bab 20

Romance Completed 3886

Nik bernafas tercungap tercungap. Peluh yang basah dibiarkan turun tanpa dikesat.

Kuat jugak orang tua ni.

Tengku Jaafar kelihatan seperti tidak berpuas hati. Ternyata, skill memanahnya sudah tidak hebat seperti dulu. Dia tewas.

"Tengku, jangan lupa apa yang kau janjikan." Nik tersenyum sinis. Dia menang pertandingan memanah itu. Yang tinggal sekarang cuma kemas barangnya di banglo itu dan terus keluar.

"Kau pun tahu aku macam mana. Aku pegang kata kata aku."

"Baiklah. Nampaknya sampai sini saja la kita berjumpa. Lepas ni mungkin dah tak jumpa dah." Kata Nik seolah olah seperti mahu berpindah.

"Kenapa? Kau nak pergi luar negara macam Johan jugak ke?"

"Entahla, aku tak tahu lagi."

"Ingat. Jangan sesekali bocorkan rahsia yang kita simpan selama ni. Kalau tak, memang aku tak akan lepaskan kau lagi." Ugutnya. Tengku Jaafar tahu, dia lah penjenyah yang mahu ditangkap oleh semua polis.

"Jangan risau. Aku tahu apa aku buat."

"Jaga diri." Tengku Jaafar menghulurkan tangannya untuk bersalam.

"Kau pun."

____________________________________

"Hah? Nak cari kerja?" Dina merenung lama wajah Luna.

"Ey kau ni kan D! Bape banyak kali nak tanya?" Marah Fasha.

"Ala biar la. Aku nak kepastian je."

"Kepastian hotak kau! Dah banyak kali dia kata nak cari kerja. Takkan tu pun tak faham."

"Kak D, Kak Sha. Memang Luna decide nak cari kerja esok. Lagipun, nanti kan Luna nak masuk U. Kena pakai duit."

"Tak payahla Luna. Pasal duit tu, kitorang tolong."

"Dah la, Luna tak nak susahkan Kak D ngan Kak Sha. Yang lain pun sama. Dorang dah banyak tolong Sha. Kalau boleh, Luna tak nak bergantung sangat dengan orang lain. Tolong hormat keputusan Luna." Tegasnya.

"Kalau tu yang Luna nak, yelah...Tapi kalau nak pinjam duit ke apa, cari je kitorang. Ok?"

"Tengoklah macam mana." Balasnya acuh tak acuh.

"Ehhh, mana boleh gitu. Kalau tak cukup duit ke apa ke, roger je. Confirm kitorang tolong." Fasha tidak berpuas hati dengan jawapannya tadi.

"Urr... ok."

__________________________________

"Ya Allah Ya Tuhanku, ampuni la segala dosaku. Sesungguhnya aku seorang yang jahil dan lalai. Kurniakanlah kepada ku hidayah dan taufik Mu, agar aku berada di jalan yang lurus. Ya Allah, terima la ibadat dan taubat ku, serta matikanlah aku di dalam keadaan yang beriman. Aamiin." Untuk seketika, Nik termenung mengenangkan dosa dosa yang pernah dilakukan. Dia hidup dalam dosa. Dalam rasa bersalah. Dia membunuh seseorang tanpa mengisahkan perasaan keluarga mangsa yang kehilangan keluarganya.

"Zalimnya aku..."

"Kau ok tak ni?" Tanya Zarul yang baru saja duduk disebelahnya. Bahasa mereka juga sudah bertukar menjadi 'kau' dan 'aku.'

"Aku ok."

"Kau ada masalah ke? Aku sudi dengar. Itupun kalau kau nak open kat aku la."

Lama Nik terdiam. Dia tidak mahu membocorkan rahsia yang disimpan kemas selama ini. Tetapi dia tersepit dalam rasa bersalah. Sama ada mahu cerita, atau tak.

"Kau nak ke kawan dengan aku walaupun aku jahat? Aku kotor?"

Zarul menayangkan riak biasa. Tiada langsung riak marah atau pelik di mukannya.

"Semua orang ada baik buruk dia. Even aku pun banyak buat dosa. Tapi siapalah kita nak judge orang tu? Mungkin dia banyak buat dosa, tapi hidayah tu milik Allah. Mana tahu orang yang buat dosa tu lagi mulia daripada ustaz ustaz atau orang yang selalu solat. Kita tak tahu pengakhiran seseorang tu macam mana. Allah je yang tahu."

Nik mengamati satu per satu ayat yang dituturkan lelaki itu.

"Semua orang ada kisah silam masing masing, Nik. Mungkin orang tak nampak usaha seseorang tu nak berubah ke arah kebaikan, tapi Allah nampak."

"Kita hidup ni ada tujuan, bukannya suka suka."

"Allah tak pandang langsung rupa, tapi Allah pandang hati."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience