Nik menyilangkan tangannya. Dia memandang ke arah kolam.
Erti hidup? Apa maksud Jo? Aku tak faham.
Suara orang bertengkar mengganggunya. Dia berjalan menuju ke ruang tamu di mana suara itu kedengaran.
"You ni tak membantu langsung! I ni dah la stres dekat ofis, tapi sekarang ni you lagi streskan kepala I! Suara Encik Razak bergema di ruang itu. Dua orang pembantunya berdiri agak jauh sambil memerhatikan insiden itu.
"You tu yang tak faham I. I mintak duit je, bukannya mintak lelaki lain!" Tengking Puan Latifa. Mereka langsung tidak mempedulikan kehadiran Nik di situ.
"Memangla mintak duit. Masalahnya tiga ratus ribu you mintak! Kalau sikit I bagi la, tapi ini banyak! Dah la syarikat I pun tengah muflis sekarang ni!"
"What? Syarikat you muflis? Habis tu, macam mana kalau I hidup susah nanti? You nak I kebulur macam orang luar yang tak makan tu?" Nanti macam mana I nak shopping?!" Nik tiba tiba terasa bengang mendengar jawapan emaknya.
Dia langsung tak kisahkan aku. Ayah pon sama. Dorang cuma pentingkan diri dorang je. Langsung tak fikir pasal aku.
"Puan... Tuan..." Bibik Syama cuba untuk meleraikan pergaduhan itu. Tetapi suaranya yang perlahan itu tenggelam kerana suara dua orang majikannya yang masih bertengkar itu sangat kuat.
"I peduli apa! Yang penting sekarang ni, syarikat I tu akan ada orang yang beli nanti! I stres! Tapi you pulaj sibuk fikir pasal shopping. You patutnya tolong I cari duit, bukannya mintak duit!" Suara Encik Razak sudah cecah paling maximum.
Puan Latifa membaling pasu yang berdekatan dengan dirinya.
PRANG!
Mereka semua terkejut dengan tindakannya itu.
"Apa masalah you ni hah?!"
"I tak nak hidup susah! You faham tak? Sampai mati I tak nak hidup susah!" Nafas Puan Latifa turun naik kerana terlalu marah.
Nik menggenggam kedua kedua tangannya. Api kemarahannya semakin lama sema semakin naik.
"You ni memang selfish!"
"You tu yang selfish!"
"Kalau I tahu yang you ni lagi pentingkan harta daripada I, I takkan kawin dengan you dan Nik tak akan wujud!" Balas Encik Razak.
"SUDAH LA TU!" Puan Latifa dan Encik Razak terkesima. Ini kali pertama Nik menegur mereka. Selalunya jika mereka bergaduh, dia malas mahu campur dan terus masuk ke biliknya saja. Tetapi kali ini berbeza.
"Mama dengan papa dua dua selfish!"
"N...Nik..."
PAP!
Pintu dihempas kuat. Nik meraup kasar rambutnya.
Arghh, aku stres!
________________________________
Nik memandu laju kereta Audi A4 miliknya. Jam kereta menunjukkan pukul 10 malam. Sudah beberapa jam dia berada di luar. Tadi sebaik aaja dia keluar rumah, dia terus tidur di sebuah hotel. Pergaduhan orang tuanya membuatkan dia rasa begitu marah. Kalau dulu, dia pendam je. Tetapi sekarang dia dah tak boleh tahan lagi. Dia bukannnya patung.
Nik memandu dan terus memandu sehinggalah dia berhenti di tepi sebuah jalan raya yang agak lengang. Telefon pintar dari dalam poket dikeluarkan. Nama Johan dicari.
Jawab la Jo!
Satu panggilan.
Dua panggilan.
Tiga panggilan.
Nik menghentak kuat stereng keretanya. "Ergh!"
Kepala disandarkan. Mata dipejam rapat. Beberapa keluhan dilepaskan.
Kali ini nama Anas dicari lalu didail.
"Yo Nik!"
"Kau kat mana sekarang?"
"Uish, seriusnya! Ni mesti ada problem lagi ni kan. Pasal perempuan lagi ke?"
"Aku tanya kau kat mana sekarang?" Tanya Nik kasar. Anas sedikit pun tidak terasa kerana memang perangai Nik kadang kadang begitu. Dia dah biasa.
"Kat umah la. Pal?"
"Aku nak jumpa kau."
______________________________
Pinggan yang baru dicuci diletak penuh berhati hati pada rak pinggan. Walaupun Dina ada membelikannya spaghetti, namun dia hanya sedikit saja. Yang selebihnya dia buang.
"Luna." Luna segera berpaling. Dia segera berlari lalu memeluk Rina yang sedang tersenyum manis ke arahnya.
"Kakak?" Dia menoleh ke kiri dan ke kanan apabila mendapti yang dia sebenarnya tidak memeluk sesiapa. Kosong.
"Kakak?" Luna memanggil dengan suara yang sedikit kuat.
Ya Allah. Kenapa dengan aku ni?
Luna cepat cepat beristighfar. Dia pasti berkhayal sebentar tadi.
Tok! Tok! Tok!
Luna mencapai tudung sarung. Pintu rumah dibuka.
"Hai Luna. Dah makan?" Nazmi muncul dengan berpakaian segak.
"Dah. Baru je tadi." Dia agak pelik kerana melihat Nazmi berpakai seperti mahu pergi sesuatu tempat, tetapi dia malas mahu bertanya.
"Jom ikut abang."
"Pergi mana?"
"Ala, ikut je."
Luna menggeleng. "Takde mood. Sorry." Dalam minggu ini, banyak kali jugalah dia menolak pelawaan Nazmi dan yang lain lain. Ada juga Syazwan mengajaknya bermain bowling, tetapi seperti biasa. Dia akan menolak.
"Luna, pleaseeeeee." Nazmi membuat muka comel, mahu memujuk gadis itu.
"Tak berkesan dekat Luna lah."
"Ala, plaseee la. Sekali ni je." Kesian melihat wajah Nazmi, lambat lambat Luna mengangguk.
"Yayyy!"
______________________________
Luna menikmati aiskrim coklatnya dengan gembira. Sudah lama dia terperap di rumah dan tidak melihat dunia luar.
"Sedap kan?" Nazmi memerhati gadis itu. Dalam diam, dia bersyukur kerana Luna sudah boleh menerima hakikat yang kakaknya sudah tiada.
"Sedap. Thank you Abang Naz."
"Luna, abang janji abang akan buat Luna happy." Entah kenapa, renungan kata Nazmi membuatkan dia rasa malu. Cepat cepat dia melihat tempat lain.
"Err...Sorry kalau Luna tak selesa." Nazmi menundukkan pandangannya.
"Ah takdelah...Luna ok je." Tipunya. Dia bukannya tidak selesa, tetapi dia malu. Malu yang amat sangat.
"Luna nampak comel la bila malu camtu."
"Hah?" Dia tekerjut.
Nazmi hanya tersengih nakal.
"Apa abang merepek ni? Abang perli Luna eh?" Dia cuba menghilangkan rasa malu yang semakin menebal dalam dirinya.
"Eleh. Malu la tu."
"Mana ada! Dah la, Luna nak pergi tandas jap."
Luna menghentakkan kedua kedua kakinya.
"Garangnya dia ni." Tanpa sedar, Nazmi tersenyum seorang diri.
Share this novel