bab 18

Romance Completed 3886

Luna menangis sepuas puasnya. Dari semalam dia tidak meninggalkan biliknya. Ada juga mesej daripada Syazwan dan yang lain lain, tetapi dia tidak baca apatah lagi mahu membalas.

Mungkin ni takdir hidup aku. Sorang sorang tinggalkan aku. Mula mula kakak, lepastu Abang Nazmi pulak. Lepas ni siapa?

Biliknya gelap. Luna langsung tidak membuka langsir. Dia lebih selesa seperti itu.

Matanya bengkak. Dia menangis, menangis dan terus menangis. Tiba tiba, telefon pintarnya berbunyi.

( Abang Nazmi is calling )

Apa lagi dia nak? Tak cukup lagi ke dia nak buat aku sedih?

Luna mematikan telefonnya. Rambutnya sudah seperti orang hutan. Kusut dan serabut.

Jangan macam ni Luna. Baik kau ambil wuduk dan solat. Tenangkan hati kau.

Seperti tiada bisikan syaitan, Luna segera ke bilik air dan mengambil wuduk. Dia perlu menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim. Dia mahu meluahkan segalanya kepada Si Pencipta.

_________________________________

Mereka berdua memandang Nazmi dengan penuh rasa marah. Hanya Azil saja yang kekal tenang. Mereka kini berada di kafeteria hospital. Baru saja sebentar tadi Fasha dan Dina ke rumah Luna. Apabila mengetuk pintu serta memberi salam banyak kali dan tidak dibalas, mereka menjadi risau. Mereka takut jika Luna melakukan perkara yang bukan bukan. Lagi lagi dengan keadaannya yang berhalusinasi. Mujurla Fasha ada extra kunci rumah tersebut yang pernah diberikan oleh Rina.

"Tolong explain." Fasha bersuara gaya seperti seorang guru disiplin.

"Explain apa?" Tanya Nazmi pura pura tidak tahu.

"Kau tahu tak, sebab kau la keadaan dia jadi lagi teruk? Dia tu sakit Naz!"

"Aku tahu..."

"Dah tu? Kalau kau memang tak suka kat dia dari awal, kau tak patut bagi dia harapan!"

"Aku memang suka dia! Aku sayangkan dia lebih dari seorang kawan!" Nazmi menghentak meja.
Dari semalam dia asyik berfikir tentang Luna.

Yang lain diam dan hanya mendengar perbualan mereka berdua.

"Aku dah janji dengan arwah Rina yang aku akan jaga Luna macam adik aku sendiri. Aku pegang amanah tu." Mendengar nama Rina, semua menjadi emotional.

"Aku tak suka bila ada orang lain sakitkan hati dia. Kita pun tahu sejak arwah tak ada, dia selalu terbayang bayangkan arwah. Nampak sangat kat situ dia terlalu sayangkan arwah." Fasha bercakap dengan air matanya yang sudah tumpah.

"Sebab tu bila Luna sedih, aku pon sedih. Aku dah anggap dia macam adik aku. Macam family aku."
Rasa bersalah Nazmi menggunung. Dia tidak berniat melukakan hati Luna.

"Tapi bila kau buat macam tu kat dia...Aku takut lepas ni dia buang kau. Buang kita. Aku takut dia dah tak nak anggap kita macam keluarga dia. Aku tak nak."

"Tapi kita tak boleh salahkan Nazmi. Dia pun tak tahu benda akan jadi macam ni." Azil membela lelaki itu.

"Yer, aku tahu. Sorry Naz. Aku tetiba emo sikit."

"Takpelah, aku faham."

__________________________________

Nik sudah mula menghadirkan diri setiap hari untuk solat berjemaah di masjid berdekatan dengan hotelnya. Sehingga ke hari ini dia belum pulang ke rumah. Biarlah, dia lagi tenang jika berada di luar daripada duduk di rumah dan mendengar pergaduhan ibu bapanya.

"Alhamdulilah, bagus bacaan awak Nik. Sedap." Puji Ustaz Zarul. Dalam masa singkat ini, Nik sudah tahu basic tentang Islam. Cara solat, bacaan dalam solat dan sudah boleh mengaji.

"Terima kasih Zarul." Nik akui yang sejak pintu hatinya terbuka untuk berubah, dia semakin tenang. Dia tidak rasa kosong.

"Sama sama. Pastikan awak practice lagi nanti. Tajwid tu kena tengok betul betul. Mana yang panjang, mana yang pendek."

"Okay."

"Oh Nik, saya lupa nak bagitahu awak. Esok ada penceramah dari Indonesia datang masjid ni. Dia bagi ceramah lepas solat maghrib. Ceramah dia memang best, saya suka. Awak datang tak esok? Kita duduk depan sama sama macam hari tu."

"Esok saya tak dapat datang. Ada hal sikit. Lusa In Shaa Allah saya datang." Ada benda yang perlu dia selesaikan. Dia mahu berhenti kerja dengan Tengku .

"Oh, kalau macam tu tak apalah."

_____________________________________

"Apa? Kau pun Nik?" Tengku Jaafar memandang silih ganti surat perletakan jawatan dan muka pekerja kesayangannya. Dia langsung tidak menyangka yang Nik akan membuat benda yang sama seperti Johan.

"Kenapa? Kau dah tak suka buat kerja ni?"

Nik mengangguk. "Ya."

Tengku Jaafar melepaskan asap rokonya. "Aku tak akan izikan."

"Kalau kau tak izinkan, aku still akan berhenti. Takde sape boleh halang aku." Semangat Nik yang inilah yang membuatkan Tengku Jaafar sayang sangat dengannya. Dia seorang yang berani.

"Aku tak izinkan!" Tengku Jaafar mencampak surat tersebut ke luar tingkap.

"Aku akan berhenti jugak."

"Kau ni memang degil la Nik."

Nik tidak membalas. Matanya ralit mempergerakan lelaki tua itu yang sedang berjalan ke arahnya dengan tongkat emasnya.

"Aku tak akan izinkan kau berhenti. Sampai bila bila pun tak boleh!"

"Kalau macam tu, aku cabar kau. Kita lawan memanah. Nak?" Nik tidak mengalah. Dia mahu keluar dari jalan gelap yang pernah dia pilih suatu ketika dahulu.

Tengku Jaafar berfikir seketika. "Ok, aku setuju. Kalau kau menang, aku akan lepaskan kau. Tapi kalau kau kalah, kau kena kerja dengan aku seumur hidup kau."

"Deal." Nik akur. Salah dia kerana memilih untuk membuat kerja kotor itu, jadi dia perlulah menerima akibatnya.

Aku tak boleh kalah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience