Luna memasuki The Wall's Cafe dengan wajah ceria. Ini merupakan hari pertama dia bekerja di situ.
"Attention guys!" Eliza, pengurus di kafe itu bersuara. Pekerja pekerja yang lain memandang ke arah mereka berdua memandangkan suara Eliza sangat nyaring.
"Wow, sape ni?" Gadis yang kulitnya kuning langsat bertanya dengan senyuman yang terukir di bibir.
"Ok, introduce yourself girl." Katanya dengan bahasa inggeris yang fasih.
"Hai, nama saya Luna dan saya perkerja part time." Dia disambut baik dan mesra oleh mereka yang lain.
Cuma Nik seorang saja yang diam dan tidak berkata apa apa. Matanya masih melekat memandang Luna.
Kenapa aku macam pernah nampak muka dia?
"Nik, saya tugaskan awak untuk ajar dia apa yang patut. Saya ada hal. Nanti petang saya datang balik. Bye guys!"
Luna melihat ke arah seorang lelaki tampan dan tinggi yang berdiri memandangnya sedari tadi. Mata mereka bertembung.
"Ikut aku." Katanya lalu berlalu ke dapur. Luna hanya mengikutnya bagaikan anak ayam yang mengikut emaknya.
"Kau baca la buku ni. Nanti aku nak test kau untuk buat salah satu makanan yang ada kat dalam buku ni." Nik meletakkan sebuah buku resepi yang agak tebal di atas meja dapur.
"Tebalnya..."
"Memangla tebal. Nama pun buku resepi."
"Tapi mana ada buku resepi tebal tebal macam ni."
"Jangan banyak alasan. Buat jelah."
Luna mencebik. "Yelah yelah..."
____________________________________
Rafie mengetuk pintu bilik lelaki yang bergelar bossnya.
"Masuk." Arah Encik Rahmat.
"Tuan."
"Apa dia Rafie?" Mata Encik Rahmat fokus pada kertas kerjanya.
"Ada problem sikit la."
"Cakap jela cepat. Saya banyak kerja ni."
"Dorang tak nak berurusan dengan lelaki yang saya upah tu." Orang yang dimaksudkannya ialah Tengku Jaafar dan orang orangnya.
"Aik. Takkan dorang tahu kot?"
"Yang tu saya tak tahu. Tapi sekarang ni kita nak buat apa?"
Encik Rahmat berhenti dari menulis sesuatu. Dia merenung siling. "Buat sementara ni, lebih baik kita stop dulu. Kalau teruskan, nanti dorang mesti syak. Nantilah saya fikir next plan."
"Baik tuan."
_______________________________
Luna menuang serbuk kopi ke dalam sebuah balang kaca. Setakat ini, kerjanya ok dan simple. Ambik pesanan, buat makanan (itupun jarang jarang),buat air dan lain lain.
Tiba tiba telinganya menangkap perbualan di antara Sakinah dan Rania.
"Hensem do Nik tu!" - Sakinah
"Kan! Tapi kau rasa, dia single ke tak?" - Rania
"Entahla. Tapi jarang jarang orang hensem macam dia tu single. Kebanyakannya semua dah ada girlfriend." - Sakinah
"Tu ah tu. Hum, aku nak tanya dia. Tapi takut la." - Rania
"Ha pergilah tanya. Aku tolong kau." - Sakinah
"Tak yah la. Nanti kalau dia marah macam mana?"
- Rania
"Kita bukannya buat apa apa pon. Tanya je. Takkan tu pun dia nak marah. Kan?" - Sakinah
Puih. Daripada aku buang masa dengar perbualan dorang, baik aku buat kerja. Tak lama lagi aku nak masuk U. Kena la kumpul duit. Harap aku dengan Syazwan masuk U sama. Aamiin.
Share this novel