bab 8

Romance Completed 3886

Peperiksaan SPM bakal berlangsung tidak lama lagi. Luna menggunakan masa yang terluang dengan mengulang kaji semua pelajaran. Tetapi disebabkan terlalu memaksa diri untuk belajar, badan Luna lemah dan kurang air. Syazwan yang melihat kondisi Luna semakin teruk, segera meminta izin untuk membawa Luna ke klinik.

"Haih, kau ni kan. " Syazwan membuka suara. Dia memandang wajah Luna yang pucat dan tidak bermaya.

"Kot ye pon risaukan SPM tu, jaga la kesihatan kau nyah. Kau tak kesian ke dengan kakak kau? Dah la dia penat kerja, pastu balik balik je dia tengok kau sakit." Luna hanya diam dan menelan kata kata kawan baiknya itu.

"Entah la Wan. Aku macam....."

"Macam?" Tanya Syazwan setelah lama Luna terdiam.

"Aku kalau boleh nak banggakan dia. Aku tahu kitorang ni memang susah kadang kadang. Dulu kalau makan pon, jiran yang bagi. Sebab aku tahu keadaan kitorang susah la aku nak jadi pandai. Aku tahu, satu satunya hadiah yang aku boleh bagi kat dia cuma keputusan aku. Sebab tula aku nak belajar bersungguh sungguh. Aku...." Syazwan segera membuat isyarat tangan untuk berhenti.

"Ye aku faham. Dan aku tahu, kau memang sayang sangat dengan Rina. Jadi, kau nak banggakan dia kan?" Luna mengangguk lemah.

"Tapi ni salah. Kau nak buat something untuk dia, tapi kau sendiri abaikan kesihatan kau. Makan minum kau tak terjaga. Kau rasa, macam mana kau nak banggakan dia kalau kau dah sakit macam ni?"

Luna terasa dengan apa yang disebut Syazwan. Tetapi ada betulnya juga. Mungkin kawannya ini seorang yang sedikit kasar dalam memberi nasihat, tetapi dia bersyukur kerana semua nasihat itu membantu dirinya. Syazwan juga selalu ada dengannya sewaktu susah dan senang.

"Lepas ni, jangan buat macam ni lagi boleh? Kalau ikutkan hati, aku nak je call Rina waktu aku bawak kau gi klinik tadi. Tapi aku tahu, kau mesti suruh aku rahsiakan."

Memang betul. Aku memang selalu rahsiakan kalau aku demam atau sakit.

"Aku akan rahsiakan. Tapi dengan satu syarat."

"Syarat apa?"

"Tolong jaga diri kau baik baik lepas ni. Jangan skip breakfast, lunch and dinner. Kalau kau penat, rehat. Simple."

"Yelah, yelah...."

Syazwan tersengih seperti budak budak. "Petang ni kau balik la rumah. Nanti aku bagitahu cikgu yang kau tak dapat tuisyen petang ni."

"Thank you Wan."

"You're welcome."

__________________________________

_________________________________

"Assalamualaikum! Kakak dah balik. Kakak ada bawak KFC ni." Kunci rumah diletakkan di atas rak kasut.

"Oi Luna! Kakak dah balik ni woi!" Jerit Rina, namun tiada sahutan. Dia menjengukkan kepala di ruang tamu. Selalunya waktu malam begini Luna mesti tengah tengok movie.

Tiada sesiapa pun di situ. Lampu di ruang tamu juga tidak dibuka. Dia berjalan menuju ke dapur.

"Luna?" Masih tiada juga.

Bungkusan KFC dibuka. Dua ketul ayam diletakkan di dalam oven. Sementara menunggu ayam tersebut, Rina menaiki tangga untuk ke bilik adiknya.

Tombol pintu dipulas. Dia menghampiri figura Luna yang sedang terbaring lemah di atas katilnya.

Belakang tapak tangannya ditaruk pada dahi Luna. Panas.

Tanpa berlengah, Rina mengambil baldi kecil dan membuka paip. Sehelai kain bersih direndamkan dalam air tersebut lalu diletakkan pada dahi Luna.

Rina keluar seketika. Beberapa minit kemudian, dia kembali dengan pinggan yang berisi ayam KFC, semangkuk bubur ayam dan air masak.

"Luna..." Dia menggoncang perlahan bahu gadis itu.

"Apa?"

"Meh makan. Nanti perut kosong. Ada ayam KFC akak beli ni ha."

"Tak nak. Luna takde selera." Dia menarik selimut menutupi tubuhnya.

"Jangan degil. Makan cepat. Nanti sakit sebab tak makan, siapa yang susah?"

"Tak nak..."

"Makan. Nak tak nak, kena makan jugak." Rina masih berlembut dengan adiknya. Dia bukanlah seorang yang panas baran dan pemarah. Pernah juga dia memarahi Luna, tetapi biasalah. Marah kan tandanya sayang.

"Tak nak..."

"Kalau kakak dah mati, lepas tu Luna sakit nanti siapa nak jaga?"

"Syazwan kan ada." Jawabnya dengan suara perlahan. Dia terlalu lemah dan tidak berdaya.

"Takkan nak harapkan dia? Kita hidup ni kena berdikari. Jangan terlalu bergantung dekat orang lain. Tengok macam kakak. Walaupun kita hidup susah dulu, kakak tak pernah berhutang dengan sape sape. Kakak pon tak pernah mintak satu sen pon duit orang lain termasuk ayah." Rina mengungkit kisah silamnya. Dia memang tak suka setiap kali dia membangkitkan isu itu, tetapi dia terpaksa. Dia tak mahu hidup atas simpati orang lain. Biarlah dia susah payah cari duit sendiri. Itu lebih baik.

Luna rasa bersalah. Dia tahu dia buat kakaknya marah. Dengan sisa tenaga yang ada, dia bangun dari posisi baringnya.

"Sorry...."

"Takpelah. Dah, makan tau. Kakak nak solat jap."

Luna mengangguk dan melihat kakaknya keluar dari bilik.

______________________________

Tengku Jaafar menongkat dagunya. Sudah lima belas minit dia menunggu kedatangan Nik.

"Mana la dia ni?" Jarang jarang Nik lambat. Selalunya dia on time.

Tiba tiba bahunya disentuh seseorang.

"Maaf Tengku. Ada hal sikit tadi." Nik menundukkan sedikit kepalanya. Dia memang hormat dengan lelaki di hadapannya itu.

"Takpelah. Lain kali jangan lambat lagi." Suara Tengku Jaafar sangat tegas. Walaupun begitu, dia memang sayang sangat dengan Nik dan sudah menganggap Nik sebagai cucunya. Hubungan mereka memang sangat rapat.

"Macam mana dengan tugas hari tu?" Tanya Tengku sambil membetulkan kaca matanya.

"Settle."

"Bagus. Jangan lupa selesaikan yang tertangguh hari tu. Aku rimas betul dengan polis perempuan tu." Nik akur. Dia tahu, Tengku Jaafar memang tidak sukakan polis. Begitu juga dengan dirinya.

"Nik. Aku rasa dah lama kita tak memanah kan?"

Nik tersenyum. "Betul la tu."

"Esok pagi ikut aku memanah kat tempat biasa. Aku ada benda nak bincang dengan kau."

"Baik Tengku."

Share this novel

Guest User
 
NovelPlus Premium

The best ads free experience