bab 10

Romance Completed 3886

Syazwan berlari lari anak ke arah Luna yang sedang sibuk membaca sesuatu. Di tangan gadis itu ada sehelai kertas.

"Nah." Syazwan menghulurkan bungkusan nasi lemak yang dibalut dengan kulit pisang pada Luna.

"Thank you."

"Kau baca apa tu?"

"Ohh, ni ke? Tadi ada cikgu bagi aku borang ni. Dia kata universiti ni baru je bukak. So, sape sape je yang nak masuk sini, boleh mohon. In Shaa Allah dapat. Ha kau bacalah." Luna pass keetas tersebut pada Syazwan.

"Lek ah. Kita baru je habis SPM. Result pun belum dapat." Kata Syazwan dengan mulutnya yang penuh.

Luna mengangguk berkali kali. "Kan. Awal sangat do. Kot ye pon, tunggulan tahun depan."

"Itulah. Tapi mana tahu, dia bagi awal awal supaya kita tak payah sibuk sibuk nak mohon kat tempat lain. Kan?"

"Erm... Boleh jadi jugak."

Mereka berdua kemudian terdiam. Masing masing tekun makan kerana terlalu lapar. Mereka baru saja habis menjawab exam terpenting iaitu SPM beberapa hari lepas. Jadi, cikgu cikgu di sekolah mengadakan pelbagai aktiviti untuk mereka.

"Wan." Panggil Luna setelah agak lama mereka membisu.

"Pe?"

"Jom masuk u yang sama nak?"

"Mestilah! Aku tak nak la masuk u lain. Aku nak sama dengan kau." Luna tersenyum gembira.

"Nak masuk u mana eh? Ada idea?" Tanya Luna dengan nada teruja.

"Eih kau ni nyah. Sabarlah dulu. Tahun depan pon boleh mohon. Kita chill jela dulu."

"Yelah yelah."

_______________________________

"Ready?" Tanya Rina sebaik saja dia keluar daripada kereta polis. Yang lain hanya mengangguk.

Tok! Tok! Tok!

"Assalamualaikum!" Azil memberi salam.

Tidak lama kemudian, muncul lelaki yang agak tua membuka pintu. Dia kelihatan pucat.

"Ni Encik Ali kan? Ayah kepada Qayyum?" Tanya Rina, inginkan kepastian.

"Ya saya. Macam mana dengan anak saya? Ada apa apa info baru ke tentang dia?" Mereka semua memandang simpati lelaki itu. Tentu dia berasa sedih jika mendapat tahu anak lelakinya sudah tiada. Tapi nak tak nak, mereka perlu khabarkan berita itu.

"Sebenarnya, anak encik...." Baru saja Rina membuka mulut untuk memberitahu perihal Qayyum, sesuatu tembus ke dalam badannya.

PAK!

Serentak mereka menoleh ke arah Rina yang seang memegang lehernya. Darah merah mengalir pekat. Azil dan Nazmi mengeluarkan pistol mereka dan memandang sekeliling. Ada seseorang yang memerhatikan mereka dari jauh. Tapi siapa?

"Masuk cepat!" Encik Ali segera membuka pintu rumahnya luas luas. Dina dan Fasha melulu masuk dengan memimpin Rina, kemudian diikuti Nazmi dan Azil.

"Arghh..." Rina mengerang kesakitan. Makin banyak darah yang keluar dari lehernya

"Ada orang yang spy kita." Jelas Azil.

"Siapa?" Tanya Fasha. Mukanya sangat risau. Mereka sepatutnya berjumpa dengan Encik Ali untuk memaklumkan berita kematian anaknya. Tapi lain pulak yang jadi.

"Aku tak tahu. Tapi yang pasti, aku rasa dia memang aim Rina."

"Mana kau tahu Zil?" Nazmi memandang sekilas lelaki itu sebelum matanya beralih pada Rina yang terbaring lemah di atas lantai. Habis baju dan tangannya penuh dengan darah. Tudungnya yang berwarna kelabu juga sudah bercampur warna.

"Sebab aku tak nampak mana mana bangunan yang ada rooftop. Aku rasa orang tu spy kita dari dalam salah satu bangunan ni. Dia mesti dah plan awal awal untuk tembak Rina. Lagi satu, Rina duduk paling depan tadi. Kita betul betul dekat belakang dia. Orang tu mesti profesional. Kalau tak, mesti tembakan dia dah tersasar dan kena dekat salah seorang daripada kita semua." Jelas Azil. Dia paling lama berkerja sebagai polis, jadi dia sudah tahu menahu tentang hal hal seperti itu.

"Kejap, pak cik call ambulance." Encik Ali yang terkejut melihat tragedi di hadapan matanya cuba untuk menolong dan mengambil telefon pintarnya.

"Takpe encik. Kami akan bawak dia pergi hospital." Ucap Fasha.

"Arghh...."

"Sabar ya Rina." Dina memegang tangannya. Awal awal lagi dia sudah menutup darah yang keluar dari leher Rina dengan sehelai kain. Dia kemang sentiasa well prepared. Sebagai polis, dia tahu benda benda begini akan terjadi.

"Encik Ali, ada laluan lain tak nak keluar dari sini? Ikut pintu belakang ke?" Tanya Nazmi.

"Ada ada. Kat belakang ni ada jalan short cut. Cepat ikut saya." Memandangkan Fasha seorang yang tinggi dan badannya sedikit tegap, jadi tidak susah baginya untuk mengendong Rina. Mereka bergegas mengikut Encik Ali dan keluar dari rumah tersebut mengikut pintu belakang.

____________________________

Ya Allah. Aku harap kakak ok.

Mata Luna memandang lantai sejak dari tadi. Dia duduk sambil tangannya kanannya diletakkan di dahi. Mereka semua tidak berani bersuara dan berkata apa apa. Mereka tahu, Luna tengah sedih. Jadi, mereka hanya diam kerana bimbang jika mereka tersalah cakap, pasti menambahkan kesedihan di hati gadis itu.

40 minit telah berlalu. Seorang doktor lelaki datang menghampiri mereka.

Automatik Luna berdiri.

"Alhamdulilah, Rina ok. Tapi peluru yang ada dalam leher dia agak dalam. Jadi dia perlu menjalani pembedahan. Kalau boleh, malam ni jugak. Sebab kalau lambat, risiko sangat tinggi. Sekarang ni pon dia kekurangan banyak sangat darah." Luna menarik nafas dalam dalam. Fasha menggosok belakang badan Luna untuk menenangkannya.

"Baiklah doktor. Kalau itu yang terbaik untuk dia, kami ikut je." Luna bersuara.

Doktor tersebut mengangguk lalu kembali ke dalam biliknya semula.

"Sabar ya Luna." Nazmi cuba memberikan kata kata semangat.

"In Shaa Allah takde pape jadi kat dia." Luna cuba menyedapkan hatinya sendiri. Dia tidak mahu nampak lemah di hadapan kawan kawan kakaknya.

"Akak ngan abang kalau nak balik dulu, baliklah. Luna nak stay sini lama sikit."

"Takpe ke?" Tanya Azil.

"Takpe."

"Kalau macam tu, kitorang pergi dulu eh? Malam nanti kitorang datang. Kalau ada apa apa, call je tau." Beritahu Dina, mewakilkan mereka bertiga.

"Ok."

Serentak itu, mereka bertiga mengorak langkah untuk pulang. Hanya Nazmi saja yang masih tercegat di situ.

"Abang Naz tak balik ke?" Luna bingung melihat lelaki itu masih ada.

"Tak. Abang nak temankan Luna."

"Takpelah. Luna boleh je stay sorang sorang. Abang mesti penat. Balik la dulu." Dia menggaru pipinya yang tidak gatal. Dia rasa bersalah kerana telah menyusahkan lelaki itu.

"Takpe. Abang nak stay jugak."

Malas mahu bergaduh, Luna hanya diam. Nazmi pon sama.

"Er...Luna."

"Ya?"

"Jom makan. Luna mesti lapar kan?" Luna mengangguk. Dia baru makan sikit je nasi lemak di sekolah tadi. Tiba tiba guru kelasnnya memanggil dan mengatakan bahawa kakaknya masuk hospital. Di hatinya, dia sangat risau. Dia takut jika ada apa apa yang berlaku pada kakaknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience