Chapter 17

Other Completed 12422

Bab 17

"Saya tak tau la apa yang saya boleh buat lagi." kata Hafiz, ketika menghubungi Nisa, tunangnya.

Hafiz buntu.

"Do something. Prove him that you are really guilty. Takkan nak duduk diam. Mana Hafiz yang saya kenal? Yang selalu positif dalam setiap apa jua keadaan?", suara Nisa di hujung talian seakan mendesak.

Ya, memang dia mendesak. Aku dengan Hafiz berkawan berpuluh tahun. Sebab satu peristiwa, aku dengan dia jadi stranger.

"Ish awak ni tak membantu langsung la!", talian dimatikan. Hafiz mengurut kepalanya. Pening.

Mana nak jaga hati tunang, mana nak jaga hati kawan.

"Kalau tak kerana kau, aku dah kawin la dengan Adibah tu, Nisa!", jerit Hafiz dalam biliknya itu. Sejak akhir ni, dia cepat stress. Mudah panas. Dia dah lain. Berulang kali Ummi memujuk hatinya. Cuma rasa bersalah masih menguasai diri.

*****

"Orang tak habis cakap lagi, dia dah letak phone!" bebel Nisa. Geram betul dengan sikap Hafiz sekarang. Dah macam tak boleh control.

Nisa berjalan ke biliknya. Handphone dibiarkan di atas meja. Charger dipasang, dan dicucuk ke ruang pengecas telefon pintar tapi bateri bodoh itu. Sebuah buku diambil sebagai input ke dalam mindanya sebelum tidur. Dia tak marah Hafiz sebenarnya. Dia tahu, Hafiz serabut. Dibiarkan Hafiz sejuk dahulu. Nanti dia okay lah. Fikirnya.

Ting!

Bunyi mesej masuk ke dalam telefon pintar itu.

Nisa berjalan semula ke meja.

Hafiz.

"I'm sorry. Nite." √√
"Nvm. Nite too, baby."√√

*****

Aku baringkan Adibah. Perlahan aku letak kepalanya di bantal. Adibah ada habit bila tidur. Hisap ibu jari. Aku hanya tersenyum.

Macam-macam rupanya gelagat isteri aku. Aku je yang tak pernah nak ambil tahu.

"Hmm, when we are meant to be, we are meant to be, good night, Adibah." bisik hati aku sambil mematikan lampu bilik, naikkan suhu penghawa dingin, dan kemudian, pintu ditutup.

Aku berjalan ke ruang tamu. Sambil merokok macam biasa. Aku dah try segala vapor bagai. Pergi jahanam. Cigarette is better. Sambil aku membelek katalog Aeon Big, untuk perabot rumah sewa aku. Sekadar yang murah, sebab baki duit yang aku keluarkan cuma tinggal RM4K. Kena berjimat, sebab sekarang aku berdua. Ada la beberapa perabot yang aku berkenan. Aku tandakan dengan pen. Dan esok, aku nak beli perabot tu.

"Abang..", Adibah muncul di ruang tamu. Aku terkejut. Nyaris saja rokok di tangan terlepas.

"Err, ye?" Balas aku perlahan. Dan mata aku kembali tertancap ke katalog.

"Dibah mintak maaf pasal petang tadi.", Dibah memulakan luahan isi hati. Aku simpati.

Kenapa aku kejam sangat? Benda kecil je sebenarnya.

"Takde apa la.", balas aku. Aku malas nak into the mood malam-malam buta macam ni. Kepala aku nak rehat.

"Abang, maafkan Adibah abang. Adibah tahu, Adibah tak sempurna. Kalau Adibah sempurna, dah lama abang terima Adibah seadanya. Dekat pejabat, Adibah disindir. Diorang kata Adibah murahan, diorang kata Adibah pelacur. Adibah sakit hati. Sangat. Maafkan Adibah. Abang terlalu baik. Abang sanggup tanggung segalanya. Abang terima Adibah. Abang nikahi Adibah walaupun abang taktau apa akibatnya. Tapi apa salahnya abang beri Adibah peluang. Or abang boleh lepaskan Dibah kalau itu melegakan. Maafkan Adibah, abang."

Adibah melutut di depan aku. Mencium tangan aku menuntut kemaafan dan keredhaan aku sebagai isterinya. Bergenang airmata aku. Aku tahan sehabis baik. Bukan kerana malu, cuma ego.

Ego seorang lelaki.

"Dibah, jangan cakap macam tu..",

Aku dah mati ayat. Aku tak tahu nak kata apa. Aku pegang ubun kepalanya. Dan aku berkata,

"Abang terima Adibah seadanya, isteri abang, kawan baik abang, teman abang, musuh abang, sahabat abang, dunia akhirat. Maafkan abang, kalau abang pernah sekali menyakitkan Adibah.."

Adibah menggeleng, tanda tidak pada ayat terakhirku. Ternyata, tidak ada yang dia ambil hati. Aku pula, menitiskan airmata. Aku tak tahu kenapa, tapi aku sebak. Aku cium dahinya. Aku dah sayang padanya. Inilah takdir. Indah jalan ceritaNya.

Aku tamatkan malam itu, dengan malam pertama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience