Chapter 11

Other Completed 12367

Bab 11

"Mak..."

Aku menghulurkan tangan kepada ibu mertua aku. Rizal sekadar mengusap bahu Mak menenangkan Mak selepas apa yang terjadi. Abah pula hanya mendiamkan diri. Aku bertanggungjawab atas segala yang jadi. Aku tahu, kedinginan menguasai situasi. Aku tahu, aku tak sepatutnya duduk dalam situasi ini. Mak cuma menangis, Abah pula lebih mendiamkan diri.

"Abah.."

Aku hulur tangan untuk bersalam dengan Abah, tapi Abah bangun dan pergi dari ruang tamu.

"Aku bukan bapak kau."

Abah lari. Lari dari aku sebagai menantu yang bukan kenan di hati. Rizal menepuk bahu aku. Pasal Abah, biarkan dia sejuk. Aku akan tunggu semuanya nanti.

Dan aku berdepan dengan semua kaum keluarga Adibah. Aku terangkan semuanya, dimana keberadaan Adibah, dan segalanya yang perlu mereka tahu. Adibah beruntung mempunyai keluarga besar sebegini sedang aku, hanya ada keluarga Maklong kerana arwah nenek dah meninggal. Mama pula hanya dua beradik. Keluarga belah papa dah lama lost contact lepas papa meninggal. Aku diterima baik dengan sanak saudara kecuali Abah sendiri.

Abah yang kini jadi ayah kepada aku sendiri.

Hanya kerana maruah semua orang, aku korbankan harga diri. Kerana sebuah harga diri, diri aku, aku letak tepi. Ya Allah, kau berikan aku sebaik-baik jalan, Kau tunjukkanlah aku sebaik jawapan..

*****

Perjalanan balik dari Segamat ke Kuantan hanya bertemankan kesepian. Tiada bualan antara aku dan Rizal. Aku taktau nak bualkan apa. Aku buntu. Aku keliru. Aku dah berkahwin. Dengan orang yang pernah aku sayang. Dengan orang yang aku suka. Tapi itu semua dulu. Dan aku menggalas tanggungjawab yang paling berat. Seorang suami.

Aku jadi kekok. Tiada lagi keluar lewat malam, tiada lagi bermain snooker, tiada lagi lepak mamak, dan tiada lagi kelibat Hafiz.

Aku sebenarnya dah lupa pasal Hafiz. Dia langsung tak contact. Aku dah tolong, dia langsung terus senyap. Aku bengang. Aku rasa dipergunakan. Aku rasa aku takde nilai. Aku dahulukan semua orang, sampai keluarga dan diri aku sendiri, aku tak ambil peduli. Sekarang, aku rasa macam melepaskan anjing gang tersepit. Kesudahannya, aku yang parah.

Aku jadi makin kuat mengelamun. Aku jadi paranoid. Aku jadi kuat berfikiran negatif. Semua kerana pandangan orang terhadap aku.

Ya, memang aku berkahwin mengejut. Memang aku berkahwin dengan seorang gadis yang ditangkap khalwat. Dengan kawan baik aku sendiri. Worst, orang yang pernah aku sayang.

Kau rasa apa aku rasa?

Tak.

Aku lagi dicemuh adalah. Belum sempat satu hari kes ni selesai, aku terima banyak mesej dan panggilan dari kawan. Ada yang terkejut. Ada yang mengata. Ada yang faham juga.

Tapi lebih ramai yang mengata dari memahami. Kecoh dalam group WhatsApp, berita sensasi tentang aku. Mana mereka tahu, aku pun tak tahu.

Tapi sampai bila aku nak rahsiakan?

Aku rasa nak lari. Lari dari realiti.

Tapi, aku sendiri yang nak semua ni. Aku sendiri yang setuju semua ni. Aku sendiri yang izinkan semua ni terjadi.

Habis nak aku buat apa? Biarkan Hafiz kahwin? Lepas tu tunang Hafiz si Nisa tu nak letak mana? Aku taklah sekejam itu.

Aku tahu apa yang jadi.

Aku tahu apa yang berlaku.

Paling tepat, aku tahu siapa diri aku.

Kepala aku kusut.

Aku rasa beban dalam kepala. Beban baru sebagai seorang suami.

Walaupun aku tak rela sebenarnya. Tapi aku lebih tak rela jika Adibah jatuh ke tangan orang lain.

Itu lebih setidak-tidak kerelaan yang aku nak hadapi.

Ting!

Nama Adibah muncul di skrin telefon. Sekeping mesej dari isteri aku baca perlahan.

"Abang, Dibah dah masak ni. Abang balik nanti makan ye. Dibah pergi kerja."

Aku tarik nafas dalam-dalam dan monolog sendiri,

"Jangan panggil abang la, Dibah. Aku taknak pun jadi suami kau."

Aku matikan telefon.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience