bab 1

Romance Completed 3886

Tangannya yang penuh berlumuran darah tidak diendahkan. Yang penting, kerjanya siap. Itulah prinsip hidup Nik. Dia tidak kisah jika dia sakit, asalkan dia dapat menyiapkan tugasnya dengan sempurna.

Disebabkan itu jugalah, dia digelar pembunuh paling terhandal dan profesional sepanjang dia bertugas di bawah Tengku Jaafar.

Nik mengeluarkan sapu tangannya dari dalam poket seluar lalu tangannya yang berdarah tadi dilap.

"Nik." Nik mengangkat mukanya apabila namanya dipanggil. Lelaki berusia 50 an di hadapannya itu tersenyum.

"Masuk bilik aku jap." Nik akur. Dia mengikut lelaki tadi masuk ke sebuah bilik.

"Bagus, aku puas hati dengan kerja kau. Kau tak pernah kecewakan aku Nik. Aku bangga ada orang macam kau." Puji Tengku Jaafar. Dia ialah orang yang paling berkuasa dan disegani oleh pekerja pekerjanya yang lain. Namanya juga sering disebut sebut kalau melibatkan hutang dan kes kes pembunuhan. Tetapi itulah, sampai sekarang polis tak ada bukti yang kukuh untuk menangkapnya. Ini kerana dia dibantu oleh orang orang yang sangat licik seperti Nik.

"Terima kasih Tengku. Saya cuma jalankan tugas saya." Balas Nik.

Tengku Jaafar mengeluarkan sehelai fail berwarna hitam dari dalam laci mejanya. Fail untuk dihempapkan ke atas meja.

"Kerja baru?" Teka Nik. Dia sudah dapat mengagak memandangkan sudah bertahun dia bekerja dengan lelaki itu.

_____________________________________

Luna mengunyah kerepek yang ada ditangannya. Matanya sedari tadi fokus menonton movie di Netflix.

Pintu rumah dibuka. Luna menekan butang pause apabila kakaknya sudah pulang.

"Lambatnya balik." Tegurnya. Sejak ibunya meninggal, dia tinggal dengan kakaknya. Itulah satu satunya keluarga yang dia ada. Walaupun ayahnya masih hidup, dia tidak pernah kisah tentang ayahnya memandangkan ayahnya sudahpun berkahwin baru dan mempunyai keluarga lain. Ayahnya juga tidak pernah bertanya khabar pada mereka. Dia tidak tahu ayahnya tinggal di mana sekarang. Dan Luna yakin, ayahnya juga tak tahu di mana mereka berada sekarang.

"Kerja banyak." Jawab Rina ringkas. Dia melabuhkan punggung di sofa. Kedua dua kelopak katanya ditutup.

"Kes kematian lagi ke?"

"Aah. Tak lain tak bukan, ni mesti orang Tengku Jaafar punya kerja. Yelah, dia kan berpengaruh."
Rina mengurut dahinya. Kerjanya sebagai polis memang sangat memenatkan. Tambahan pula. sejak sejak ni balai polis menjadi lebih sibuk apabila banyak kes kematian direport.

"Kakak dah makan ke? Atas meja tu Luna ada simpankan tomyam dengan telur."

"Kakak makan kejap lagila. Kakak nak tido jap. Lagi 20 minit kejutkan kaka eh Luna."

"Okay."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience