bab 11

Romance Completed 3886

"Takziah Luna." Syazwan duduk di sebelahnya. Wajah Luna sudah seperti mayat hidup. Lesu. Pucat. Penat.

"Dah la tu. Dari semalam kau macam ni. Tak elok tau." Selalunya apabila berborak dengan Syazwan, dia akan melihat muka lelaki itu. Bak kata orang kata, lebih sopan. Tapi kali ini, dia sedikit pun tidak memandang lelaki itu. Fikirannya melayang entah ke mana.

"Luna..." Fasha, Dina, Azil dan Nazmi sungguh simpati dengan adik kepada rakan mereka itu. Kalau dulu dia berdua, kini dia sebatang kara.

"Luna." Panggil Fasha.

"Ape?" Jawapnya tanpa menoleh.

"Janganlah macam ni. Tak baik tau. Yang dah pergi tu biarlah pergi. Esok lusa, kita semua akan rasa benda tu jugak." Nasihat Fasha itu tidak sedikit pun membantu hati Luna yang retak. Dia sedih. Terlalu sedih. Sampaikan air matanya juga kering kerana terlalu lama menangis.

"Luna dah takde sape sape dah...." Ucapnya perlahan.

"Mana ada. Luna still ada kitorang. Kitorang semua dah anggap Luna ni macam family sendiri tau." Azil tidak bersetuju dengan kata kata gadis itu.

"Betul tu. Luna still ada kitorang." Dina memeluk erat tubuh Luna. Fasha yang melihat turut melakukan benda yang sama.

Perlahan lahan air mata Luna jatuh. Dia bersyukur, masih ada orang yang menyayangi dan mengambil berat dirinya.

_________________________________

Nik segera berlari dan menghalang laluan Johan.

"Jo, kau berhenti?" Dia betul betul terkejut kerana kawannya itu mahu berhenti. Itupun dia baru dapat tahu daripada Anas.

Johan tersenyum hambar. "Aku rasa dah sampai masa ah Nik. Take care bro." Dia menepuk perlahan bahu Nik yang masih terkejut.

"Asal? Kau dapat kerja lain ke?" Dia masih menghalang laluan lelaki itu.

"Entahla... Aku rasa selama ni aku macam tak ada prinsip hidup. Kerja aku dari dulu lagi membunuh. Tak ada benda lain. So sekarang, aku nak cari pengalaman baru. Nak try kerja baru."

"Kau dah tak suka kerja ni ke?" Nik masih belum mengalah.

"Nak kata aku suka, tak. Nak kata aku benci pon, tak jugak. Tapi bila aku fikir balik, apa erti hidup kau kalau kerja asyik nak bunuh orang je? Betul ak?" Nik terdiam.

"Dah la Nik. Kau tak boleh nak pujuk aku. Aku dah decide memang nak berhenti pon. Dari dulu lagi sebenarnya."

"Aku dah book tiket nak pergi Switzerland. Aku nak start life baru kat situ. Kalau ada rezeki, nanti kita jumpa lagi. Take care bro." Beritahu Johan lalu dia berlalu keluar dari banglo Tengku Jaafar dengan beg roda yang dipegangnya.

Erti hidup?

_________________________________

Luna termenung jauh. Segala kenangan bersama Rina terlayar di kotak mindanya.

"Luna. Akak ada bawak makanan ni." Fasha memasuki rumahnya kerana pintu tidak berkunci. Dia awal awal lagi sudah memaklumkan kepada Luna bahawa dia akan datang membawa makanan.

"Luna." Gadis itu tidak membalas. Dia masih termenung.

"Akak ada bawak nasi goreng dengan keropok. Oh, lupa pulak! Kek coklat pon ada. Jom makan!" Dia menarik lembut lengan Luna

"Akak makan la. Luna takde selera." Balasnya dengan wajah kosong.

"Aish, janganlah gitu. Makan sikit pon jadila. Yang penting perut tak kosong." Fasha memotong kek tersebut kepada lapan bahagian lalu meletakkan salah satu ke dalam pinggan.

"Nah. Kek coklat ni sedap tau." Luna menggeleng.

"Makanlah Luna. Tak kesian ke dekat akak? Akak beli ni khas untuk Luna tau." Luna menggeleng lagi.

"Luna, dah la tu. Sampai bila nak macam ni?" Rasa kasihan terhadap Luna semakim bertambah. Sejak kematian Rina, dia tidak lagi seperti dirinya yang dulu.

"Makan sikit je. Kalau tak habis takpe. At least, makanla. Ok?"

"Luna tak lapar."

"Sekarang tak lapar. Tapi kejap lagi mesti Luna lapar. Meh la makan sikit."

"Tak nak." Laju Luna menjawab.

Fasha mengalah. Dia akui yang Luna ini memang keras kepala dan degil seperti Rina.

"Kejap lagi yang lain datang. Dorang kata nak bawak Luna pergi jalan jalan dekat taman. Luna ikut eh?"

"Tak nak. Luna tak larat nak keluar."

"Luna demam ke?" Dia meletakkan tapak tangannya pada leher dan dahi gadis itu.

Tak panas.

"Luna tak demam pon. Cuma Luna penat. Luna nak tidur kat atas la." Katanya seraya menaiki anak tangga untuk ke biliknya.

'Rina, kitorang akan jaga adik kau.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience