bab 19

Romance Completed 3890

"Er...tak payahla buat sampai macam ni sekali...Luna ok la kak..." Luna berasa tidak selesa apabila dikendong oleh Fasha. Banyak klmata yang memandang ke arah mereka.

"Janganla malu malu Luna. Best apa ada orang kendong kan?" Dina yang berjalan di sebelah Fasha tersenyum ceria kepadanya. Dia baru saja dibenarkan keluar dari hospital. Segala bil hospitalnya termasuk Rina telah dibayar oleh mereka berdua dengan pertolongan yang lain termasuk Syazwan.

"Tapi Luna tak selesa la. Orang asyik pandang pandang kita je. Akak turunkan la Luna. Luna boleh jalan la."

"Eh tak yah tak yah. Bagila akak dukung Luna. Nanti dah sampai kereta baru akak turunkan." Fasha membantah.

Aduh, pasrah je la Luna. Dah tak boleh nak buat apa huhu.

Pintu kereta dibuka. Dina duduk di tempat pemandu, Luna disebelahnya manakala Fasha duduk di belakang.

"Kita nak pergi mana ni?" Tanya Luna apabila mendapati yang Dina menggunakan jalan lain dan berbeza.

"Kitorang nak bawak Luna pergi mall. Dah lama Luna tak shopping kan? So, hari ni Akak Dina dengan Akak Fasha akan bawak Luna jalan jalan cuci mata." Kata Dina dengan nada teruja. Dia pulak yang melebih lebih.

"Tapi Luna memang tak selalu pergi mall pun." Dia lebih selesa untuk membeli baju atau barang di kedai yang murah sedikit. Mall tu semuanya mahal. Air mineral pun sudah cecah RM4.

"Haa, kalau camtu bagusla! Dapatla Luna tengok tengok barang kat sana." Dina membel dan terus membebel. Luna pura pura mendengar walhal masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Fasha awal awal sudah tertidur.

Adoi, sabar jela ya Luna.

_______________________________

"Tuan, saya dah buat yang macam tuan suruh. Saya dah upah orang untuk buat bisnes dengan Tengku Jaafar. Dia kata bagi dia seminggu." Tutur Rafie.

"Seminggu? Kenapa lama sangat? Dua hari dahla. Nak lelama buat apa?" Encik Rahmat khusyuk memandang skrin komputernya.

"Orang tu kata bukan senang nak berurusan dengan Tengku Jaafar macam tu je. Dia selalu guna orang tengah. Tengku Jaafar tak pernah bersemuka dengan client dia tuan. Jadi, susah sikit la."

"Hum, yelah Rafie. Saya tak kisah asalkan ada hasil."

Encik Rahmat bermain dengan misainya yang lebat. "Tapi saya pelik la Rafie. Kenapa setakat ni tak ada polis yang menyamar jadi orang lain untuk buat bisnes dengan dorang? Dorang tak terfikir nak buat macam tu ke?"

"Bukan macam tu tuan." Rafie serba salah mahu bercakap perkara yang sebenarnya terjadi.

"Dah tu?"

"Ramai je polis yang pernah buat macam tu. Tapi sorang pun tak ada yang selamat. Macam kes baru baru ni, ada sorang polis perempuan baru meninggal. Kalau tak silap saya, dia yang bertanggungjawab handle kes Tengku Jaafar tu."

"Polis perempuan?"

"Haah, dia lapor diri dekat Balai Polis Sri Setiwangsa. Nama dia Rina. Rina Bt Jalil."

Encik Rahmat terkedu seketika. Patutla dia selalu mendengar ramai polis menyebut nama gadis itu.

"Dia meninggal?"

Rafie mengangguk. "Minggu lepas tuan."

"Dia mati macam mana?"

"Saya tak tahula betul ke tak, tapi ada orang kata waktu dia nak pergi satu tempat ni, dia kena tembak. Tapi bukan dia sorang je kat situ. Ada polis yang lain jugak."

Mereka berdua terdiam.

"Sebab tula polis yang lain tak nak menyamar. Dorang lagi prefer jalan selamat. Kebanyakan polis yang pernah buat bisnes dan handle kes tu ramai yang mati. Ada je yang hidup, tapi dorang takde bukti untuk tangkap Tengku Jaafar dengan orang orang dia." Terang Salmi, lelaki berkulit hitam manis yang tiba tiba saja masuk ke bilik Encik Rahmat.

"Tak reti nak ketuk ke?"

"Saya dah ketuk banyak kali, tapi takde orang jawab. Maaf tuan."

"Salmi."

"Ya tuan?"

"Macam mana dorang boleh tahu orang yang menyamar tu polis?"

"Manalah saya tahu."

Encik Rahmat memicit dahinya yang sakit. "Dah, dah. Pergi sambung kerja tu. Kalau tak ada kerja, saya nak bagi yang baru." Serentak Rafie dan Salmi terus keluar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience