Erti hidup?
Kata kata Johan terngiang ngiang di telinga Nik. Sampai sekarang, dia juga tidak tahu moto dan prinsip hidupnya. Baginya, hidupnya yang sekarang ini pun sudah memadai.
"Nik."
"Ya Tengku?" Nik mengalihkan perhatiannya memandang lelaki yang sedang memegang tongkat di hadapannya itu.
"New job." Dokumen hitam dihulurkan.
"Tengku. Yang pasal orang yang spy kita tu, Tengku dah dapat tahu ke siapa?"
Tengku Jaafar tersenyum senget. "Rahmat."
Ah, betul la tekaan aku.
"Kau tak nak aku settlekan dia?" Kerja kerja menyingkirkan polis adalah biasa bagi Nik.
"Tak perlu. Aku nak tengok game apa yang dia nak main dengan kita. Just watch and see."
__________________________________
Encik Rahmat membetulkan tengkuknya. Sudah dua malam berturut turut dia tidak balik ke rumah. Dia memang seorang yang workaholic. Baginya, kes Tengku Jaafar perlu segera diselesaikan.
"Hum, macam mana lagi cara aku perlu buat untuk perangkap diorang?" Sebelum ini dia pernah memasang kamera senyap senyap di kawasan berhampiran banglo kediaman Tengku Jaafar. Tetapi mereka licik. Mereka awal awal sudah memastikan bahawa mereka tidak dirakam oleh CCTV itu.
"Tuan!" Rafie membuka pintu pejabatnya tanpa mengetuk terlebih dahulu.
"Rafie! Kan saya dah kata tolong ketuk dulu!" Tengking lelaki bermisai itu.
"Maaf tuan. Saya ada maklumat penting nak bagitahu tuan."
"Apa dia?"
"Salah satu orang kuat Tengku Jaafar tu ada dekat airport. Flight dia ke Switzerland lagi sejam je tuan!"
Encik Rahmat automatik berdiri. Pistol dari dalam laci dikeluarkan. Dia hanya mengambil beberapa barang penting seperti gari dan telefon. Tidak lupa juga dia mencapai jaket kulit miliknya yang berwarna coklat.
"Tunggu apa lagi?"
__________________________________
Eika dan Eiman yang baru saja sampai di banglo Puan Latifa disambut gembira oleh mak cik dan pak ciknya.
"Best tak kat sana?" Encik Razak menyuruh dua orang gajinya untuk mengangkat bagasi mereka.
"Best sangat. Kitorang siap bina snowman lagi. Kan Eika?" Eiman melabuhkan punggung di sofa. Mereka baru saja sampai di Malaysia dan terus ke banglo itu kerana Puan Latifa mengajak mereka bermalam di situ.
"Yep! Best gila aunty! Oh yer, Eika ada belikan something untuk aunty." Eika mengeluarkan sesuatu dari dalam sling begnya.
"Wah, apa ni?" Sebuah kotak kecil dibuka.
"Cantik tak?" Eika cuba mengambil hati mak sepupunya.
"Cantiknya Eika! Aunty suka sangat. Pandai Eika pilih. Thank you." Puan Latifa terus menyarung rantai pemberian Eika.
"Aunty, uncle. Mana Nik?" Eiman bertanya kerana dari tadi dia tidak nampak batang hidung lelaki yang dibencinya itu.
Air muka Encik Razak dan Puan Latifa terus berubah.
"Kenapa?" Soalan Eika dibiar tanpa jawapan.
"Eh, jomla makan. Uncle dah suruh bibik masak banyak banyak tu. Eika ngan Eiman mesti lapar kan?" Encik Razak cuba menukar topik.
"Ha jom. Lepas ni bolela kita tukar tukar cerita. Mesti banyak benda best kat US tu." Begitu juga Puan Latifa. Mereka tidak mahu bercerita tentang masalah beberapa hari lepas dengan Nik.
"Ah...Ok."
__________________________________
"Kau kerja dengan Tengku Jaafar kan?" Tanya Rafie.
Johan hanya senyum. Dia kelihatan tenang dan tidak gentar. "Kenapa aku kena cakap kat kau?"
"Aku tanya elok elok ni. Baik kau mengaku."
"Kau fikir aku takut?"
"Nama kau Johan atau nama penuh Ahmad Johan bin Jassan. Betul atau tak?"
"Entah."
Rafie menghentak meja kuat. Kesabarannya teruji.
"Kau ni memang sengaja kan!"
"Tak sangka la pulak polis ni boleh tahan jugak barannya. Memang tak patut." Johan masih lagi tenang.
Encik Rahmat hanya memerhati dari luar melalui kaca bilik itu.
'Hurm, budak Tengku Jaafar ni not bad jugak eh. Pandai dia berlakon.' Pujinya di dalam hati.
"Berapa lama dah kau kerja dengan dia?" Disebabkan Johan tidak menjawab soalannya, dia cuba dengan soalan lain.
"Cubalah teka."
"Aku tak ada masa la nak main game ngan kau." Rafie merenung tajam mata Johan.
"Sama la dengan aku. Tempat ni memang tak ada aircond eh? Panas choi." Johan mengelup peluh di dahi.
"Memang kau pasang taktik ni dari awal ke? Boleh tahan jugak eh kau ni Johan."
"Kau pun apa kurangnya." Perlian itu membuatkan rasa marah Rafie bertambah.
"Johan, aku kat sini nak bincang elok elok dengan kau. Kalau kau berkerjasama dengan aku, aku akan lepaskan kau. Deal?"
Johan tergelak kecil. "Kau fikir aku bodoh? Aku bukan budak budak yang kau boleh pengaruh la. Nice try bro."
"Tak guna!" Rafie menarik kolar baju Johan. Dia berasa tercabar.
Encik Rahmat yang melihat tindakan luar kawalan Rafie segera masuk ke dal bilik itu.
"Rafie!" Encik Rahmat meleraikan pegangan lelaki itu.
"Heh. Kelakarlah korang ni." Johan masih menyindir.
"Rafie, baik awak duduk luar dulu. Biar saya pulak yamg cakap dengan dia."
Mata Rafie masih memandang tepat mata Johan.
"Kau tunggu jela nanti." Katanya lalu meninggalkan mereka berdua.
Share this novel