Pintu bilik dibuka. Luna menyandarkan dirinya pada pintu lalu dia dengan lemah terjatuh.
Dia baru saja balik dari Kenny Rogers. Fasha ingin membelanja mereka bagi meraikan keputusan mereka berdua yang cemerlang. Dia mendapat straight A, manakala Syazwan mendapat 6A 4B.
Walaupun dia gembira, tapi dia juga agak sedih.
Kakak. Kalau lah kakak ada kat sini...
Luna menutup mukanya. Air mata yang sudah lama tidak keluar jatuh melimpah bagaikan air terjun. Laju dan deras.
Luna rindukan kakak....
___________________________________
Buku yang jatuh bertaburan di atas lantai dikutip. Sejak sejak ni, kondonya sangat bersepah. Dia tiada masa untuk mengemasnya. Pagi hingga petang dia bekerja di kilang. Malam pula dia ambik upah membuat manisan. Adakalanya dia ambil upah memasak lauk pauk, tetapi itu pun jarang.
"Nah, ni brownies yang Mak Senah mintak." Nik memghulurkan plastik kepada wanita tua yang sedang menyapu sampah di laluan kondo itu. Dia dan Mak Senah hidup berjiran.
"Terima kasih Nik. Berapa yer? Mak Senah lupa dah harga."
"Takpe, saya bagi free."
"Dok usah la. Nik mesti buat brownies ni. Biar Mak Senah bayar."
"Takpe Mak Senah. Tak susah pun."
Mak Senah mengalah. "Terima kasih yer Nik. Bukan senang nak jumpa lelaki baik macam Nik ni. Dahla hensem pulak tu."
Nik tersenyum malu. Dia susah lali dengan pujian itu.
"Oh Nik. Mak Senah nak tanya sikit ni. Nik tak sambung belajar ke?"
"Saya tak tahu lagi Mak Senah. Tapi kalau nak sambung belajar, sijil SPM pun saya tak ada. Boleh ke?" Dia sudah pun menceritakan Mak Senah perihal dirinya yang berhenti sekolah. Tetapi dia tidak pernah memberitahu siapa siapa tentang alasan dia berhenti.
"Mak Senah ada baca kat Fac ni, tak silap pasal universiti dekat Puchong. Dia tulis kat situ, budak budak yang takde sijil SPM pun takpe, boleh masuk. Tapi ada syarat. Nanti Mak Senah sent dekat Whatsapp jela. Mak Senah pun tak ingat sangat." Kata wanita tua itu sambil tangannya masih sibuk menyapu.
Nik terdiam sejenak. "Ada ke universiti macam tu?"
"Ada la kot. Tapi rasanya universiti tu baru lagi. Elokla kalau Nik nak mohon."
"Tengoklah macam mana. Nanti saya fikirkan. Oklah, Mak Senah. Saya masuk rumah dulu. Assalamualaikum."
"Waalaikumusalam."
____________________________________
Luna tersedar apabila telefonnya berbunyi menandakan ada mesej yang masuk.
Ya Allah. Bila masa aku tertidur?
Dia melihat masa pada skrin telefonnya.
7.30pm.
Dah maghrib...Eh jap! Aduh, aku terlepas solat asar la ni!
Luna melangkah ke dalam bilik air. Setelah mengambil wudhu, dia memakai telekung lalu menghamparkan sejadah dan menunaikan tamggungjawab sebagai seorang muslim.
Setelah solat maghrib, barulah dia melihat mesej yang dihantar tadi.
'Oit! Jom masuk Sapphire University nak?'
- Syazwan
'Hah? Kat mana tu? Pahal lak nak masuk situ?'
- Luna
'Dekat KL. Kakak aku kata universiti tu bagus weh. Ada sediakam dorm lagi.'
- Syazwan
'Heh. Semua u ada sediakan dorm bongoks.'
- Luna
'Bukan setakat tu je Luna. Dorang siap bagi makan mimun free setiap hari sabtu ahad. U lain ada ke? Tak kan? Ha pastu, siap ada panggung wayang khas lagi utk student. Siapa cepat dia dapat la.' - Syazwan
'Kalau best pun, harga mesti la menarik. Aku mana mampu Wan. Kau lupa ke?' - Syazwan
'Eh tak weh, harga dia ok weh. Nak kata mahal, tak mahal sangat. Nak kata murah pun, tak murah sangat. Harga dia sedang sedang. Jom aaa Luna!' - Syazwan
'Aku miskin ~_~.' - Luna
'Aku bayarkan untuk kau separuh. Yang lain kau tanggung sendiri. Cun?' - Syazwan
'Memang tak la! Kan aku dah kata jangan spend duit kat aku.' - Luna
'Kau kan kawan aku, aku nak masuk u sama ngan kau. Pls pls pls.' - Syazwan
'Aku cek akaun bank aku dulu. Kalau boleh go, aku masuk. Orait?' - Luna
'Okayy! Kalau tak cukup, aku tambah.' - Syazwan
'Jangan mengada!' - Luna
'Ok ok...' - Syazwan
Share this novel