"Bro, pahal? Marah je nampak." Tanya Anas. Waktu itu ialah lunch hour. Jadi, mereka bertiga makan di sebuah restoran Siam.
Walaupun air muka Nik sangat tenang, tapi dia kenal sangat dengan kawannya yang sorang itu. Kalau dia marah, dia tak akan pernah tunjuk muka marah. Mukannya tenang saja.
"Tak marah, rimas. Annoying." Terang Nik tanpa memandang wajah Anas dan Johan.
"Pasal sape pulak ni? Takkan la gelfren? Kau bukannya ada satu pon." Perli Johan.
"Itulah. Muka je hensem, tapi hati beku." Anas menyokong Johan.
"Memang aku tak nak pon ada gelfren. Perempuan ni menyusahkan je." Eika ke mama ke, semua sama je!
"Jap, biar aku teka. Ada perempuan nak ngorat kau eh Nik?"
Nik mendengus. "Dah la. Korang dua makan la. Aku gerak dulu."
Mereka berdua saling berpandangan.
"Aduh Nik, jangan la macam ni! Kita baru order, makan la dulu." Pujuk Johan.
"Aku tak lapar." Katanya dan terus beredar.
___________________________________
Rina membuka dokumen baru di hadapannya. Kes yang lama masih belum selesai. Tetapi apa yang boleh dia buat? Dia sudah cuba sedaya upaya untuk mengumpul maklumat tentang orang kuat Tengku Jaafar. Pernah juga dia melawat banglo kediaman lelaki itu. Namun gagal. Dia tidak menjumpai apa apa. Memang dia dan orangnya sangat licik dan bijak.
"Adoi... Bila la nak habis?" Rina mengurut urut dahinya.
Tiba tiba datang seorang lelaki tua dihadapannya dengan nafas yang tercungap cungap. Mukanya kelihatan pucat dan risau.
"Kenapa ni pak cik?" Dia tahu, tujuan lelaki tu sudah semestinya mahu mereport sesuatu memandangkan itu balai polis.
"Say... Saya nak buat report." Rina menaip sesuatu di komputernya. Dia diam, mahu memberi ruang kepada lelaki itu untuk meneruskan kata katanya.
"Anak... Anak lelaki saya hilang. Dari semalam saya call tak dapat dapat. Dia pon tak balik rumah semalam." Jelas lelaki tua itu berasa amat takut.
Yelah, mak bapak mana yang tak risau kalau anak hilang?
"Pukul berapa dia keluar?"
"Dalam pukul 9.30 malam rasanya. Saya tak pasti, tapi dalam pukul 9 lebih."
'Ok, dah lebih 24 jam'. Kata hati Rina.
"Nama anak encik apa?"
"Ahmad Qayyum Bin Ali."
Rina menaip nama tersebut pada komputernya.
"Umur?"
"19 tahun."
"Encik tahu tak dia pergi mana?"
"Dia cakap dia nak keluar sekejap. Lagipon, dia tiap tiap hari selalu keluar malam. Jadi saya tak tanya lebih."
Rina mengetuk ngetuk jarinya di meja. Dia berfikir sejenak. Tidak lama kemudian, dia mengatakan yang dia akan cuba sedaya upaya untuk mencari anak pak cik itu. Dia juga turut meminta lelaki itu memberitahu tentang lebih lanjut perihal rupa anaknya. Itu dapat memudahkan kerja polis.
_______________________________
Seorang lekaki menangis ketakutan sambil kedua dua tangannya diikat ketat. Mulutnya pula ditutup dengan sehelai kain.
"Mmmhh...mhhh..." Lelaki itu cuba untuk bersuara, namun apakan daya. Mulutnya ditutup.
"Jangan bising. Aku nak buat kerja aku dan aku harap kau bekerjasama. Boleh?" Suara Nik bergema di ruang yang gelap itu.
"Mmhh...mhhhm.." Dia memerhatikan Nik yang mengeluarkan bekas pensil yang menggunakan getah. Nik membuka gulungan itu. Terdapat pelbagai peralatan tajam dan berbahaya di dalamnya.
Dia memerhati satu per satu senjata kesayangannya. Dia mengambil sebuah pisau yang nipis tetapi tajam lalu diletakkan di leher lelaki itu.
"Mmhmmm....mhmm..." Lelaki itu menangis. Sungguh, dia takut kerana dia tahu dia bakal dibunuh.
Nik memandang lama anak mata lelaki itu. Baru saja mahu meminta simpati, Nik terus menghiris leher lelaki itu dengan ganas. Dia melakukannya berulang kali tanpa belas kasihan. Darah lelaki itu terpecik di seluruh tubuhnya. Namun, dia tidak kisah. Setelah memastikan yang lelaki itu tidak lagi bernafas, Nik melakukan kerja kerja pembersihan dan terus keluar dari rumah usang itu.
Share this novel