Nik segera menyalami emaknya yang baru pulang dari kedai.
"Biar Nik tolong." Dia mengambil bungkusan plastik di tangan Puan Latifa. Mereka berdua bersama sama menuju ke dapur.
"Mama beli apa ni? Macam banyak je."
"Mama nak buat kenduri untuk Eika dengan Eiman. Tak lama lagi kan dorang pergi belajar dekat US." Nik hanya diam. Memang sejak dari dulu lagi, emaknya tu memang sayang sangat kedua dua sepupunya itu. Kalau nak dibandingkan dengan dia, macam dia ni bukan anak kandung pula.
"Bila dorang pergi?" Dia tidak berminat sebenarnya untuk ambil tahu. Dia pon tak adala rapat mana dengan pasangan kembar tu. Cuma ada masanya dia rimas sebab mereka berdua seperti mahu merapatkan hubungan silaturahim dengan dirinya.
"Hujung minggu ni. Kamu kena datang tau. Jangan bagi alasan." Puan Latifa tahu yang Nik tidak akan menghadirkan diri untuk majlis majlis begitu. Dia seorang yang tidak suka bergaul.
Nik memandang emaknya. "Perlu ke? Bukannya Nik rapat pon ngan dorang. Cakap pon tak pernah."
"Kamu jangan menjawab. Kalau kamu tak datang majlis ni, jangan harap mama akan anggap kamu sebagai anak." Kata kata Puan Latifa menusuk dalam ke hati Nik.
Namun begitu, dia tidak kisah. Hubungannya dengan keluarganya memang begitu. Tidak ambil peduli dan tidak menjaga hati masing masing.
"Kalau mama nak anggap macam tu, anggap jela. Nik tak kisah pon. Lagi baik hidup sendiri." Katanya lalu segera beredar.
"Nik!" Nik tidak berpaling apabila namanya dipanggil.
Heh! Kau fikir aku kisah?
__________________________________
Eika mengemaskan lagi ikatan rambutnya. Dia mengambil cermin dari dalam poket beg tangan nya. Setelah berpuasa hati dengan penampilannya, dia menyimpan semula cermin itu.
"Eika! Nik dah sampai!" Eiman atau kembarnya itu memanggil dari luar rumah. Eika segera bangun dan membetulkan baju kurungnya yang kedut. Dia mahu kelihatan ayu di hadapan abang sepupunya.
Eika perlahan lahan berjalan ke halaman rumah yang agak sesak dengan tetamu. Matanya melilau mencari kelibat Nik. Matanya terhenti pada seorang jejaka yang rupawan, berkulit putih dan tinggi.
'Dah jumpa.' Bisik hati Eika.
"Abang Nik..." Nik memsingkan kepalanya apabila namanya dipanggil. Namun, sekejap sahaja sebelum dia memandang tempat lain.
'Takpe Eika. Jangan sedih. Dia kan memang camtu.' Eika memaniskan wajahnya.
"Eika tak sangka Abang Nik datang majlis kenduri ni. Eika ingatkan abang tak datang..."
Kau fikir aku nak sangat ke datang? Menyampah aku. Kalau bukan sebab mama, dah lama aku berambus dari sini.
Nik buat buat tak dengar.
"Abang Nik makin hensem lah. Mesti untungkan sape yang dapat Abang Nik."
Nik berasa rimas. Baru sahaja mahu beredar, tanggannya dipegang oleh Eika. Cepat cepat Nik menepis kasar tangan sepupunya.
"Kau nak apa?" Tiada nada mesra dalam suaranya.
"Er... Eika nak borak dengan abang je. Takkan tu pon tak boleh?"
"Memang tak boleh. Aku tak suka." Eleh, macam la aku tak tahu yang kau tu saja control ayu depan aku. Nyampah!
"Kenapa abang ni kasar sangat eh? Kita kan sepupu? Salah ke Eika nak berbual dengan sepupu sendiri?"
"Tak salah. Tapi aku tak suka!" Nik berjalan meninggalkan Eika yang masih terkedu mendengar jawapannya.
__________________________________
Rina gelak terbahak bahak mendengar apa yang diceritakan oleh Luna.
"Apa yang lawak?" Tanya Luna geram.
"Aduh Luna ni. Takkan itu pon tak tahu?" Rina tergelak sendiri melihat kebebalan adiknya dalam bab bab bercinta ni. Otak kemain pandai, sampai cinta je fail.
"Tak faham la. Akak cakap terus terang jelah." Dia mencuit manja lengan Rina.
"Itu maksudnya... Dia suka adik la bengap!" Luna seakan akan tidak percaya. Kali ini dia pulak yang gelak.
"Dia suka adik?" Katanya lalu gelak seperti tidak ingat dunia. Fuh, gelak Luna ni 10 kali lagi teruk daripada gelak Rina.
"Iyelah bengong. Tu pon tak notice ke?"
"Kakak fikir Luna nak percaya? Aduh, kelakarla kakak ni. Senak perut Luna... Aduh.." Luna memegang perutnya yang mula sakit akibat terlalu lama ketawa.
"Ikut kau la Luna. Jangan marah kakak pulak lepas ni." Rina sudah penat memberi hint pada Luna, namun dia masih tidak dapat. Kalau tu pon tak faham, payah la.
"Apa pulak nak marah? Ish, dah la dah la. Luna nak bersiap. Nanti lambat pulak."
"Baik baik gi date tu. Jangan balik lambat sangat." Rina mencucuk cucuk dahi Luna.
"Bukan date lah!" Marahnya.
__________________________________
"Luna nampak cantik hari ni." Nazmi memandang gadis berhijab yang dikasihinya itu.
"M...Mana ada." Luna terasa mukanya merah. Belum pernah dia keluar berdua duaan dengan lelaki selain Syazwan.
"Ala, abang puji sikit je dah kembang."
"Eh hello? Mana ada kembang. Perasan la abang ni." Dia mempercepatkan langkahnya. Secara jujurnya, memang dia malu. Tambahan pula dengan kata kata kakaknya di rumah tadi.
"Luna, tunggulah!"
"Tulah, lambat lagi. Padan muka!"
"Amboi, garangnya."
"Memang pon!"
Share this novel