Chapter 27

Other Completed 12396

Bab 27

Aku jejak kaki di rumah selepas hampir 2 bulan di hospital. Aku lihat ada banyak kereta depan rumah. Iriz, Axia, Inspira, dan beberapa motosikal aku.

"Ramai tunggu dekat rumah." kata aku pada Adibah. Adibah hanya mendiamkan diri sambil membuka pintu kereta membantu aku keluar. Aku masih keliru. Aku masih tak jelas.

"Semua ni abang punya.. You bought it sempena perkahwinan kita." balas Adibah, pendek.

Aku menelan airliur melihat harta yang aku belikan untuk dia. Pasti banyak duit aku kehabisan untuk dia.

"Berapa bayar bulan kereta?" soal aku sambil menuding jari pada kereta Iriz miliknya.

"Abang beli semua cash."

Aku hanya mampu memejamkan mata dengan segala pembaziran yang aku lakukan demi dia.

*****

Air kopi dalam cawan masih belum terusik. Aku hanya melihat Adibah yang duduk bertentangan aku di meja makan rumah yang dulunya indah. Penuh dengan gelak tawa, kini suram dengan kedinginan. Aku hanya memandang Adibah yang menunduk di depan aku.

Macam mana aku boleh berkahwin dengan dia sedang aku dan Nisa bercinta? Itu persoalannya.

"Berapa lama kita kahwin?" soal aku serius. Mata aku memandang tepat wajahnya.
.
"Dah 8 bulan abang." balas Adibah, ringkas. Wajahnya masih menunduk. Takut untuk bertentang mata.

"Mana gambar kahwin kita?" soal aku lagi. Aku tak nampak satu pun gambar majlis atau photoshoot di dinding rumah mahupun di atas meja.

"Abang.. kita kahwin terpaksa." kata Adibah ketika cuba menerangkan cerita. Adibah tersedu-sedu untuk memulakan cerita satu persatu.

Tapi aku mahu dengar, proses mengembalikan ingatan aku.

"Adibah pergi Kemaman, sebelum ke Kemaman, Adibah terlanggar kereta abang masa Adibah mengundurkan kereta. Masa tu, abang dengan Adibah tak bertegur. Sebab Adibah pernah hancurkan hati abang selepas abang putus cinta dengan Nisa, we try to fall in love, but I dumped you. Then, bila kereta Adibah siap, Hafiz hantar kereta, Adibah tengah dinner. Malam tu, Adibah balik bilik, Hafiz tertidur, and penguatkuasa dapat tangkap. Abang nikahi Adibah sebab abang taknak Adibah malu. Dan kita takde majlis abang. Takde. Abang masa tu tahu, kami tak salah. Abang berkorban untuk Adibah dan Hafiz. Serta Nisa juga. Abang taknak Nisa kecewa macam abang rasa kecewa dengan dia." terang Adibah panjang lebar. Airmata mengalir laju dari matanya. Sedu sedan dapat aku dengar walau aku hampir 5 kaki darinya.

"Bullshit." balas aku sambil menggosok balutan kepala yang belum tertanggal sambil berlalu masuk ke bilik tetamu.

*****

"Please, help me. Saya taktau nak buat apa dah. Baru ni, dia baling cawan sebab saya keep calling him 'abang'. Dia kata, saya tak layak panggil dia 'abang'. Dia kata Nisa yang layak. Saya dah taktau nak buat apa. Demi saya, demi dia, tolong lah saya Nisa." Adibah menangis semahunya di depan Nisa. Tangisannya meleret di depan gadis itu.

Nisa cuma mampu mendengar sambil memujuk Adibah untuk bertenang. Apakan daya, ini luar dari kuasanya. Daud dah lupa segalanya. Segala memori yang ada, cuma dari kecil hingga setahun sebelum peristiwa yang menimpanya.

Adibah termuntah semasa menangis. Tangisannya terhenti. Nisa segera mengurut belakang badan dan menekan perut Adibah bagi membantu Adibah muntahkan segalanya. Keras.

"Are you pregnant, Adibah?"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience