"Amboi amboi amboi!" Usik Syazwan dengan keningnya yang diangkat angkat.
"Apa?" Luna memukul kepala lelaki itu.
"Bukan main happy sekarang kau eh. Yelah, dah ada boyfriend kan. Lepas ni kau mesti campak aku kat tepi sebab kau dah tak perlukan aku." Ujar Syazwan dengan nada sedih.
"Ey dramatiknya! Puih!" Malas mahu melayan, Luna menyumbat sandwic tuna ke dalam mulutnya. Ketika ini mereka berdua makan di sebuah restoran yang agak mahal. Menurut Syazwan, dia akan membelanja gadis itu.
"Tapi kan Luna, aku happy tau."
"Happy sebab?" Tanya Luna dengan mulut yang masih mengunyah.
"Aku happy sebab kau happy. Tengoklah kau sekarang ni. Dah tak macam dulu." Luna akui, sejak dia menjadi kekasih Nazmi, dia memang happy. Seolah olah bebannya kurang kerana lelaki itu sentiasa menolongnya.
"Thank you Wan."
Dahi Syazwan berkerut seperti orang tua. "Untuk apa?"
"Thank you sebab kau selalu ada dengan aku waktu aku susah. Dari dulu sampai sekarang. Aku appreciate sangat. Bukan senang nak ada kawan baik macam kau ni."
"Haa, tahu pun."
"Eee berlagak. Patutla single."
Syazwan membuka muka masam. "Susahla nak cari girlfriend."
"Belambak je yang nak kau, kau tu je yang memilih." Syazwan ni boleh tahan popular juga di sekolahnya.
"Kena la memilih. Kang tak pasal pasal dapat yang gigi jongang. Memang aku angkat kaki dulu la." Luna tergelak.
"Tapi yang jongang sesuai jugak dekat kau."
"Woi!" Muka Syazwan dua kali ganda masam daripada yang tadi.
"Chill la Wan. Aku gurau je."
"Murung aku layan kau ni. Dah la jom makan."
___________________________
Nik meletakkan dua helai baju di atas katil. Dua duanya hoodie. Satu hitam dan satu lagi biru cair.
Nak pakai yang mana eh? Sesuai ke pakai hoodie pergi masjid?
Dia tidak pernah menjejakkan kaki ke rumah Allah. Dia juga tidak tahu cara solat apatah lagi mahu membaca Al Quran. Dia tidak pernah diberikan didikan agama dan dia homeschool.
Ah, aku rasa kena beli baju baru la. Baju apa yang orang selalu pakai pergi masjid eh? Tapi kalau nak beli sekarang tak sempat. Lagi setengah jam sebelum pukul 7.30. Ah, matilah nak pakai apa pon!
Nik membuka telefon pintarnya. Aplikasi Youtube ditekan. Dia menaip 'cara dan bacaan dalam solat'.
Entah mengapa, dia tergerak hati untuk cuba bersolat walhal dia tidak pernah solat sebelum ini.
_______________________________
Ustaz Zarul ternanti nantikan kelibat seseorang. Agak lama menunggu, seorang lelaki tampan memasuki ruang solat lelaki.
"Nik!" Nik berpaling ke arah suara yang memanggilnya.
"Ceramah dah nak mula tu. Jomla kita duduk."
"Ok."
Mereka mengambil tempat duduk di baris kedua ruang hadapan.
"Assalamualaikum hadirin dan hadirat sekalian. Bersyukur kita pada Ilahi kerana dapat berkumpul dan bernafas sehingga hari ini." Mata Nik fokus memandang kepada penceramah yang duduk bersila di khalayak ramai.
"Hadirin dan hadirat sekalian, tajuk ceramah yang ingin saya sampaikan ialah tentang taubat."
Taubat?
"Kita sebagai manusia ni tak lari dari buat kesilapan. Betul tak tuan tuan dan puan puan? Manusia tak ada yang sempurna dan semuanya pernah membuat kesilapan. Tapi, Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Pintu taubat sentiasa terbuka kepada hamba hambanya. Sebanyak mana pun dosa kita, jika kita bertaubat, In Shaa Allah akan diampuni. Menjadi satu kewajipan sesiapa yang terpesong daripada jalan kebenaran bersegera menuju kembali kepada Tuhannya tanpa bertangguh kerana peluang yang ada hari ini belum tentu ada keesokan harinya."
Nik tersentuh mendengar ceramah itu. Walaupun dia dilahirkan sebagai seorang muslim, dia langsung tidak tahu tentang semua itu.
"Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, Allah SWT berfirman yang bermaksud:“Wahai anak Adam, sepanjang engkau memohon kepada-Ku dan berharap kepada-Ku akan Aku ampunkan apa yang kamu lakukan. Aku tidak peduli, wahai anak Adam, jika dosa-dosamu setinggi awan di langit kemudian engkau meminta keampunan kepada-Ku akan Aku ampuni. Wahai anak Adam, sesungguhnya jika engkau datang membawa kesalahan sebesar dunia, kemudian engkau datang kepada-Ku tanpa menyekutukan Aku dengan sesuatu apapun, pasti Aku akan datang kepadamu dengan ampunan sebesar itu pula.”
Tanpa sedar, air mata Nik turun perlahan lahan.
Kenapa aku menangis? Kenapa aku rasa bersalah sangat? Tak pernah aku rasa macam ni sepanjang aku hidup.
Share this novel