Chapter 15

Other Completed 12367

Bab 15

Kereta berhenti betul-betul di depan rumah tadi. Aku sengaja berhenti depan rumah tu, nak tunjuk surprise kononnya pada isteri.

Bila aku tengok dia melihat rumah itu, aku mencuri pandang wajahnya. Bersih. Cantik. Adibah cantik orangnya. Sekarang dah jadi isteri.

Eh, kenapa aku jadi macam ni? Aku buang jauh-jauh perasaan tadi. Aku terus pandang tingkap, merenung ke luar jendela, melihat rumah yang bakal kami duduki.

"Agak-agak awak, rumah ni cantik tak?" soal aku pada Adibah. Sengaja nak pancing. Aku taknak cakap yang rumah ni dah jadi rumah kami.

"Rumah ni? Besar-besar rumah buat apa? Awak ni apa lah. Takde taste." Begitu jujur jawapan Adibah. Panas telinga aku mendengar. Tak guna. Aku habis usaha nak bagi dia selesa. Senang betul dia kritik yang tak membina.

Aku terus masuk gear dan meluncur laju keluar dari kawasan perumahan itu. Hati aku sakit. Bengang. Adibah pula menjadi takut dengan pemanduan aku.

"Abang, eh, awak, slow la. Awak ni kenapa?" soal Adibah yang tak tahu apa-apa.

Aku cuma diam. Aku bengang. Kepala aku menerawang, tak fokus dengan sekeliling, dan nyaris melanggar belakang kereta orang. Aku tak perasan traffic light berwarna merah. Kereta berhenti mengejut. Habis segala isi kereta berterabur dari kedudukan asal. Termasuk agreement rumah yang terbang dari belakang ke depan. Terselit di batang gear. Adibah mengambil dan membacanya. Berubah serta merta wajahnya.

Aku buat tak reti.

"Awak, mana la saya tau awak dah sign agreement untuk rumah kita. Sorry awak. Saya tak cakap apa sangat pun. Just rumah tu besar. Itu je." jelas Adibah dengan nada serba salah.

"Siapa cakap tu rumah kita, itu rumah saya, awak sewa la rumah lain." balas aku, angkuh. Sakit hati tadi belum terlerai. Adibah diam, dan aku terus memperlahankan kereta semula. Sejuk sikit hati ni. Dan aku terus diam menuju ke rumah mama.

*****

"Abang, awak janganlah macam ni abang. Daud tu dah bertanggungjawab, dah menikah anak kita dengan sah. Sudahlah tu abang, awak nak dingin macam ni. Daud tu tak salah. Saya ni mak. Saya dapat rasa anak kita dah bahagia. Dapat rasa Daud tu tak salah bang. Rizal pun dah cerita semuanya satu persatu. Sudahlah tu abang. Awak terimalah Daud tu sebagai menantu kita bang. Tolonglah bang. Saya merayu ni."

Mak berleter panjang lebar petang tu pada Abah. Cuba membela nasib menantu yang tak disengajakan.

"Awak cakap senanglah. Sekarang ni semua orang dalam kampung ni duk mengata kita. Mengata aku. Mengata anak aku murahan. Kau tak rasa! Aku sampai nak hantar buah dekat peraih pun sampai kena sindir dengan Cina. Cina tu pun cakap aku takde agama biar anak duduk berduaan. Kau ingat aku apa?!" balas Abah. Suaranya yang keras memecah kesunyian rumah indah itu.

Sepasang tua yang dulunya tidak bertengkar, kini saling bercakaran selepas peristiwa itu.

"Tu Rizal, yang pandai-pandai nikahkan Dibah tu kenapa?! Apa aku ni dah mati?!" sambung Abah lagi. Belum sempat Mak bersuara, Abah menyarung kasut but kuningnya sambil membawa motosikal Honda Fame buruknya keluar dari perkarangan rumah.

Mak hanya menangis di bingkai pintu sambil mengenangkan Adibah.

*****

Aku perasan ada sebuah kereta asing di depan rumah.

"Siapa pulak ni parking sini? Kawan mama la ni. Sibuk je. Ada la tu benda nak diumpat.", bisik hati aku. Malas betul nak layan kawan mama yang suka bercerita. Dah takde kerja agaknya.

Aku dan Adibah masuk ke dalam rumah. Baru je kaki aku melangkah, aku terhenti bila melihat sebatang tubuh di ruang tamu.

Hafiz.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience