Chapter 16

Other Completed 12367

Bab 16

Suasana makan malam jadi hambar sejak peristiwa aku dan Adibah yang dikatakan ditangkap khalwat.

Abah fikir, aku yang bersalah. Dan Abah fikir aku mereka cerita bagi menunjukkan aku tidak bersalah. Abah taktau, aku buat semua kerana maruah orang lain. Sampai mama aku letak tepi. Mak cuma diam. Sesekali menuangkan lauk untuk Abah.

Cuma sepasang tua sahaja yang ada malam itu. Sanak saudara yang lain cuma datang sekali sekala. Abah hanya berdiam macam biasa. Mak pula mengunyah nasi tanpa bicara. Sesekali bertanya pada Abah, jika ingin dituang lagi nasi tambah.

Habis makan, Abah menonton televisyen. Abah sekadar menonton hanya memenuhkan fikiran yang kosong. Telefon rumah berdering. Abah mengangkat,

"Hello, assalamualaikum." suara garau Abah memberi salam pada pemanggil.

Tangan abah menggigil.

*****

Adibah duduk di dalam bilik. Aku ada juga terdengar tangisan halusnya. Aku tak amik port. Aku buat bodoh. Petang tadi Hafiz datang, aku cuma diam. Bersungguh dia meminta maaf depan aku, Adibah dan mama. Aku takde perasaan. Mati dah barangkali. Sampai aku jadi tak ikhlas bila bersalaman.

Entah, aku bengang. Bengang aku belum habis. Kalau ye pun, Hafiz sepatutnya bangkang la masa aku nak menikah. Ini tak, dia cuma diam. Aku pula dah terlanjur cakap yang aku nak bertanggungjawab. Seronok la dia. Fikiran aku masa tu, Hafiz ni happy sebab aku penyelamat dia. Aku tau la dia dah bertunang.

Macam mana kalau Adibah yang dah bertunang, sakit tak hati tunang dia? Macam tu la aku fikir. Sebab tu aku selamatkan perasaan tunang dia.

Hafiz balik tadi sambil hulur cek RM10,000. Pampasan katanya. Aku taknak. Dipaksanya aku terima. Aku taknak duit. Aku taknak apa-apa. Tak boleh ke dia faham? Duit boleh buat apa?

Sekarang ni, apa aku buat, semua takleh u-turn.

Oh, celakanya perasaan.

Tangisan Adibah belum berhenti. Aku tertanya-tanya. Takkan pasal petang tadi, dia tak habis lagi? Aku pun masuk ke dalam bilik, cuba mendekati isteri sendiri.

"Awak ni kenapa Adibah?" soal aku pada Adibah yang membelakangkan aku. Aku tarik juga bahu dia. Aku nak tahu apa masalah dia. Kalau pasal petang tadi, aku mintak maaf la. Aku tergelincir.

"Takde apa abang." Adibah membalas, sambil menarik semula bahunya. Aku perasan perkataan 'abang' tu, tapi aku buat tak reti. Aku tarik bahu dia sekali lagi.

"Ceritalah. Awak membelakangkan suami awak. Pandang saya. Ini arahan mudah saya. Siapa yang cakap sekarang ni?" suara aku mulai keras. Adibah menoleh juga akhirnya.

"Suami saya." balas suara lembutnya, ditemani sendu sedan. Aku menyapu lembut airmatanya.

"Awak ni kenapa?", aku mula mendekati psikologi Adibah. Cuba memahami hatinya.

Aku lemah tengok perempuan menangis.

"Takde apa. Dibah call Abah kat kampung. Tapi.." Adibah kembali menangis. Aku buntu. Aku menarik tubuhnya dan memeluk dengan sempurna. Aku cuba beri pelukan yang meringankan beban di dadanya.

Aku tau, Abah mesti ada cakap benda yang dia terasa. Maklumlah, isteri aku ni lembut hatinya.

Mungkin tak pernah dimarahi, ini pertama kali.

Pelukan aku berbalas, suara tangisan dah tak kedengaran. Aku mengusap belakang badan Adibah. Aku salurkan kasih sayang buat pertama kali.

Benar kata Dr. Fadzilah Kamsah, pelukan suami menenangkan isteri. Lama juga aku mengusap belakang badannya sampai rebah ke atas badan aku sendiri.

Isteri mana yang tak selesa dengan suami sendiri? Suami mana nak tengok isteri bersusah hati?

Dan Adibah terlelap dalam pelukan dan airmatanya yang kering di pipi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience