bab 24

Romance Completed 3886

Nik memandang permandangan Kuala Lumpur pada waktu malam melalui tingkap kondonya. Sudah banyak tempat dia berhijrah. Kalau ikutkan, ini rumahnya yang keempat.

Pertama, dia pindah ke Cyberjaya.
Dari Cyberjaya, dia pindah ke Bangi.
Dari Bangi, dia pindah pula ke Perak.
Dan dari Perak, akhirnya dia membuat keputusan untuk menetap di Kuala Lumpur.

Dia juga sudah mempunyai pekerjaan yang gajinya stabil untuk menanggung dirinya dan membayar bil kondonya. Lebih penting lagi, pekerjaan itu halal.

Selama beberapa bulan dia belajar mengenai indsutri dan perkilangan. Ia bukan mudah baginya kerana selama ini dia tidak pernah ambil tahu dan tidak berminat tentang bidang itu. Nik bersyukur kerana dia diterima bekerja di sebuah kilang perabot. Dia bekerja siang dan malam. Ada masa dia mengambil upah membuat pastri dan kuih muih daripada jiran jirannya. Ilmu yang dipelajari di kafe tempat kerjanya dulu juga masih diingati.

Dan ada masa dia datang melawat Zarul. Atau jika dia terlalu sibuk dengan kerja part timenya, mereka berhubung melalui applikasi Whatsapp. Begitu juga dengan Johan dan Anas.

Sampai sekarang juga dia masih belum pupang ke rumah ibu bapanya. Dia masih belum bersedia.

________________________________

Puan Latifa menghirup sedikit teh yang baru dibuat oleh orang gajinya.

"Puan...Maafkan saya kalau menyibuk pasal hal keluargu puan, tapi takkan la puan tak rindu Nik?" Bibik Syama bertanya dengan penuh berhati hati. Dia takut jika wanita itu menengkingnya.

"Jangan cakap pasal dia. Dia bukan lagi anak saya."

"Janganlah cakap macam tu puan. Mana tahu Nik rindu sangat dengan puan dan tuan? Tapi bagilah dia masa sikit."

"Rindukan kami? Dia rindukan kami awak cakap?!" Puan Latifa mengamuk. Dia membaling cawan kaca dan segala yang ada di atas meja.

"P...Puan..."

"Kalau dia rindukan mak bapak dia, dah lama dia balik!"

"Saya tak rasa itu salah Nik...Lagipun..." Bibik Syama menjarakkan sedikit dirinya. Habis bertaburan lantai dengan serpihan kaca dan teh yang tumpah. Mujurla Encik Razak sudah pergi ke kerja. Kalau tidak, mesti dia mengamuk juga.

"Syama! Kalau awak nak kerja kat sini, jangan sebut atau cakap langsung pasal Nik!"

"Maafkan saya..."

_____________________________________

Luna memasuki dewan dengan jantung yang berdegup laju. Dia ditemani oleh Fasha, Dina dan Azil.

"Yo!" Syazwan melambai ke arahnya. Luna turut membalas.

"Luna, kitorang duduk dulu kat sini eh? Nanti dah dapat result, roger roger okay? All the best!" Wajah Azil yang ceria sedikit sebanyak menghilangkan rasa takut yang ada dalam dirinya.

"Akak percaya yang Luna mesti dapat result gempak punya! Kan Dina kan?" Fasha menoleh ke arah Dina.

"Mestilah, dia ni kan budak pandai! Confirm straight A punya!"

"Eh janganlah fikir macam tu. Nanti Luna jugak yang sedih kalau result teruk..."

"Aish, kata kata tu satu doa tau! Doa yang baik baik je Luna." Nasihat Azil.

"Okay..."

Fasha menolak perlahan badan Luna. "Dah, pergila. Kitorang tunggu kat sini."

"Orait!" Luna berjalan ke tempat di mana Syazwan berdiri. Mereka berdua mencari nama kelas 5 Intelek. Ramai ibu bapa dan ahli keluarga yang datang pada hari itu. Sudah tentu, untuk memberi sokongan kepada anak anak mereka.

"Ha, tu pun!" Syazwan menunding jari ke arah barisan yang agak ramai.

Ramainya. Nak tak nak, beratur jela. Itu la kau Luna, sape suruh siap lambat tadi huhu.

40 minit sudah berlalu. Kini tiba gilirannya untuk melihat sama ada usahanya selama ini berbaloi ataupun tidak.

"Ni fail kamu." Seorang guru perempuan menghulurkan fail kepadanya.

"Cikgu, result saya teruk ke? Berapa A? Ada gagal tak?"

"Kamu tengokla sendiri. Kalau cikgu bagitahu, baik cikgu umumkan result semua orang. Kan?"

Jantung Luna berdegup lebih laju daripada tadi. Dengan lafaz bismilah, dia membuka fail tersebut. Sehelai kertas dikeluarkan lalu matanya meneliti dengan perlahan lahan.

"Wah, alhamdulilah!" Luna melompat gembira. Semua yang sedang menunggu giliran mereka memandang pelik ke arahnya.

"Tahniah Luna! Cikgu tahu kamu skor!"

"Thank you cikgu!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience