satu per satu.

"Jahat eh kau Luna! Mentang mentang la budak cemerlang dan kesayangan cikgu cikgu. Hmph!"

"Tu fakta."

"Fakta hotak kau la. Oh btw, aku lupa nak tanya. Camne kerja kau kat kafe tu? Ok? Ada orang buli kau? Ada orang ngorat kau?"

"Ngarut je la kau ni." Teringatkan hal itu, dia jadi tertanya tanya kenapa Nik berpindah. Pekerja yang lain pun sama. Dia cuma bagi surat pada Eliza dan terus pergi begitu saja. Takde ucapan atau majlis perpisahan.

"Tapi jom la doa yang baik baik je untuk esok." Kata Syazwan dengan penuh semangat.

"Yep!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience