Chapter 5

Other Completed 12367

Bab 5

Keadaan dalam kereta sememangnya hambar. Radio berkumandang lagu acah hipster. Aku menolak CD lagu A Day To Remember yang aku pinjam dari Haz ke dalam ruang CD, yang ada dalam kereta mama tadi, aku bawa masuk kereta Hafiz. Hafiz sekadar menjeling, dia tak cakap apa, cuma aku tau dia faham, aku tak berapa ada mood untuk membiarkan radio menyanyi lagu entah apa. Terima kasih Hafiz kerana memahami aku.

"Erm, Hafiz, boleh tak kita singgah toilet?" suara Adibah memecah kesunyian.

Aku sengaja kuatkan radio yang mendendangkan lagu jeritan dari suara parau garau lelaki barat yang berjambang itu. Mata Adibah terkenyit seakan menahan kesakitan di telinganya yang tidak mampu menerima genre lagu sebegitu. Apa dia ingat aku nak biarkan radio terus menyanyi lagu 'Awak Kat Mana?' ke? Itu lagi tak masuk akal punya lagu. Hafiz sekadar mengangguk dan akhirnya memperlahankan sedikit radio. Aku akur. Yelah, kereta dia.

Kereta Hafiz meluncur masuk ke negeri Terengganu. Melepasi pintu gerbang sempadan Pahang-Terengganu. Dan berhenti di Petronas berhadapan Kolej Ranaco. Adibah segera keluar dari kereta dan menuju ke toilet.

"Bro, kesian la sikit. Kau ni macam budak la." nasihat Hafiz pada aku. Aku memandang pelik. Sejak bila pulak dia jadi pembela wanita ni?

"Asal pulak? Aku buat apa?" soal aku semula. Tak puas hati.

"Der, lu patut backup gua la. Dia dah langgar hati aku, dan dia jugak langgar kereta aku. Actually kereta mama aku. Tapi tak kira la. Aku punya." sambung aku lagi. Nafas aku turun naik. Dah la aku kena ikut hantar dia. First time ni aku hantar orang yang langgar aku. Aku accident dulu pun balik sendiri.

"Kalau dia sengaja, aku rasa dia baling bata je. Tak perlu korbankan kereta baru dia. CDQ beb, CDQ. Plat baru lagi tu. Kau punya tu CCW. Cuba matang sikit. Aku bukan backup dia. Aku taknak lepas ni lagi buruk dia pandang kau. Ubi!" bebel Hafiz panjang lebar. Aku cuma diam. Rasa diri ni tak profesional pula sedangkan 'profesional' inilah yang aku jual setiap kali aku berbicara, bekerja, berkawan dan sebagainya.

Adibah melangkah keluar dari tandas. Hafiz memandang aku tepat pada mata, memberi isyarat supaya lebih beradab. Baru je sebelah kaki Adibah masuk ke dalam kereta, aku bersuara,

"Adibah lapar tak?"

Adibah memandang pelik. Bukan la pelik sangat cuma lebih kepada terkejut. Jangankan dia, Hafiz sebelah aku pun terkejut. Aku pun sama. Macam mana soalan tu boleh keluar?

"Err, bolehlah.." perlahan suara Adibah menjawab. Aku sekadar mengangguk dan menyuruh Hafiz teruskan memandu.

"Jalan, jalan. Tak pelik aku tanya soalan ni. Bukan aku ajak kahwin pun."

Okay, aku dah mula bersikap pelik. Takde perkataan lain ke aku nak umpamakan selain dari 'perkahwinan'? Hafiz sekadar tersenyum, Adibah aku tak tahu sebab dia duduk belakang seat aku, so aku tak dapat mengintai dari cermin tengah lagi. Dan kereta Hafiz akhirnya meluncur masuk ke Mesra Mall, Kemasek.

Welcome to Terengganu, bitches!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience