Chapter 25

Other Completed 12367

Bab 25

Jam dah pukul 9 malam. Kereta Adibah meluncur masuk ke perkarangan rumah. Aku berdiri sambil mencekak pinggang di depan pintu rumah. Adibah keluar dengan wajah yang serba salah. Dia tahu aku marah. Awal-awal lagi, dia minta maaf. Apa guna aku jadi suami kalau isteri keluar pun aku tak tau kemana.

"Awak pergi mana?" Suara aku garau memecah kesunyian rumah kami berdua. Aku perlu sabar. Aku perlukan jawapannya.

"Dibah pergi jumpa kawan." jawabnya ringkas. Aku tak puas hati.

"Kenapa saya call tak dapat? Awak tahu sekarang pukul berapa?" aku menuding jari ke jam dinding yang sudahpun menunjukkan jam sekarang pukul 9.15 malam.

"Phone Dibah habis bateri."

Alasan mudah diberikan. Aku hilang sabar, aku capai telefon dan powerbank dari tas tangannya.

"Ini apa? Powerbank kan? Oh, ada 5 bar lagi. Dalam kereta ada traveler charger. Alasan apa awak ni?" suara aku mula tinggi. Dan Adibah tidak senang dengan jawapan dan soalan aku.

"Apa abang ni. Dibah lupa la.", mudah betul kau beri alasan, dan limit sabar aku sudah tiba di kemuncaknya.

"Aku taknak tahu la kau sibuk ke apa! Aku call kau dari petang, sampai ke malam, satu panggilan aku tak dapat. Jangankan berjawab, semua tak dapat! Kau simpan apa dari aku Adibah?! Hah?! Nampak ni? Kau tengok ni baik-baik!" Powerbank, iPhone 6 Adibah lerai dihempas ke dinding.

Jahanam dua gadget kegilaan manusia. Jahanam dek kerana baran aku yang sedang gila.

"Siapa laki yang berdiri depan kau ni?!" aku menyoal Adibah, dengan menengking tepat di wajahnya.

"Suami saya..." suara Adibah lemah. Airmata berguguran di pipi. Namun airmata itu tidak berhasil menjadi senjata waktu itu.

"Oh, suami? Ingat kau lupa kau ada suami." Aku berlalu dari situ dan mencapai kunci motosikal berkuasa tinggi aku. Adibah cuba kejar. Cuma aku tak dapat sabar. Aku capai helmet, dan terus menghidupkan enjin 1000cc itu.

Aku hilang dalam kepekatan malam meninggalkan isteri yang menangis bersendirian di muka pintu.

*****

"Hello, Puan Salina?" satu suara kedengaran di hujung talian. Mama mengangkat dengan hemat.

"Ya saya? Ni siapa ya?" soal mama semula pada pemanggil itu.

"Saya Dr. Rafiq. Dalam wallet Encik Daud, nama puan sebagai waris. Dan Adibah. Encik Daud kemalangan motosikal. Saya minta sangat puan bersabar. Mangsa tak sedarkan diri. Tempurung kepalanya retak, tulang rusuknya ada beberapa patah. Minta datang hospital ya puan. By the way, siapa Adibah ni ya?" Dr. Rafiq menjawab satu persatu jawapan tanpa soalan itu.

"Isteri dia."

Mama mematikan panggilan dan terus menghidupkan enjin kereta.

*****

"Abang, sedar la abang.. Dibah minta maaf sangat-sangat." Wajah cengkung Adibah menatap wajah aku yang tidak sedarkan diri itu. Aku tak nampak.

Aku tulis pun berdasarkan cerita orang.

Kawan-kawan aku kata, Adibah langsung tak makan sejak dari kemalangan itu. Dia taknak. Dia langsung tak pergi kerja. Dia lemas dalam kesalahannya. Kesalahan yang dia rasa bakal meragut nyawa. Dari wajahnya yang sempurna, sampai kurus pipinya, pucat lesi dek kerana tragedi kerananya.

"Abang.. Adibah minta maaf sangat-sangat abang.. Ya Allah.. Abang.. sedarlah abang. Adibah taknak kehilangan abang.. Bangunlah abang. Bangunlah abang.." Adibah merayu pada jasad aku yang tak berbalas itu. Masih bernyawa, cuma tidak berupa manusia.

Kalaulah Adibah jujur dengan aku, aku takkan kemalangan. Sudahlah telefonnya jahanam aku kerjakan, mama pula mempunyai masalah untuk memberitahu padanya. Kemudian, Adibah tiba. Itupun Hafiz yang datang ke rumah untuk mengambilnya. Mujur segala benda penting, alamat, nama waris, nombor telefon, aku simpan dalam wallet. Aku taknak mati tak bertuan.

*****

"Ma.." aku tersedar selepas 2 minggu koma. Perkataan pertama aku sebut, mama.

Adibah bangun dari lena dan mencium dahi aku. Meminta maaf atas kesalahan yang masih belum dia mampu terima. Aku memandangnya dan berkata,

"Adibah..."

Lesu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience