bab 2

Romance Completed 3890

Luna membuat nota tentang tajuk fizik yang baru dipelajarinya tadi. Dia memang lemah sangat dalam subjek Fizik. Syazwan yang sedang membetulkan rambutnya datang menghampiri rakan baiknya yang sedang tekun belajar.

"Uit."

"Nak apa?" Tidak perlu menoleh, dia sudah tahu itu suara Syazwan.

"Rajinnya lah kau ni. Kalau aku jadi kau, aku guna masa ni untuk main game. Masa tu emas you know. Kenalah berseronok."

Luna menunjal dahi Syazwan dengan penselnya.

"Ouch sakitla!"

"Memangla kau fail addmath, dah asyik main game je! Aku ajak gi library untuk study, yang kau pulak berpubg!" Perli Luna. Syazwan mencebik.

"Ha dah mula la tu nak buat muka hodoh tu." Luna kenal sangat mamat ni. Asal nak merajuk je, mesti buat muka 10 sen.

"Eh Luna, jom gi outing esok nak? Aku nak beli kasut adidas baru la. Kasut aku yang lama tu dah buruk."

Luna menggeleng. " Tak nak. Aku busy."

"Ala jomlaaa. Kau ni jarang keluar tau. Tiap kali aku ajak ke, kau tolak. Best sangat ke duduk rumah?" Tanya Syazwan dengan nada sedih.

"Kalau tak best, takdelah aku terperap duduk rumah."

"Ala pleaseee, sekali ni je. Aku belanja kau Boost nak?"

Ish dia ni kan. Mentang mentanglah dia tahu aku suka minun Boost, terus dia guna alasan tu untuk jadi senjata dia. Nasib baiklah kau bestie aku Syazwan!

"Kau nak la tu." Usik Syazwan. Keningnya diangkat beberapa kali.

"Yela, aku ikut. Tapi jangan harap lepas ni pon aku ikut."

Syazwan kembali masam.

Fokus Luna kembali pada buku fizik dihadapnnya.

"Dah, jangan kacau aku. Gi main jauh jauh."

"Nanti aku whatsapp kau tau." Ucap Syazwan lalu beredar. Luna sekadar mengangguk.

_________________________________

Nik membuka fail hitam yang diberi oleh Tengku Jaafar semalam. Selalunya dalam fail tersebut akan ada maklumat tentang bakal mangsanya.

Nama penuh
Alamat rumah
Nombor telefon
Umur
Pekerjaan
Muka mangsa

Nik meniliti satu per satu kertas di dalam fail tadi.

Nama dia Rina Bt Jalil. Muka dia, hum not bad. Ada rupa jugakla. Umur, 26 tahun. Patutla Tengku nak suruh aku bunuh dia, rupanya dia ni la yang selalu ambik kes kitorang. Polis ni memang menyusahkan betul la.

Tok! Tok! Tok!

Pintu biliknya diketuk.

"Masuk." Nik merupakan pekerja kegemaran Tengku Jaafar kerana kehandalan dan kecekapannya dalam bekerja. Oleh itu, dia dinaikkan pangkat dan diberikan bilik khas untuk dirinya sendiri.

Johan memasuki biliknya dengan membawa sehelai fail berwarna merah.

Sepanjang dia bekerja, dia ingat beberapa perkara dalam bidang ini.

Fail hitam untuk perkara yang tidak berapa mustahak.
Fail merah pulak perkara urgent.

"Untuk kau, Tengku suruh aku bagi."

Tanpa menunggu jawapan dari Nik, Johan meninggalkan bilik itu.

"Kali ni apa pulak?" Nik membuka fail merah di mana tertulus perkataan 'urgent' di hujung fail itu.

Setelah membaca butiran butiran di dalamnya, Nik mencapai jaket serta mask hitamnya dan terus keluar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience