bab 13

Romance Completed 3886

"Ada apa kau nak jumpa ni?" Anas sibuk bermain pusing pusing dengan straw cawannya.

"Aku nak tanya something." Kata Nik serius.

"Apa dia?"

"Mak ayah kau sayangkan kau tak?"

Anas tergelak besar.

"Apa yang lawak? Aku tanya kau ni." Nik sedikit pun tidak senyum. Wajanya makin serius adalah.

"Bro, soalan apa kau ni? AHAHAHA!"

"Cepetla jawab!"

Anas memegang perutnya yang senak." Ok, ok...."

Dia menarik nafas untuk seketika. " Kau cakap kat aku, mak ayah mana je yang tak sayangkan anak?"

"Mak ayah aku."

Anas terdiam.

"Dorang tak pernah kisah pasal aku. Yang dorang tahu cuma life dorang je. Tak pernah tanya aku ok ke tak." Anas memandang wajah lelaki itu. Nampak macam sedih, tapi nampak macam tak kisah pun ada.

"Yeke? Mana kau tahu?"

"Aku tahula dah aku anak dorang. Tiap tiap kali balik rumah je, mesti dorang gaduh. Aku rasa macam tak wujud pun ada."

"Nik, dorang sayang kat kau. Kalau tak, dah lama dorang buang kau. Dorang jaga makan minum kau. Dorang bagi kau tempat tinggal. Itupun dah tunjuk yang dorang sayang dekat kau."

Nik menafikannya. "Tak, dorang tak sayang aku. Aku pernah dengar dorang kata yang dorang nak letak aku kat rumah anak yatim."

"See? Ada mak ayah kau letak kau kat situ? Tak kan?"

"At first memang dorang cadang macam tu. Tapi waktu tu dorang tengah ada problem pasal duit so dorang gunakan aku. Dorang paksa aku jadi model walaupun aku tak nak. Lama jugakla aku buat kerja tu. Aku fikir kalau aku buat apa yang dorang suruh, dorang sayangkan aku."

Anas hanya mendengar dan tidak memberi sebarang komen.

"Tapi aku salah. Sikit pun dorang tak peduli. Yang penting bagi dorang cuma duit. Duit, duit dan duit."

"Nik... Aku..."

"Aku rasa macam nak bunuh dorang pon ada."

"Nik!" Anas memarahinya.

"Tapi aku tak sampai hati. Aku still kisah pasal dorang walaupun dorang layan aku ni macam tunggul."

"Nik, jangan sesekali kau terfikir nak buat macam tu. Jahat mana pun dorang, dorang still orang tua kau. Ingat tu."

Nik berdiri. "Aku balik dulu. Thanks."

"Kalau ada masalah, cari je aku. Aku akan dengar semua masalah kau. Cuma jangan buat kerja gila. Ingat apa aku cakap ni."

"Ya aku ingat."

________________________________

Luna sedikit sebanyak sudah kembali ceria seperti yang asal. Tetapi ada masa dia rasa sangat sangat kosong.

Lebih baik aku solat. In Shaa Allah semuanya baik baik je.

Dia mengambil wuduk lalu memakai kain telekung. Solat isyak didirikan. Setelah itu, dia membaca Al Quran sebagai makanan rohani dan jasmaninya.

Kain sejadah dilipat. Kain telekung dibuka dan dilipat. Baru saja mahu menutup suis lampu, dia ternampak kelibat seseorang betul betul di depan pintu biliknya.

"Kakak?" Aku mimpi ke ni?

Luna memukul dahinya beberapa kali. Rina masih berdiri di tempat yang sama.

"Kakak ke tu?"

Rina hanya tersenyum. Wajahnya yang tenang dan ayu membuatkan Luna rasa sedih. Air mata yang ditahan tumpah jua ke pipi.

Dia berlari di tempat Rina berada namun entah kenapa dia tiba tiba hilang kawalan lalu terjatuh.

"Auch..." Tangannya mula berdarah kerana cara dia jatuh tadi agak kasar.

"Kakak?" Kelibat Rina tiada lagi.

"Mana kakak pergi?" Luna cuba untuk bangun. Badannya terasa begitu sakit.

"Luna!" Jerit Fasha dan Dina serentak.

"Ya Allah kenapa tangan ni?" Mereka berdua memapahnya dan masuk ke dalam bilik.

"Kakak... Luna nampak kakak." Mereka berdua memandang satu sama lain. Sangkaan mereka Luna sudahpun sihat dan tidak bermasam muka lagi. Namun, keadaan semakin teruk adalah.

__________________________________

"So macam mana?" Nazmi melulu ke arah Fasha yang baru keluar dari bilik doktor.

"Dia ok. Takde pape serius pun. Cuma doktor kata dia berhalusinasi." Fasha amat simpati dengan Luna.

"Halusinasi? Macam skizofrenia?" Tanya Azil.

"Lebih kurang, tapi tak seteruk tu. Dia just terbayang yang arwah Rina ada dan dengar suara dia. Tu je. Dia takdelah sampai nak cederakan diri sendiri."

"Tapi aku risau la. Dia sekarang duduk sorang sorang. Aku takut kalau halusinasi dia tu kuat sangat." Dina menyuarakan pendapatnya.

"Tulah. Doktor pun kata, kalau boleh bawak dia keluar selalu. Jalan jalan ke apa la asalkan dia tak terkurung dalam rumah. Oh lupa nak cakap, doktor kata dia kena tahan dekat hospital ni dua hari. Badan dia lemah sangat." Yang lain mengangguk faham.

"Bil hospital arwah macam mana? Still belum settle lagi kan?" Peringatan Syazwan membuatkan mereka yang lain mengeluh.

"Jom tong tong duit nak? Aku tak sampai hati nak biarkan Luna yang bayar dengan keadaan dia sekarang ni. Dah la dia still sekolah lagi." Idea Azil dipersetujui mereka.

"Kesian dia kan? Mesti dia rindu sangat dengan arwah." Suara Dina bergetar menahan sebak. Dia juga rindu dengan kawannya itu. Tapi memang dah tertulis ajalnya untuk meninggal pada waktu itu.

"Tapi siapa yang sanggup buat macam tu dekat arwah? Selama aku kenal dia, dia tu baik. Tak ada buat musuh. Mungkin dia garang, tapi dia tak pernah sakitkan hati orang lain." Azil mengepal tangannya. Bila teringat balik kejadian tu, dia berasa marah.

"Korang." Panggil Fasha.

"Apa?"

"Janji dengan aku yang kita akan cari siapa orang tu. Kita akan cari dia!" Fasha cuba menahan tangisannya.

"Janji!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience