Chapter 4

Other Completed 12396

Bab 4

"Kereta aku?",

Soal aku macam tak faham dengan soalan si Hafiz. Hafiz angkat kening macam tak tau nak jelaskan keadaan satu persatu dan akhirnya dia jelaskan juga keadaan berkaitan penyataan tadi.

"Kereta kau kena langgar tu woi. Apa yang kau lembab sangat ni?"
Habis sahaja jawapan itu keluar dari mulut Hafiz, aku terus bangun dari kerusi sambil diperhatikan pelayan kedai makan tadi. Hafiz sempat berkata pada pelayan itu yang kami akan datang kembali. Risau kami lari tak bayar agaknya.

Aku melangkah lesu ke arah kereta. Dua sebab aku runsing, pertama, itu bukan kereta aku. Kedua, itu kereta mama. Aku nak menjawab apa nanti? Ada la juga aku perasan beberapa orang di sekeliling kawasan itu. Ada yang menolong, ada yang tolong tengok nombor.

Aku merapati kereta yang melanggar belakang kereta aku,

"Ni kes mengundur laju la ni sampai terlanggar." bisik hati aku perlahan. Bila dari jauh aku lihat pemandunya perempuan, aku tak berapa nak marah. Cuma kalau boleh nak setel janganlah susah.

Perempuan itu memandang aku. Aku memandang tepat ke arah matanya sambil mencarut dalam hati. Darah yang tidak panas tadi tiba-tiba menggelegak.

*****

"Eh kau lah pergi hantar dia. Aku taknak. Kereta pergi bengkel, ketuk kemek and ganti lampu belakang aku, pastu hantar aku balik!" marah aku pada Hafiz. Hafiz seboleh-boleh menenangkan aku. Suruh aku kontrol marah aku depan Adibah. Apa dia ingat dengan buat muka comel aku boleh sejuk? Tapi memang comel pun.

"Der, rilex la. Lu tak malu ke kalau dia dengar?" kata Hafiz sambil jari menuding ke arah Adibah. Kejadah apa sambil cakap sambil tuding orang tu. Tak ke dia tau kita cakap pasal dia? Bengong.

"Takde, aku nak kereta ni dengan kereta dia towing sampai bengkel, kau hantar aku balik. Kau hantar dia pergi Kemaman. Aku taknak ikut." pantas aku berlalu pergi ke kedai makan tadi untuk membayar makanan kami. Dengan muka tak ikhlas bertambah kemarahan, aku letak RM50 hanya untuk Neslo Ais dengan Teh Ais. Dengan angkuh aku suruh pelayan itu simpan bakinya. Hati tengah panas. Kemudian, aku pergi ke brader tow truck sambil mengambil nombor telefon dan suruh dia towing ke bengkel Proton. Dan aku masuk ke dalam kereta Hafiz.

"Follow tow truck tu. Aku nak kau ikut kereta aku. Bukan kereta betina tu." arah aku pada Hafiz.

"Saya minta maaf, awak." suara Adibah kedengaran di tempat duduk belakang. Aku tak perasan, dan muka aku merah menahan malu. Selamba aku sebut 'betina' depan dia. Marah punya pasal. Aku mengerling ke cermin tengah, dapat lah juga aku perasan wajahnya yang ketakutan dan serba salah. Aku biarkan ego aku macam biasa.

"Kau dah buat taik, langgar kereta aku, nak buat muka comel?" getus hati rebel aku.

*****

Kereta mama aku hantar ke Proton. Kereta Adibah aku suruh tow truck drop dekat Perodua. Sebab dia masih dalam jaminan kilang. Aku hantar dekat Proton sebab mama suruh. Berbakul juga bebelan aku dapat. Tapi bila aku sebut Adibah yang langgar, topik kereta yang dilanggar itu bertukar dengan topik tanya khabar Adibah. Aku pass telefon pada dia, dan apa yang dibualkan pun aku tak tau, selang seli dengan ketawa kecil.

Adibah berjalan menuju ke arah Hafiz. Perbualan yang tak jelas, tapi aku tau, mengumpat pasal aku la tu. Hafiz datang ke arah aku sambil berkata,

"Kita ke Terengganu, der. Jangan banyak bunyi. Kau naik dengan aku, kau ikut jadual aku. Takkan aku nak hantar dia sorang-sorang. Tak balik aku nanti. Hehehehe." bisik Hafiz pada aku.

Tak guna punya jantan. Hari ni hari kau, esok lusa hari aku, maka pada hari itu akan aku pijak

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience