Luna terkesima melihat sehelai blouse berwarna hitam yang ditayangkan di sebalik cermin kedai.
Namun dia lagi terkesima melihat harga pakaian itu. Nak cecah 100 lebih.
Maik aih. Mahalnya baju kat mall ni. Aku dahla bawak 50 je. Tu pon nak kena jimat.
"Nak baju ni ke?" Syazwan perasan yang Luna memandang baju itu penuh minat.
"Mana ada. Aku tengok je. Eh dah jomla, kata nak belanja Boost kan?" Dia cuba tukar topik.
"Dah la Luna, aku tahu kau suka blouse tu."
"Tapi kalau aku suka pon, bukan untuk aku."
"Dah tu, untuk sape?" Syazwan bertanya penuh minat.
"Untuk kakak aku. Birthday dia lusa ni. Aku fikir nak beli something untuk dia." Baginya, Rina dan Syazwan adalah orang paling penting dalam hidupnya. Tapi mestilah Rina yang pertama.
Syazwan menepuk dahinya. Dia hampir terlupa perkara itu. "Oh haah la, lusa ni birthday Rina! Nasib baik kau cakap."
Luna bingung melihat rakan baiknya itu memasuki kedai itu. Tidak lama kemudian, dia keluar dengan menghulurkan sehelai beg kertas kepadanya.
"Apa pulak ni?" Luna mengambil huluran Syazwan.
"Anggap je yang kau beli baju ni. Nanti jangan lupa bagi kat Rina tau?" Luna jadi serba salah. Dia tahu yang lelaki di sebelahnya ini orang kaya, tapi dia tidak pernah sekalipun meminta duit lelaki tu. Bahkan, lelaki itu yang banyak menolongnya.
"Wan, tanakla. Kau ambik la ni, bagi kat dia." Syazwan pantas menggeleng.
"Aku nak bagi dia hadiah lain. Yang ni kau bagila kat dia."
"Tak nak la. Kau ni asyik tolong aku je." Luna mengetap bibir.
"Eh helloo?? Kita ni kawan baik, memangla kena saling menolong. Dah, ambik je. Kalau kau tak ambik, aku tanak kawan dengan kau dah. Aku mengadu kat Rina nanti."
Luna tergelak kecil. "Mengadanya. Ish, yelah... yelah.."
_____________________________________
Secawan kopi dihirup bagi menyegarkan matanya yang hampir tertutup.
"Kalau penat, rehat la dulu Rin. Dari tadi aku tengok kau dok belek je dokumen kat tangan kau tu." Tegur Fasha, rakan sekerjanya.
Rina tersenyum hambar. "Takpelah, kalau boleh aku nak selesaikan kes ni. Dari minggu lepas lagi tak selesai." Hari ni dia bekerja syif pagi dan malam. Mujur la dia ada membeli minuman bercafeine.
"Kau dah call Luna belum kata kau tak balik rumah?" Rina mengangguk.
"Aku kesian tengok kau ni Rin. Ini bukannya first time aku tengok kau penat macam ni. Otak kau pon kena rehat jugak. Jangan paksa diri sangat."
Suara Fasha jelas kedengaran prihatin. Dia memang sudah tahu kisah hidup Rina. Dari dulu, dia mencari rezeki untuk menyara hidup dia dan adiknya. Tapi dia kagum melihat ketabahan rakannya itu.
"Takpe la Fa. Aku ok. Jangan risau. Nanti kalau aku penat, aku rehat la."
Fasha tidak berpuas hati dengan jawapan Rina. Tapi nak buat macam mana, Rina ni keras kepala. Degil.
"Nah. Kau tak makan lagi kan?" Sebungkus nasi goreng diletakkan di atas meja Rina.
"Thanks Fa."
"Welcome. Makan tau."
"Okizzz."
____________________________________
Nik bersandar pada dinding. Hari ni banyak kerja pembunuhan yang dilakukan. Selalunya, dia akan ambik 3 mangsa untuk satu hari. Tapi hari ini double, kerana bayarannya juga sangat lumayan.
T shirt putih disarungkan pada tubuhnya. Bajunya yang penuh dengan darah dibasuh di dalam biliknya. Bilik itu bukan sekadar bilik biasa, tetapi seperti sebuah rumah. Luas dan penuh dengan kelengkapan. Siap ada mesin basuh lagi.
Dia mengunci satu per satu laci dan almari di dalam biliknya. Lagipon, hidupnya memang penuh dengan rahsia rahsia penting. Di dalam kerjanya itu, dia tidak percayakan sesiapapun kecuali Johan dan Anas, rakan baiknya.
"Kau nak balik dah ke?" Tanya Anas yang tiba tiba muncul di ruang utama banglo itu. Dia melihat sekilas beg yang digalas oleh Nik.
"Macam biasa." Sebulan sekali, Nik akan balik untuk menjenguk keluarganya. Walaupun dia tidak pernah merasa kasih sayang kedua ibu bapanya, dia tetap melawat mereka. Mereka juga tidak tahu yang Nik bekerja sebagai pembunuh upahan. Apa yang mereka tahu ialah, Nik mengatakan yang dia bekerja di Langkawi sebagai pemandu pelancong. Sudah tentu, itu satu penipuan.
"Take care bro."
"Thanks." Nik memasuki kereta Audi nya. Enjin dihidupkan lalu dia memecut laju.
Share this novel