Chapter 1

Other Completed 12396

Introduksi

Institusi perkahwinan tidak semudah lagu dan filem. Kalau filem ada klimaks, ada saat genting, begitu juga real life. "Aku terima nikah" bukan sekadar lafaz yang menghalalkan hubungan batin semata-mata, malah meletakkan segala tanggungjawab isteri, dosa pahala isteri di bahu suami. Itu baru satu lafaz, utk isteri pertama, kalau dua tiga?

Sendiri mau ingat.

Bab 1

"Kau sure ke aku patut try? Kalau dorang taknak baca macam mana? Ni kalau aku hantar, masuk kali ketiga tau. Semua kena reject. Penat tau tak?" Bebel aku pada Hafiz masa dia muncul dengan idea untuk aku terus mencuba.

Bagi aku, aku dah tebal muka, tebal macam tembok, atau mungkin lebih tebal untuk aku menahan malu pada barisan editor ****** Press. Walhal, takde siapa pun kisah kalau aku hantar 400 kali sekalipun. Aku je cepat panik. Self confidence kurang barangkali. Itulah anggapan aku.

"Lu try je lah. Lu nak takut apa? Dulu masa Kerana Cinta Semalam dah ada publisher berminat, lu taknak. Gua taktau la apa lu nak sebenarnya. Macam perempuan. Lu ni emosional betul la. Lu nak jadi anak seni, musician, novelis dan seangkatan dengannya, lu kena berani terima penolakan. Lu akan sentiasa berdepan dengan rejection. Lu tak caya, lu pergi tanya orang luar sana. Berapa kali sehari diorang dipuji? Belum tentu sehari sekali. Tapi syaratnya lu jangan lemah. Bila lu dah hantar manuskrip, ini bermakna lu dah sedia untuk bagi satu dunia baca lu punya cerita. Kalau satu dunia la." Bebel Hafiz panjang lebar.

Entah apa yang dibebelkan, aku pun tak faham. Masuk telinga kiri, keluar telinga kanan. Kalau lekat pun, cuma beberapa.

"Sekarang gua nak tanya, kenapa Kerana Cinta Semalam lu taknak publish?" sambungnya. Aku menelan air liur. Aku tak tau nak bagi jawapan yang bagaimana.

Solid, dan kukuh.

"Aku tak sedia kot." balas aku pendek.

"Habis kalau lu tak sedia, kenapa lu gatal pergi cuba? Macam lu try perempuan la, tapi lu taknak kahwin pun dengan dia." sanggah Hafiz. Padu. Pedih.

Pukimak.

"Sial la, hal perempuan tak payah campur la. Kalau aku cakap aku kena dump pun, bukan kau caya." balas aku mempertahankan diri. Hafiz ni bodoh la. Jerit hati kecil aku.

Sebut pula pasal perempuan, terus teringat pasal Adibah. Gadis sunti dari Segamat. Perkenalan aku dengan dia ni biasa je. Cuma masing-masing kepala batu, ada je yang dibalah. Aku kenal dia ni masa aku internship dekat Kuantan.

Apa?

Internship tak tau?

Praktikal tahu?

Lebih kurang begitulah maksudnya.

Aku taktau la kenapa orang Melayu termasuk aku lebih suka guna English. Mungkin lebih nampak elegan dan korporat. Bullshit. Ok, sambung pasal Adibah. So, aku dengan dia ni sehari-hari bergaduh je. Dari proses menentukan warna untuk rekaan design pelanggan, sampai ke pembikinan, semua benda boleh jadi gaduh. Aku jadi makin gila, aku apply tukar tempat dengan orang atasan. Dan bila permohonan aku lulus, aku pindah ke pejabat lain, di Kemaman. Dan terpisahlah aku dengan Hafiz, classmate aku yang sama-sama internship dengan aku. Termasuk Adibah. Aku tinggalkan semua orang. Mak, abah. Adik, kakak. Dan semua berlalu hingga ke hari akhir internship aku. Sampailah satu hari, Adibah WhatsApp aku. Ucap tahniah dan maaf kalah ada tersilap dan tersalah.

"Bullshit. Perempuan. Senang betul mintak maaf." getus hati rebel aku.

5 bulan kau menyepi, tiba-tiba kau muncul. Aku biarkan chat Adibah tu begitu sahaja.

Dan akhirnya aku tewas. Tewas dengan seorang perempuan. Sambil menekan skrin telefon untuk cuba menaip seberapa panjang ucapan yang boleh, aku berbisik sendiri,

"Aku nak reply apa ni?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience