Nik berjalan menuju ke tempat kerjanya yang baru. Di sebuah kafe. Sudah beberapa minggu juga dia bekerja di situ. Sejak dia berubah, dia tidak membeli atau menggunakan wang yang dia peroleh dulu. Kerana semua itu duit haram.
Kata kata Ustaz Zarul masih segar dalam ingatan.
'Allah pandang usaha seseorang untuk berubah.'
Aku malu. Malu dengan diri aku sendiri. Buat kerja kotor semata mata sebab duit. Kenapa sampai macam tu sekali kau lebihkan dunia Nik? Kenapa?
___________________________________
Luna menaiki kereta api untuk ke bandar. Mujurla pagi itu tidak ramai yang menggunakan ekspres itu memandangkan hari ini hari cuti.
Tempat duduk di hujung kereta api dipilih. Dia melabuhkan punggung disitu dan meletakkan kepalanya pada tingkap.
Hari ni hari kahwin Nazmi. Tapi aku tak pergi. Semua orang pujuk aku, tapi aku tak nak. Kalau ikutkan, aku still sedih lagi dengan apa yang jadi. Tapi aku tak tunjuk. Aku tak nak tunjuk yang aku lemah dekat depan orang lain. Cukupla dorang dah tahu yang aku selalu berhalusinasi dan asyik ulang alik pergi hospital. Aku tak nak kesihatan aku jadi lagi teruk.
Aku pandang sekeliling kereta api itu. Mata cepat cepat ditutup apabila aku terbayang bayang wajah Rina. Sedar sedar, aku dah sampai dekat stesen yang sepatutnya.
Satu per satu kedai di bandar sudah Luna masuk.Tetapi tiada rezeki.
Kedai baju dah.
Restoran dah.
Kedai buku dah.
Syarikat syarikat besar pun dah.
Luna keletihan. Dia duduk di sebuah bangku yang disediakan. Setelah membaca bismilah, dia meneguk air mineral yang dibawa dari rumah. Tiba tiba matanya terpandang sebuah poster yang ditampal di tingkap sebuah kedai kafe.
• PERHATIAN ! KAMI MENCARI PEKERJA PART TIME / SEPENUH MASA. JIKA BERMINAT, BOLEH HUBUNGI 011 5228 5082 •
Alhamdulilah, rezeki yayy !
Tangannya dengan pantas menaip nombor yang tertera pada poster tersebut.
"Helo, assalamualaikum?" Suara seorang gadis menyapa di hujung talian.
"Waalaikumusalam. Er, nama saya Luna. Saya nak tanya pasal notis kerja tu. Saya berminat nak kerja part time."
"Wah, great timing! Esok awak datang dekat alamat ni boleh? Saya hantar kat Whatsapp."
Luna tersenyum manis. "Baik!"
____________________________________
"Nik! Nik!" Jerit Ijal atau nama penuhnya, Faizal.
"Apa?" Jawabnya sambil mengelap gelas gelas yang baru dibasuh.
"Nak mintak tolong boleh tak?" Rayunya.
"Cakap jela."
"Tolong gantikan tempat aku untuk syif malam boleh? Hari ni je."
"Malas."
"Please please please! Aku ada hal malam ni. Emergency. Nanti aku belanja kau. Please Nik!" Faizal mengikut langkah Nik. Nik pergi ke situ, dia ikut. Nik pergi ke sana, dia ikut.
"Rimasla kau ni. Cakap dulu kat aku, apa emergency tu?"
"Kalau aku cakap, janji jangan bagitau orang lain. Boleh?"
"Tengoklah camne. Cakap dulu."
"Aku nak pergi date ngan makwe aku. Dia datang sini pagi semalam. Lusa dia nak balik dah. Esok nak date tak boleh sebab dia nak visit family dia."
"Korang LDR ke?"
"Haah. Bolehla eh Nik? Sekali ni je. Lepas ni aku belanja kau. Pleaseeeeee..."
Nik mahu tergelak melihat wajah terdesak Faizal.
"Yelah, aku tolong."
"Thanks bro! Aku gerak dulu!" Sepantas kilat Faizal hilang dari bayangan. Nik menyambung kerjanya semula.
Share this novel