Chapter 26

Other Completed 12367

Bab 26

"Adibah.." aku bersuara. Lemah. Aku masih ingat, Adibah.

Tapi kenapa nampak kurus? Pipinya cengkung. Bibirnya pucat. Adibah cuba memegang tangan aku, aku tepis.

"Apa ni Dibah.." Aku cuba bangunkan badan aku. Kepala aku kebas. Dada aku sesak. Doktor tiba dan Adibah dibawa keluar dari bilik itu.

*****

Minggu ke 3 aku di hospital. Aku dah tukar wad. Dari ICU, aku masuk ke wad disiplin 1. Masih perlu pemerhatian doktor. Aku tak ingat punca aku ke sini, tapi selepas diberitahu doktor, aku kemalangan. Satu persatu doktor tanya pada aku, aku masih ingat pada individu yang aku kenal atau tidak? Mestilah aku kenal. Hafiz bestfriend aku. Mama ibu kandung aku. Papa dah meninggal. Adik aku Nana dekat Perak. Apa yang dorang tak faham?

Bila ditanya siapa Adibah, aku jawab Adibah tu kawan dekat tempat praktikal. Semua pelik. Betul la. Nisa, aku dah lama syok dekat dia. Dari zaman belajar lagi. Adibah ni cuma kawan sekerja aku je.

"Abang.." Adibah merapati aku. Nisa dan Hafiz berada di belakang. Semua kebingungan. Termasuk aku. Apa yang salah? Apa yang tak kena? Apa yang tak betul?

"Abang, kita husband and wife tau.. Kita dah kahwin.. Abang ingat tak abang?" Adibah bersuara dengan senyuman dan tangisan. Aku masih mahu Nisa. Aku nak dia di sisi.

Apa yang dorang merepek? Kahwin? Bila masa?

"Nisa.." aku memanggil Nisa, dan dia datang dekat ke arah aku, terus aku capai tangannya. Nisa terkejut. Hafiz pun sama. Adibah melepaskan hela nafas yang kecewa. Mama memeluk Adibah. Memujuknya untuk bersabar. Aku tak ingat. Sumpah. Aku tak ingat apa yang jadi sejak kemalangan.

"Sayang, apa dorang cakap ni? Jelaskan please. Since when saya dah kahwin? Sejak bila kita putus?" Aku meminta penjelasan Nisa. Nisa cuma mengelap airmatanya. Pendek kata, perempuan yang ada dalam bilik itu semua menangis, kecuali aku dan Hafiz.

"Daud, kita dah putus. Sebab kita tak sehaluan. Awak ingat tak Daud? Malam yang awak kata kita tak sepatutnya bercinta. Awak sendiri putuskan talian kita. Saya cari Hafiz sebab nak contact awak yang hilang tiba-tiba. Awak lupa ke Daud?"

Adibah akhirnya mendengar juga jawapan yang dia mahu, apa rahsia silam antara aku dan Nisa. Hafiz menarik tangan Nisa, aku masih seakan tidak percaya.

"Daud, kau ingat tak, kau dah kahwin? Malam tu, dekat Terengganu. Kau ingat tak Daud?" soal Hafiz pada aku. Aku menangis.

Apa yang berlaku ni? Aku tak faham.

Adibah isteri aku?

Hafiz sailang makwe aku?

Apa ni?

"Semua keluar!" jerit aku dan aku kemudian pitam kerana beban input dalam kepala yang melampau.

*****

"Encik Daud ni dia short term memory lost. Ini normal sebenarnya sebab dia mengalami gegaran kuat di kepalanya." Dr. Rafiq memberi keterangan pada Adibah. Adibah sebenarnya menyesal. Segala punca datang dari dia.

"Kalau boleh, jangan desak dia untuk ingat. Biar dia perlahan-lahan ingat sendiri. Awak bagi la hint mana-mana tempat yang dia boleh kembali dapatkan ingatan dia." sambung Dr. Rafiq lagi. Adibah sekadar mengangguk. Sejak aku sedar, Adibah tak selalu ada. Sebab aku sendiri taknak dia. Aku nak Nisa.

Aku nak Anisa Liana. Aku nak dia. Bukan Adibah.

*****

"Mama.." aku memanggil mama. Aku percayakan insan ini. Aku percayakan sepenuh jiwa raga aku. Biarpun mama cerita benda tak masuk akal, aku tetap percayakan dia.

"Ye anak mama sayang.." mama menyambut soalan aku. Matanya bengkak. Eyebag mula kelihatan.

Barangkali menangis, atau mungkin juga kurang tidur.

"Betul ke orang cakap Adibah tu isteri abang?" aku ajukan soalan. Mama terhenti seketika. Aku nak jawapan. Abang nak jawapan ma. Mata aku dah berlinangan airmata, begitu jua mama.

Dan mama mengangguk, lemah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience