Chapter 18

Other Completed 12367

Bab 18

Aku bangun awal pagi itu. Badan aku penat sebenarnya selepas 'pertarungan' dengan Adibah malam tadi, tapi aku terpaksa bangun awal sebab nak keluar beli perabot dan cat rumah.

Aku kejutkan Adibah, dia taknak bangun. Penat katanya. Aku pelik, tak kerja ke? Dia kata nak cuti. Aku tersenyum nakal, dan memusingkan badan Adibah, terlentang.

"Abang, takkan nak lagi?" soal Adibah dengan bibirnya yang diketap nakal.

Oh, indahnya ada bini!

*****

"Pagi ma.", sapa aku pada Mama sambil mencium pipi. Adibah dalam bilik, tengah bersiap. Nak ikut aku pergi beli barang katanya. Dia amik EL harini dan esok. Aku tak kisah. Aku lagi suka.

"Mama tak nampak pun abang malam tadi? Tidur bilik ke?", soal Mama menduga. Penuh senyuman. Aku tersengih.

Ma, takkan nak cerita. Malu.

"Dah, sarap-sarap. Mama nak keluar nanti. Dibah, meh makan sekali. Lempeng je ni.", Adibah muncul di meja makan. Mama sekadar meneguk secawan teh. Kemudian mama mengambil beg tangannya dan terus keluar. Tak sempat aku nak bagitahu pasal rumah kami tu.

"Mama takde ni." kata aku pada Adibah. Senyum nakal.

"Abang, 2 kali dah tau. Jangan la. Penat Dibah. Nanti abang bosan tau, so Dibah kena simpan sikit." balas Adibah jujur. Aku tergelak. Kelakar jawapan dia. Jujur. Jawapan naif. Aku habiskan lempeng dan membawa Adibah ke bilik.

Eh, bukan, ke mall. Nak beli perabot kan.

*****

"Warna ni lawa." kata aku sambil menunjukkan warna ungu pada label di tong cat Jotun itu. Adibah tak suka. Dia nak warna yang sedap mata memandang. Dia tunjuk warna hijau lembut. Apa nama dia, aku dah lupa.

"Kalau warna ni, nanti pagar cat warna kuning. Lawa tau. Abang ni takde taste la." balas Adibah.

Aku belajar satu perkara, Adibah ni kalau dia tak suka, dia direct tak suka. Dia terus jujur.

Tapi aku sakit hati bila dengar. Aku dah la tak suka orang lawan cakap aku. Sekali dapat bini, jenis rebel juga rupanya.

"Boleh tak jangan sebut lagi perkataan 'takde taste' tu. Pedih la." balas aku jujur sambil mengangkat tong cat warna hijau yang Adibah katakan tadi. Beserta warna kuning, tapi jenis cat minyak, untuk pagar rumah.

Pendek kata, banyak benda aku dan Adibah tak sekepala masa beli barang. Aku nak perabot yang simple, mudah, dia nak yang elegan. Aku malas nak bergaduh. Adibah suka warna lembut, aku suka warna striking. Geram betul aku. Akhirnya aku call interior designer yang reka bentuk rumah mama dulu.

Selesai masalah.

*****

"You boleh refer wife I, dia nak macam mana. I follow je. I tak berapa reti nak design dalam ni."

Kami berjumpa petang itu berkaitan hal rumah dengan Mrs. Chooi. Dah jadi bini orang rupanya. Dulu amoi-amoi lagi. Apa yang isteri nak, order je.

Bagitahu je pada dia, abang bayar..

Adibah memulakan kreativitinya dalam menghias rumah, bermula dengan warna rumah.

Aku biarkan Adibah dengan seleranya. Perempuan kan always right. Biarkan.

*****

Dalam masa seminggu, Mrs. Chooi akan siapkan reka bentuk dalaman sebagaimana Adibah mahu. Sekadar cat dan pilihan perabot je. Ok lah, Adibah dapat apa yang dia nak. Aku dah cakap dengan Adibah awal-awal, aku nak pejabat satu sebab dia dah monopoli 90% seleranya pada rumah. Aku, cuma sebuah bilik. Apa-apa je lah sayang, abang terima.

*****

"Abang, Dibah nak tanya sikit boleh?" soal Adibah malam tu. Satu hari kami keluar. Beli barang yang tak jadi, jumpa perunding, tengok wayang, makan dan sekarang baru lepas mandi dan berehat.

"Apa dia Dibah?" balas aku. Sambil mata tertutup. Keletihan. Macam ni rasanya bila berkahwin. Kau akan bawak isteri ke hulu, ke hilir dengan kau.

"Abang kerja apa sebenarnya? Dibah tengok abang duit sentiasa ada. Tapi Dibah tak nampak pun abang pergi kerja." soal Adibah. Terbeliak mata aku dengan soalan tu.

"Kerja abang, mencintai kamu."

Aku matikan soalan tu dengan ciuman.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience