Chapter 12

Other Completed 12367

Bab 12

Aku perhatikan lauk yang terhidang di atas meja. Ada 2 jenis lauk. Lemak cili api dengan ayam masak merah. Pandai juga bini aku masak. Aku perhatikan sekeliling. Mama takde. Keluar jumpa Wan Zubaidah. Wan tu bukanlah gelaran namanya, tapi panggilan sebagai nenek kerana dia dengan mama jauh beza umurnya. Kalau mama panggil dia 'makcik', takkan aku panggil kakak ye dak?

Aku tutup kembali tudung saji. Bukanlah taknak menjamah langsung, cuma selera aku mati. Aku berlalu masuk ke bilik. Kemudian aku keluar balik, masuk, dan keluar semula.

"Bila masa bilik aku kemas ni?!"

*****

"Bateri aku habis tadi."

Alasan aku pada adik aku, Nana. 12 misscall dari dia. Bukan dia je, Nisa tunang Hafiz pun ada. Hafiz jatuh nombor 4 selepas mama. Dengan misscall sebanyak 2 kali sahaja. Tak guna. 2 kali je dia try call aku. Aku malas nak call semula. Aku takde mood.

"Bang, betul ke apa mama cerita?", soal Nana. Dia kerja dekat Ipoh, dan semestinya dia ketinggalan.

Aku penat betul la nak jawab soalan yang sama 2, 3 kali. Letih. Rasa nak buat press conference, or buat talk, or maybe tulis buku, then jual. Senang.

"Ye dik. Aku penat ni, ok, bye."

Aku matikan talian. Dan telefon aku campak ke atas meja. Mata aku semakin kuyu, menahan mengantuk. Aku bangkit kembali, capai gitar dan dendangkan beberapa lagu. Suara takde la sedap mana, cuma biasalah, bila dah rasa diri Raja Pop, nyanyilah apa pun, aku rasa aku paling power.

*****

"Abang, abang.."

Suara tu mendayu mengejutkan aku dari tidur. Aku pula mamai, aku buat tak tahu. Mama memang macam tu, selagi aku tak bangun, selagi tu dia kejut. Tarik ibu jari, sapu muka dengan air, semua aku dah rasa. Mama tak kejut anak-anak dia dengan kasar.

"Abang.. maghrib ni.." suara itu memanggil lagi. Aku yang mamai separuh terbuka mata aku, aku bangun dan capai tuala. Aku lurutkan seluar dan buka baju, kemudian aku hulur ke Mama.

"Abang, ni Dibah.. bukan mama."

Lampu bilik dinyalakan.

*****

"Assalamualaikumwarahmatullah.."

"Assalamualaikumwarahmatullah.."

Salam diberi selesai solat Maghrib. Aku mengetuai solat macam biasa. Dan sedikit khutbah pengisian sementara menunggu solat Isyak. Aku bercerita kisah sahabat Nabi, Saidina Ali, kanak-kanak pertama yang memeluk agama Islam. Sekadar cerita ringkas aku sampaikan, dan azan Isyak berkumandang, aku bangun dan melaungkan iqamah kemudian mengangkat takbir solat Isyak berjemaah.

*****

"Abang, a word?"

Mama memanggil aku. Aku tinggalkan Dibah di ruang tamu, dan aku masuk ke bilik.

"Ya ma?" mama menepuk kerusi di sebelahnya, di dalam bilik mama. Aku hanya duduk. Aku dapat rasa, ini semua pasal Adibah.

"Mama dah buat keputusan, mama nak abang pindah. Mulakan hidup baru. Duduk dengan isteri kamu."

Dan aku hanya menelan airliur mendengar keputusan mama itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience