bab 4

Romance Completed 3886

Semua pelajar Tingkatan 5 Intelek berdebar debar menunggu nama mereka dipanggil oleh guru paling garang di sekolah itu, yang dikenali sebagai guru addmath mereka sendiri.

Puan Hasnah membetulkan kaca matanya. Dia memanggil satu per satu anak muridnya. Luna adalah pelajar yang terakhir.

"Berikan tepukan untuk Luna." Kata guru wanita itu. Satu kelas memberikan tepukan kepadanya. Mereka dapat mengagak bahawa Luna mendapat markah yang paling tinggi.

Luna mengambil kertas dan kembali kepada tempat duduknya.

Alhamdulilah,90%! Nanti balik aku nak tunjuk dekat kakak lah hehe.

"Baiklah, ada tiga orang yang gagal. Saya nak tiga tiga tu bangun dan berdiri kat depan." Sebab ni la aku fokus waktu addmath, sebab aku takut aku fail. Bila fail, cikgu akan suruh berdiri kat depan. Tak nak aku, maluuu!

Luna menoleh ke kanannya. Dia membuat muka simpati, tetapi pada masa yang sama dia turut memerli. Mereka berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat.

'Sian kau Wan.'

'Diamla. Tahula pandai.'

'Eh mana ada. Tu la, aku dah offer ajarkan kau tak nak. Ha padan la.'

'Pompuan ni semua nak betul.'

Syazwan segera berdiri dan menuju ke hadapan kelas bersama dengan dua orang pelajar yang gagal.

______________________________

Pintu rumah banglo itu dikuak sedikit. Rumah gelap. Nik menekan suis lampu, automatik banglo itu terang benderang.

Dia menoleh ke kanan dan ke kiri.

"Encik Nik baru sampai ke? Biar saya bawakkan beg tu masuk bilik encik." Beritahu Bibik Syama yang baru saja menuruni tangga.

"Mama ngan ayah mana?" Walaupun dia sudah tahu jawapannya, dia masih mahu bertanya. Inginkan kepastian.

"Kerja. Encik Razak kata ada masalah sikit dekat syarikat, jadi mungkin dia tak balik rumah. Puan pulak baru je keluar tadi. Beli barang dapur." Nik mengangguk faham.

"Nanti tolong buatkan saya jus oren." Pesannya kepada bibik yang berbangsa Filipin itu.

"Baik encik."

Membesar dalam keluarga yang hanya mementingkan sosial dan status membuatkan Nik rasa terabai. Walaupun dia sering meluangkan masa dengan emaknya, namun wanita itu tidak kelihatan seperti emak yang sayangkan anak. Sebaliknya, dia cuma bagi makan minum dan tidak pernah peduli tentang anaknya. Dengan siapa dia berkawan, dekat mana dia tinggal sekarang. Emak dan ayahnya memang tidak kisahkan kewujudannya.

Tetapi Nik sudah biasa. Baginya, selagi orang tuanya hidup, dia kena sentiasa hormat mereka.

Nik berjalan menuju ke kolam. Itu adalah tempat kegemarannya sejak dari kecil lagi. Dia banyak menghabiskan masa melihat awan biru di situ. Entah kenapa, tetapi dia berasa tenang setiap kali dia membuat begitu.

Hidupnya terimbas kembali kepada insiden beberapa tahun yang lalu...

Puan Latifa mengambil beg tangannya. Dia kemudian bergegas keluar dari rumah namun sempat ditahan oleh Encik Razak.

"You nak pergi mana ni?" Dia memandang isterinya.

"I nak pergi bercuti dekat Milan. Tepi sikit. I dah lambat ni." Dia membetulkan kaca mata hitam yang dipakainya.

"You tak mintak izin I pon? You nak jadi isteri derhaka ke?" Encik Razak mula bercakap dengan nada suara tinggi.

"You ada ke, you takde ke, sama je. Sibuk dengan kerja. Tak ada masa untuk I. Baik I pergi bercuti dari duduk dalam rumah ni. Rimas."

"Habis I macam mana? Nik macam mana?"

Puan Latifa mendengus. " Asyik I je yang jaga dia. You la pulak amik alih."

Encik Razak mula rasa seperti mahu menampar isterinya. Tetapi dia tahan niatnya itu.

"Kenapa pulak? Patutnya isteri yang jaga anak dengan suami. Tapi ini tak!"

Puan Latifa bermain dengan hujung rambutnya. Dia mendengus lagi. "Susah ke nak jaga Nik? Dia tu budak je lagi. Kalau you tak reti masak, bawakla dia makan kat luar! Takkan itu pon I kena ajar?"

"I ni busy. Tak ada masa untuk Nik. Sebab tu la I suruh you jaga dia. You ni isteri I. Kena la dengar cakap I."

"Suami apa you ni? Semua benda nak suruh I. Tak layak langsung jadi pemimpin keluarga!"

Dan mereka mula bertengkar. Nik yang menyorok di dinding mendengar perbualan ibu bapanya sejak dari tadi.

Aku ni menyusahkan dorang ke?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience