Chapter 24

Other Completed 12367

Bab 24

"Awak.." aku memanggil lembut isteri. Sambil membelai wajahnya yang aku kira, tidak akan reput dimamah usianya.

"Ye abang.." balas Adibah sambil tangan kanannya menangkap tangan aku yang membelai, dan letakkan di hatinya. Aku tersenyum, dan aku ajukan sebuah soalan.

"Selama ni, mana Adibah pergi? Kenapa Adibah tinggalkan abang dulu?" Aku memulakan soalan. Aku diam. Dan aku kawal situasi itu menjadi lebih serius.

Mata Adibah mula beralih arah. Aku tahu, dia bersalah.

"Dibah mintak maaf, abang. Dibah cuma.." aku segera memotong jawapannya dengan soalan,

"Cuma apa?" dan aku terus menarik tangan aku dari dadanya.

"Dibah cuma uji abang. Dibah istikharah, memang abang jawapannya. Dibah cuba lari. Sejauh mana kebenaran mimpi. Tapi Dibah lupa, Maha Mengetahui sentiasa memerhati." maka terjawablah segala persoalan yang aku tertanya-tanya selama ini.

Setahun, Adibah hilang. Senyap tanpa berita. Dan aku dipertemukan semula sebegini rupa. Kun faya kun. Jadi maka jadilah. Aku diam. Berbelah bahagi antara marah dan kecewa.

Tapi itulah jawapan yang aku nanti. Belum sempat aku bersuara, Adibah kembali dengan soalannya.

"Abang pula, kenapa berani menikahi Adibah malam tu?" soalnya serius. Aku sekadar tersenyum, dan menjawab,

"Itu peluang yang tinggal. Adibah tak boleh tolak, demi nama baik kamu, nama baik mak abah kamu, keluarga dan semua yang ada. Abang pula, tak sangka jodoh kita dicepatkan sebegini rupa. Lillahitaala, abang tak jangka jawapan abang untuk menikahi awak malam tu. Abang sendiri terkejut dengan jawapan abang. Tapi Allah memudahkan. Tiada siapa pun bangkang keputusan abang. When we are meant to be, we are meant to be, sayang." balas aku panjang lebar. Aku kemudian sebak.

Aku mengimpikan isteri sesempurna Adibah sudah lama. Aku pernah kehilangannya, aku taknak lagi siakan peluang yang ada.

"Mana abang tahu Adibah baik? Entah-entah Hafiz dah ratah dulu Adibah. Abang tak nampak." balas Adibah. Cubaan mendapatkan jawapan dari seorang perempuan.

"Kalau Adibah dah rosak, abang takkan lap darah malam tu." jawab aku bersahaja. Sambil mengangkat kening berulang kali.

"Eeeee abang ni.." balas Adibah dengan tawa ceria berserta merah mukanya.

*****

Proton Iriz hitam itu memasuki perkarangan rumah orang tuanya. Adibah keluar melangkah dari kereta. Salam diberi. Mak menyambut mesra. Adibah mahu melepaskan rindu pada mak. Sementara abah takde, ke Melaka atas urusan getahnya.

"Mak...." Adibah memeluk mak dengan erat. Rindunya pada mak, takde sape boleh huraikan. Tangisan kerinduan, kegembiraan berbaur mengikut keadaan.

"Anak mak sihat?" Mak menyoal dengan perasaan yang sama. Pertemuan yang dirancang ini, dibantu oleh Rizal. Bukanlah nak mengelak dari berjumpa dengan abah, cuma belum masanya. Abah masih dingin sediakala. Berulang kali Adibah menelefon, masih keras jawapannya.

"Sihat mak.." Adibah menjawab dengan penuh hormat. Mak tercari-cari kelibat Daud. Ternyata, tiada.

"Mana Daud?" soal mak pada Adibah. Adibah hanya mencebikkan bibir tanda jawapan yang bakal tidak sedap didengarnya nanti.

*****

"Eh, apasal tak dapat call ni.." Aku mulai risau. Jam dah menunjukkan pukul 7 malam. Biasanya kalau jem sekalipun, Adibah dah balik ke rumah pada pukul 6. Dan selalunya, aku yang hantar ambil dia. Tapi disebabkan kereta barunya, hadiah pemberian aku, aku benarkan dia memandu ke tempat kerja. Aku mencuba lagi.

"The number you had call, is out of service, please try later."

Suara perempuan, operator yang aku yakin hampir semua telekomunikasi perkhidmatan menggunakan suara yang sama kedengaran.

Aku bengang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience