Setelah selesai bacaan Al Quran dan sembahyang berjemaah pada malam itu, Nik membuat keputusan untuk meminta tolong kepada Ustaz Zarul.
"Assalamualaikum Zarul."
"Waalaikumusalam. Ya Nik, ada apa?" Zarul seperri dapat membaca air muka Nik yang kelihatan seperti dalam dilema.
"Saya sebenarnya nak tanya sesuatu." Zarul hanya diam dan memberi laluan untuk lelaki itu bercerita.
"Hina ke kalau seseorang tu tak tahu tentang Islam walaupun dilahirkan sebagai seorang muslim?"
Ustaz Zarul merenung dalam dalam mata Nik. "Mereka patut rasa malu, bukan dengan manusia. Tapi dengan Allah. Mereka akan bagi alasan macam contohnya, mak ayah tak bagi didikan agama atau tidak dihantar ke sekolah agama macam kafa dan madrasah. Sebagai seorang muslim, kita tidak perlu salahkan orang lain atau bergantung pada orang lain hanya kerana mereka tidak mendidik kita tentang Islam. Semua tu kita boleh belajar sendiri."
Aku....aku jahil...
"Sedangkan mualaf pun ada usaha untuk belajar tentang Islam, kenapa tidak orang muslim yang lain?"
Nik sentap mendengar teguran Ustaz Zarul.
"Mungkin juga salah ibu bapa sebab tak pernah ajar pasal solat dan sebagainya. Tapi kalau seorang muslim tu dah dewasa, dah akil baligh, dia boleh je belajar. Kalau susah sangat, cari ustaz atau ustazah. Mintak tolong mereka."
"Zarul....Saya..."
"Nik, In Shaa Allah saya cuba tolong awak." Ujar Ustaz Zarul dengan wajah yang tenang sambil tersenyum ke arahnya. Dia menepuk bahu Nik.
"Terima kasih..."
________________________________
Luna tersenyum riang. Makanan yang dibuatnya diletakkan di atas meja.
"Ok, done!" Dia berpuas hati dengan kek brownies itu. Walaupun dia tidak berapa pandai dalam membuat manisan, tetapi dia cuba juga. Dia buat khas untuk Nazmi untuk membalas jasa lelaki itu.
Lagi setengah jam sebelum Nazmi datang ke rumahnya. Sementara itu, Luna menggunakan baki masa yang ada dengan mengemas rumah.
"Assalamualaikum."
"Waalaikumusalam. Eh? Awalnya Abang Naz datang." Dia menghampiri Nazmi. Muka lelaki itu tegang dan serius.
"Luna...Abang ada benda nak cakap."
"Tapi sebelum tu, rasa la dulu brownies yang Luna buat ni. Luna try buat pagi tadi."
"Tak nak." Luna tersentak. Kenapa nada suara Nazmi seperti marah?
"Er...Abang ok ke? Luna ada buat salah ke dekat abang?" Dia bertanya dengan penuh berhati hati. Tidak pernah pula lelaki itu memarahinya. Ini kali pertama.
Nazmi menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya. "Luna. Meh duduk sini."
Luna mengambil tempat bertentangan dengan lelaki itu.
"Abang nak cakap apa?"
"Abang mintak maaf sangat sangat."
"Apa abang cakap ni? Abang tak buat salah apa apa pun dekat Luna."
"Abang nak kita putus." Dia menundukkan kepalanya kerana takut untuk melihat reaksi gadis yang amat disayangi di hadapannya itu.
"Ke...Kenapa pulak? Luna ada buat apa apa yang abang tak suka ke? Sorry kalau..." Nazmi memotong ayatnya.
"Tak, Luna tak salah. Abang yang salah, abang yang bodoh."
"Dah tu kenapa nak putus? Abang dah ada pompuan lain eh? Ke abang dah tak suka dekat Luna?" Luna menggenggam kuat kain bajunya.
Nafas ditarik lalu dilepaskan. "Mak abang nak kahwinkan abang dengan perempuan lain. Abang cuba pujuk mak abang supaya batalkan perkahwinan tu, tapi dia tak nak. Banyak kali abang cuba, tapi mak tak izinkan. Dia kata kalau abang kahwin dengan perempuan lain, dia tak akan restukan." Nazmi sebak. Bukan Luna saja merasa sakit, tetapi dia pun sama.
"Abang tak nak jadi anak derhaka. Maafkan abang Luna."
Kenapa? Kenapa semua orang yang aku sayang nak tinggalkan aku?
"Maafkan abang Luna." Berkali kali Nazmi mengulang ayat itu. Dia tahu bukan mudah untuk Luna menerima keputusan itu.
"Takpe...Luna faham. Kalau Luna kat tempat abang, mungkin Luna akan buat benda yang sama." Nazmi sedikit terkejut apabila Luna tidak memarahinya. Bahkan, gadis itu siap tersenyum lagi.
"Luna tak marah ke?"
Luna menggeleng. "Taklah. Buat apa Luna nak marah?" Dia sedaya upaya menahan air matanya daripada tumpah. Jujurnya, dia sedih. Sangat sedih.
"Abang..."
"Takpe, takpe. Abang kena dengar cakap mak abang. Restu orang tua tu penting tau."
Nazmi menyandar pada kepala kerusi. "Abang tak kisah kalau Luna nak benci abang. Ni semua salah abang. Kalaulah abang kenalkan Luna dekat mak ayah abang, mesti dorang takkan rancang semua ni."
"Abang, dorang nak yang terbaik untuk abang. Mana tahu bakal isteri abang tu lawa?"
"Lawa ke tak lawa ke, hati abang dekat Luna. Bukan dekat dia!" Nazmi menutup mukanya dan beristighfar.
"Dah la tu. Mungkin kita tak ada jodoh." Pahit mana pun, dia tetap perlu menerima hakikat.
"Luna tak sayangkan abang ke? Kenapa senang sangat Luna terima semua ni?" Tanya Nazmi was was.
"Luna sayang sangat dengan abang. Abang la yang selalu ada dengan Luna waktu susah senang. Tak terkira betapa bersyukurnya Luna bila abang ada selalu dengan Luna. Lagi lagi lepas arwah kakak dah tak ada." Air kata yang tumpah cepat cepat diseka.
"Habis tu? Luna terima la semua ni? Luna ok la abang akan kahwin dengan perempuan lain?"
"Tipulah kalau Luna tak sedih. Tapi Luna percaya, abang akan happy dengan dia..." Sejurus mengahabiskan kan ayatnya, dia terus menaiki anak tangga untuk ke tingkat atas.
Share this novel