Majlis hari lahir Rina disambut kecil kecilan. Rina menjemput Syazwan memandangkan dia dan adiknya memang rapat dengan lelaki itu. Dia turut mengajak beberapa rakan sekerjanya untuk ke majlis itu.
"Happy birthday kakak!" Rina terkejut apabila Luna tiba tiba memeluknya dari belakang.
"Buat terkejut orang je dia ni. Btw thank you Luna." Dia memusingkan tubuhnya agar menghadap gadis itu. Dia membalas pelukan adiknya.
"Ehem ehem. Sorry mencelah. Aku dah lapar ni." Sampuk Fasha. Dia ni memang tak tahu malu sikit. Dah la hari ni birthday kawan dia, tapi dia pulak nak makan je keje.
Rina mencebik. "Hum, yelah. Jom la gi depan. Kawan kawan kakak dah tunggu tu."
Mereka bertiga berjalan ke ruang tamu. Di situ, kawan kawan Rina semuanya sedang berbual dengan penuh gembira.
"Thanks sebab datang." Rina tersenyum manis ke arah mereka.
"Mestilah datang, kalau tak datang nanti ada orang marah pulak." Beritahu Azil. Dia boleh tahan rapat juga dengan Rina.
"Eh eh kau."
"Korang, jom la makan. Aku lapar nih." Fasha tak habis habis dengan perutnya. Makan banyak tapi kurus.
"Mana adik kau?" Tanya Nazmi.
"Amboi, kenapa tiba tiba je? Suka adik aku ke?" Tanya Rina dengan nada berusik . Mereka yang lain turut mengusik Nazmi. Siap ada yang siku siku dia lagi.
"Tanya je puih." Malas mahu melayan, dia membuat muka selamba. Padahal dalam hati, dia berdebar juga.
Jari telunjuknya menghala ke arah Luna yang sedang sibuk bergelak tawa dengan Syazwan tidak juah daripada mereka.
Nazmi hanya membuat mulut 'ohh'.
Dia pernah datang ke rumah Rina sebelum ini. Di situ, dia berkenalan dengan Luna. Memang dia tak nafikan, yang Luna seorang gadis yang sangat cantik. Dah la cantik, periang pulak tu.
Sejak itu, dia menyimpan perasaan suka pada adik kawannya. Walaupun dia tidak pernah meluahkan pada sesiapa, Rina sendiri boleh baca air muka Nazmi. Tapi dia diamkan saja.
________________________________
"Ok, time untuk bukak hadiah!" Kata Fasha teruja sambil menepuk nepukkan tangannya.
"Pahal kau ni. Hari ni birthday aku, dia pulak yang excited melebih."
"Itulah." Luna menyokong kata kata kakaknya.
"Eh biarlah. Ha Luna, Luna bagi dulu lah." Kata Fasha.
Luna mengambil sehelai beg kertas dan memberikannya kepada Rina.
"Bukakla."
"Wah, apa ni?" Sehelai blouse hitam dikeluarkan dari beg tersebut. Kainnya licin dan sangat selesa. Ada sedikit corak bunga pada bahagian kanan blouse itu.
Rina memandang wajah adiknya. " Thank you Luna! Kakak sayang Luna!" Dia memeluk erat Luna seperti tidak mahu dilepaskan.
"Ish, sakit la kakak."
"Kot ye pon nak peluk, kau nak adik kau mati ke Rin?" Ayat Dina membuatkan mereka yang kain ketawa.
"Ala apa salahnya. Macam la selama ni aku tak pernah peluk dia macam ni. Korang ni drama sangat." Rina membuat muka menyampah. Memang macam tu dia peluk Luna.
"Nanti kakak pakai tau."
"Mestilah kakak pakai. Thank u again!" Suasana begitu meriah pada petang itu. Fasha tu dah la suaranya kuat, ditambah pula dengan Dina yang mulut becok dan bising tu.
_____________________________
Luna sibuk menyapu lantai rumahnya. Kawan kawan Rina yang lain sudahpun balik. Yang tinggal cuma Nazmi dan Fasha. Tapi Fasha pulak entah ke mana.
"Luna." Tegur satu suara garau di belakangnya.
"Oh, Abang Naz tak balik lagi ke?" Kerana terlalu sibuk mengemas rumah, dia tidak perasan yang lelaki itu masih belum pulang.
"Belum lagi. Erm... Luna sihat? Dah lama kan kita tak jumpa?"
Luna tersenyum. "Kalau tak silap, last kita jumpa dua bulan lepas. Kan?"
"Haah. Tak sangka Luna ingat." Dia agak gembira kerana gadis itu masih mengingati pertemuan mereka yang pertama.
"Mestila ingat. Kakak banyak jugak cerita dekat Luna pasal abang."
Nazmi terkedu. "Dia cakap apa je?"
"Ala, tak payah risau. Dia cerita benda yang baik baik je." Seperti boleh membaca fikiran lelaki itu, dia segera membalas.
Nazmi menarik nafas lega. Kalau Rina cerita benda yang buruk buruk tentang dirinya pada Luna, dia pasti sangat malu. Sudah la dia menyukai gadis itu.
"Luna."
"Ya?"
"Esok Luna free tak?"
Share this novel