bab 15

Romance Completed 3886

Luna berjalan terhuyung hayang. Kepalanya terasa berpusing pusing. Dia memegang kuat pada tiang tangga untuk berjalan ke bawah. Sejak semenjak ini, keadaannya memang agak teruk. Dia perlu bergantung pada sesuatu untuk berjalan. Bukan itu saja, halusinasinya juga mengganggu pemikirannya. Banyak kali jugalah dia ulang alik ke hospital kerana mahu mendapatkan rawatan dan terapi. Tetapi semua itu tidak berkesan. Ia tidak membuahkan apa apa hasil yang positif.

"Aduh!" Luna terjatuh.

Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku jadi macam ni?

Menurut Doktor Linda, dia mengalami stres yang melampau yang mengakibatkan dia berhalusinasi. Badannya juga kekurangan zat kerana dia sentiasa tidak bersarapan. Entah kenapa, dia sering tiada selera untuk makan sejak kematian Rina. Kalau makan pun, hanya sedikit saja.

Tok! Tok! Tok!

"Assalamualaikum! Abang Naz ni!" Luna perlahan lahan bangun. Tudung sarung yang tercampak di atas sofa diambil dan disarungkan.

"Waalaikumusalam." Jawabnya sebaik saja dia membuka tombol pintu.

"Ya Allah! Pucatnya muka! Luna skip breakfast lagi eh?"

Luna menggaru pipinya yang tidak gatal. "Er... Haah."

Nazmi menepuk perlahan dahinya.

"Boleh abang masuk?"

"Masuklah." Pintu rumah sengaja dibiarkan terbuka kerana khuatir orang akan kata yang bukan bukan memandangkan hanya mereka berdua di dalam rumah.

Mangkuk tingkat yang dibawa dibuka satu per satu. Ada empat jenis lauk yang berbeza. Ada udang masak sambal petai, ikan bilis, tomyam dan nugget. Bekas lagi satu pula adalah nasi.

"Makan." Arah Nazmi.

"Tak nak. Luna takde selera."

Nazmi sudah tahu jawapan gadis itu. Dia meletakkan nasi di dalam sebuah pinggan polisterin bersama dengan lauk yang dicampur.

"Bukak mulut."

Luna menggeleng.

"Jangan degil."

Luna menggeleng lagi.

"Luna, please."

Luna mengalah. Lambat lambat dia membuka mulutnya. Dia tergamam apabila Nazmi menyuapnya.

"Luna boleh suap sendiri."

"Takpe, biar abang suapkan." Nazmi tersenyum.

Mereka masing masing tidak bercakap. Atmosfera tiba tiba menjadi janggal.

Aduh, akwardnya.....

"Luna." Setelah lama mereka berdiam, Nazmi membuka mulut terlebih dahulu.

"Ya?"

"Abang dah lama suka kat Luna." Lidah Luna kelu. Dia tidak tahu mahu membalas apa. Nasib baiklah dia sudah habis makan. Kalau tidak, sekarang ni pasti dia sudah tersedak.

"Abang betul betul suka dan sayang dekat Luna."
Mata mereka bertemu. Luna menegup air liurnya.

"Abang janji abang akan jaga Luna, sama macam Rina jaga Luna."

"Abang cakap macam tu sebab abang kesian dekat Luna ke?" Dia sedikit was was dengan pengakuan lelaki itu. Dia tidak mahu orang Nazmi berkata begitu kerana simpati terhadap dirinya.

"Tak Luna. Tak. Abang maksudkan apa yang abang cakap."

"Betul ni?" Luna inginkan kepastian.

"Yer. Abang sayangkan Luna."

Senyuman manis terukir di bibir gadis itu. Hatinya berbunga.

"Luna pun." Dia membalas perlahan tetapi Nazmi masih dapat mendengarnya.

"Betul ke ni Luna? Abang tak salah dengar kan?" Automatik Nazmi berdiri kerana terkejut.Dia ingatkan Luna akan reject dirinya.

"Betul la. Kenapa pulak Luna nak main main?"

Nazmi melompat lompat seperti budak kecil yang gembira apabila mendapat gula gula.

"Thank you Luna! Thank you!"

_________________________________

Nik termenung jauh melihat langit yang biru. Memang habitnya suka tengok langit sejak kecil lagi. Ia mendamaikan.

"Assalamualaikum." Tegur seseorang. Nik berpaling.

"Waalaikumusalam." Seorang lelaki berkopiah tersenyum mesra kepadanya tetapi dia tidak membalas senyuman itu. Sebaliknya dia melihat kembali permandangan semula jadi.

"Allah tu Maha Berkuasa kan?" Nik diam dan tidak menjawab.

"Cantik sungguh ciptaan Allah. Tak ada satu pun yang kurang." Lembut lelaki itu bertutur.

"Nama encik apa?"

"Nik."

"Saya Zarul." Nik sekadar mengangguk.

"Malam ni Masjid Al Ehsan ada buat majlis bacaan Al Quran bersempena pembukaan masjid tu. Baru je bukak dua hari lepas. Semua orang dijemput hadir." Nik mendengar dengan teliti lalu dia memandang lelaki berkopiah itu.

"Pukul berapa?" Tiba tiba dia berminat mahu tahu.

"Datang waktu maghrib dalam pukul 7.30 macam tu. Lepas tu ada ceramah sikit. Makanan pun akan disediakan. Lepas solat isyak baru majlis tu bermula."

Ok, pukul 7.30.

"Saya pergi dulu ya. Assalamualaikum." Mereka bersalaman.

"Waalaikumusalam."

________________________________

Encik Rahmat menongkat dagu. Mukanya serius dan sedang memikirkan sesuatu.

"Tuan ok ke?" Rafie tiba di bilik bossnya dengan secawan kopi di tangan.

"Awak nampak saya tak ok ke?" Soalan dibalas dengan soalan.

"Tuan nampak macam tengah fikir sesuatu je. Mesti pasal mamat tadi kan?" Mereka berdua membuat keputusan untuk melepaskan Johan memandangkan mereka tiada bukti yang kukuh untuk menangkap lelaki itu. Johan juga akan berhijrah ke Switzerland. Ini menyukarkan lagi kerja mereka untuk mengumpul maklumat tentang Tengku Jaafar.

"Saya tengah cari jalan lain untuk dapatkan maklumat. Kita cuma ada gambar dorang je, tapi takde bukti yang betul betul kukuh." Rafie mengangguk setuju.

"Rafie, saya nak awak buat sesuatu untuk saya."

"Apa dia tuan?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience