Chapter 23

Other Completed 12367

Bab 23

Rumah baru tersergam indah. Aku berdiri di depan rumah. Senyuman Adibah lebar. Apa yang diimpikan, dia dapat. Rumah sewa yang aku sign beberapa minggu lepas telah pun bertukar status. Sekarang rumah ini nama Adibah.

Mr. Chan sendiri call aku. Katanya dia berhajat lepaskan rumah ini pada aku. Dia kata, dia nampak potensi aku sebagai orang baru berkeluarga untuk mulakan hidup.

Dia sendiri ingin jual, katanya untuk kematiannya nanti. Cukuplah sebuah rumah yang dia ada, dia pun dah tak lama katanya. Kalau dia mati pun, dia takde waris. Dia taknak nanti anak berebut harta.

Entahlah, aku pun layankan je. Elok juga dia jual. RM2K sewa, kalau duduk 10 tahun? Kiralah sendiri.

"You ingat tau Daud, nanti you ada anak, you jangan kasar sangat. Nanti you mati sorang. Susah meh."

Nasihat Mr. Chan itu aku pegang. Mungkin ada gunanya satu hari nanti.

Tapi, apa yang aku nampak, memang Mr. Chan hidup seorang diri. Kesian gila kot. Dengan umur yang dah lanjut, terbongkok sikit, tapi berkeras juga memandu ke sana sini.

Habis nak buat macam mana? Anak semua tinggalkan dia.

"Cantik rumah ni sayang?" soal aku pada Adibah. Berkaca matanya.

Aku bahagia dengan senyuman yang diberikannya. Aku taknak lebih, cukup senyumannya yang indah itu. Maka terbayarlah segalanya.

"Tapi abang, rumah sewa je kan. Kenapa perlu hias sampai macam ni?" soal Adibah semula.

Aku sayang kau Adibah. Aku mesti beri yang terbaik.

"Siapa kata rumah sewa?" balas aku pula sambil menghulurkan geran rumah padanya. Nur Adibah Roslan, penama rumah tersebut. Airmatanya berjujuran terharu. Lidahnya kelu. Aku sekadar tersenyum.

Kalau kau tahu, sayang aku pada kau lebih dari tu.

Adibah memeluk aku. Kegembiraan dan terharu berbaur. Dia kehilangan kata.

"Anggap ini hadiah perkahwinan kita." aku membalas pelukannya sambil mengiringi isteri ke dalam rumah.

Adegan seterusnya tidak perlu aku ceritakan.

*****

Telefon aku berdering, aku mengangkat panggilan tersebut dan segera bangkit dari kerusi rumah. Adibah bertanya, aku mahu kemana, aku jawab sahaja, aku mahu berjumpa pelanggan or pemborong ikan patin aku.

Aku capai kunci motosikal, dan terus memecut keluar dari rumah baru.

Rumah baru, azam baru.

*****

Aku singgah di kedai kawan. Motosikal aku yang sekian lama berkhidmat pada aku, aku jual pada rakan. Aku jual murah. RM 500 sahaja. Member aku ni, orang susah. Dapat buka warung kecil-kecil, aku support dari belakang.

Aku suka melayu berniaga. Aku sokong bangsa aku.

Aku bukan sekadar melaungkan "Hidup Melayu!" semata. Aku sokong segala produk anak melayu. Kalau dalam bidang profesional, aku sokong produk tempatan. Buatan Malaysia. Kenapa perlu boikot barangan sendiri jika barangan sendiri juga berkualiti?

Mentaliti.

"Zam, jaga motor aku ni elok-elok. Motor ni banyak jasa dengan aku. Aku jual pun sebab nak bantu kau. Harap kau dapat jaga dengan elok ye?" kata aku pada Zamzuhri, pemilik motosikal aku.

Dan kunci bertukar tangan, geran bertukar tuan. Aku berjalan meninggalkan motosikal yang aku sayang. Lagipun, aku masih punya 3 buah motosikal. Setakat EX5 ni, aku masih ada sebuah.

Ah setan perasaan. Jerit hati rebel aku sambil tangan melambai menahan teksi.

*****

Kereta Iriz masuk ke perkarangan rumah. Adibah keluar dengan wajah yang tertanya-tanya. Aku keluar dari kereta sambil tersenyum.

"Abang.. don't you ever tell me this is another surprise." kata Adibah dengan wajah yang terkedu. Seolah tahu apa yang aku cuba sampaikan.

Aku hanya memeluk isteri dari belakang sambil memegang tangannya dan memberi kunci kereta tersebut.

"This is for you." sambil jari aku menekan punat alarm kereta dan mendukung Adibah masuk ke rumah.

Baru je aku nak merapatkan badan ke tubuh badan Adibah, kedengaran hon kereta dari luar. Sebuah Proton Inspira merah di luar pagar. Adibah bangun dengan satu soalan yang aku potong terus dengan jawapan.

"Well, that's mine."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience